Pengajaran terbaik Teman Lelaki Upahan

Scene paling menjeruk rasa dalam Teman Lelaki Upahan adalah:

bila El luahkan perasaan pada Kyra, lepas tu Kyra cakap No. Balik-balik No, No, No.

Yang kat rumah ni ketap-ketap bibir cakap Oh no, say yes. Just say yes, please….

Suka taww over-over tengok cerita tv hehe.

Terkejut-kejut juga tengok ending dia tu.

1. El marah Kyra berapi-api. Kejam 🙁

2. El kahwin dengan Zara. Pitam. Ah nasi baik mimpi aje.

Pengajaran terbaik cerita ni dalam urusan mencari jodoh adalah:

Adik-adik, carilah lelaki yang menghormati ibu bapa anda. Dia hormati mereka sebelum mengahwini anda, dan insya Allah selepasnya. Dia sanggup bantu penuhi permintaan mereka selagi terdaya.

Sebab….

Dia akan terima pesanan paling penting pada hari pernikahan, sama ada terluah atau tidak, atau dari pandangan sayu bapa anda, pesanan ini:

Tolong jaga anak saya baik-baik.

Terima pesanan dari adik-beradik pengantin perempuan pun ada, tapi itu kurang penting. Kau jaga adik kitorang baik-baik ye…. sebab itu lebih kepada nak menakutkan adik ipar baru haha.

Cari lelaki yang menghormati ibunya, sebab begitulah caranya dia akan menghormati anda.

Faham tak adik-adik?

Tetiba akak jadi Doktor Cinta hari ni hehe.

Bye.

3 thoughts on “Pengajaran terbaik Teman Lelaki Upahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge