Aku, dia dan buai itu

Anak perempuan saya suka sangat main buai. Buai di taman permainan atau di rumah Atuk.

Bila di rumah Atuk (bapa mertua saya), cucu-cucu Atuk akan bayangkan buaian besi bulat tu macam bas/kapalterbang. Sesiapa nak naik kena bayar tiket dan dia orang 7 orang sepupu akan berhayun segigihnya dalam tu.

Saya join juga kadang-kadang, menyakat. Walaupun memberatkan buai 😉 , tapi happy je nyanyi-nyanyi dengan diorang. Jadi budak-budak best apa, takde masalah. Buai tu dah nazak tapi Atuk tetap repair.

Sabtu lepas, saya kan nak pergi jogja (joging jalan tu). Adik pulak kenen aje nak ikut. Saya dah bawa dia pergi playground kat situ beberapa  hari lepas. Dia masih nak ikut. Ok saya bawak.

Sampai sana, prosedur biasa. Beli buah, dan kami dua orang jalan sementara nak habiskan buah tu. Saya dalam hati fikir oh mesti tak dapat jogja ni sebab minah ni ikut. Takpe, jalan aje.

Habis buah, dia cakap ok mama, jom kita lari. Saya skeptikal juga sebab tahu dia mesti cepat penat. Tapi cuba juga lari-lari anak.

Sekali laju juga dia lari dengan kaki dia yang kecil tu. Dah lah dia pakai sliper frozen tapak wedges tu. Saya macam terkesima sangat. Kami lari kat tanah, simen, rumput, tar. Penat berhenti. Lari lagi.

Sebelum ni dia lari dalam 10 langkah aje mintak dukung. Dulu. Tak ingat bila. Mungkin tahun lepas?

Petang tu, saya puji dia Adik terernya Adik lari. Tak sangka Mama.

Dia balas:

Adik memang suka lari. Mama tu selalu pergi joging tak bawak Adik. Tu yang Adik kena main buai kat rumah Atuk.

Saya terdiam sekejap. Oh saya selalu bawa dia pergi taman main playground dan buai. Rupanya dia suka joging juga.

It was a good run last Saturday. Di hujungnya, seliper dia asyik tercabut. Saya suruh jalan tapi dia merengek. Jadi, saya dukung dia. Dia happy. Saya dukung sebab saya tahu saya kena juga sampai ke kereta dan bawa dia balik. Takde orang lain boleh tolong saya. Papa takde. Walau bagaimana susah pun, ia mesti ada penamat yang baik.

Kita have a good chat juga semasa lari. Dia cerita kenapa Cikgu Ika dia berhenti sebab nak jadi pengantin, kita akan pergi rumah Cikgu Ika ke tak, dia kena beli kasut joging, kenapa dia suka kawan dengan Zahira Zaki. Akhirnya tapak kasut saya tercabut lagi 100 meter nak sampai. Kita ketawa duaorang. Plan nak ke buaian di cancelkan.

Dalam saya tak yakin dia lari lepas 200m, dia jogja dengan saya dekat 1.6 km.

Kadang-kadang kita underestimate orang atau diri kita sendiri.

Sometimes u just have to believe.

Welcome my weekend jogja mate, Adik. Aiman pun nak join nanti. Hopefully Papa akan insaf walaupun dia kurus dia perlu bersenam juga haha.

Anak-anak membesar dengan cepat, meninggalkan memori mereka masih kecil di hati kita.

6 thoughts on “Aku, dia dan buai itu

  1. Handalnye ichaaa!!! 1.6km jauh ok. Belikan dia running shoes ana!

    Kdg2 kita bukan under esimate anak. Kita cuma kesian tkmo diorang susah payah…siapa tk sayang anak kan?

  2. 1.6km ..itu cukup jauh jugak la bagi budak2 ..kan?bangga dapat besarkan anak sampai boleh berlari jauh..ekekekk

  3. Diana : Itulah. Tengok kecik aje sekali dah besar hehe

    MJ : Haha. Best tau syok aje kan berbuai. Rumah Atuk saya buai bawah pokok jambu air. Petik, cecah kicap cili padi + buai. Fuhhh 😉 .

    Titan : Baik cikgu!
    dalin ali recently posted…Happy Birthday NormMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge