Tip untuk kembali bersenam bagi si malas

Hai. Aah memang dah takde idea tajuk tu. Straight forward je kan hehe.

Saya kan dah 3 bulan tak pergi joging @ aerobik. Lepas tu minggu lepas balik kerja ada jugak pergi taman, park kereta lepas tu perati aje orang joging. Saya pernah aje jalan kaki pakai baju kerja dengan kasut semua kat taman tu dulu petang-petang. Orang perati jugak kenapa kakak ni tekanan ke apa ni. Oh tapi ada juga geng lain, mesti kes tak bawak baju sukan, lepas tu rindu nak bersukan.

Alasan tak pergi banyak. Antaranya takde surau, nanti lambat solat. Kereta selalu kena pecah kat situ ada pencuri. Aerobik start pukul 6 habis pukul 7, siapa nak ambil anak saya, Papa kadang-kadang takde. Karang anak saya lapar macamana? Dan banyak lagi alasan saya.

Bila pergi, adik yang meniaga buah potong tanya:

Akak, hari tu akak datang tak turun eh. Duduk dalam kereta aje nampak.

Aduh, dia ni perasan pulak….

Aah baju tak bawak ritu.

Lama akak tak datang?

Adoi ada attendance card ke….

Oh akak bizi dik. Tak sempat.

Ok, saya ni memang bukan orang bersenam lah. Berat saya sama aje sebab mungkin saya takde bibik di rumah. Saya malas sangat nak keluar rumah. Kalau berkemas takpe, saya tahan. So, maybe adalah lemak terbakar sikit lepas tu cover balik dengan nasi goreng, burger dan rakan-rakannya. Sebab tu, berat saya statik sejak 5 tahun lepas. Paling terer wakil sekolah ping-pong. Netball wakil batch/fakulti sebab saya garang jugak time perebutan bola tau (dorang kata). Kira kalau empire campak bola yang kena rebut dua orang tu, saya memang akan dapat punyalah bola tu 😉 .

Orang selalu ingat saya ni garang sangat, tapi cuba berbual dengan saya dulu. Tapi kalau kena gayalah, kalau kekwat aje, memang taklah. Saya ada juga join taekwondo dari Form 4. Masuk asrama baru boleh join kalau tak ayah tak bagi. Adalah menang pingat gangsa 2 kali. Entah manalah saya campakkan pingat tu agaknya. Lagi satu, weekend saya kan buat candy buffet planning, jadi banyak juga guna kudrat ni. Kemas barang, angkat tong, setting meja (lorat pulak tu nak perfecto) dan 101 kerja lagi.

Tapi, walaupun kita dah kira aktif juga di rumah, kenapa kita kena bersenam:

1. Kita keluar dari comfort zone kita, rumah kita. Pergi taman, gym, jumpa kawan baru.

2. Kita cuba aktiviti lain juga. Kat rumah sama aje kerjanya dah bertahun juga buat tu betul tak.

3. Kita boleh sedut udara segar, boleh mencari ilham juga (feeling-feeling blogger terkenal)

4. Kita boleh bersendirian juga. Semua orang kadangkala perlu bersendirian.

5. Ini cliche, kita boleh menjaga kesihatan. Bila tengok ah soh lari laju, asyik potong kita, atau tengok ada kakak rasa dia lagi tua, dia lagi kurus, kita dengki. Jadi, kita beat diri kita mengikut circumstances. Tak lah sama aje pace larian kau tu kan. Lari 30 meter, mengah 😉 .

Tip dia berkawan dengan orang suka bersenam. MK kawan saya adalah runner yang hebat or marathoner. Saya bangga sangat dengan dia. Dia cute sangat call saya tanya nak joging kat mana, terangkan macamana nak guna Noom apps tu. Menggerakkan si malas ni. Saya cipta terma baru jogja iaitu joging + jalan, sebab saya lebih banyak jalan aje sekarang. Tapi MK kata takpe, practise makes perfect. Saya share gambar Taman Rekreasi Bukit Serindit ni supaya dia dapat bayangkan tempat saya lari-lari layan feeling hehe.

joging di melaka
Atan, ini tempat mula
joging di melaka
part of the taman

Saya prefer jogja aje sekarang sebab boleh balik awal. Dan saya cuba hapuskan alasan-alasan tak nak bersenam lain yang penuh dalam otak saya ni. Ia menyeronokkan. Cubalah. Ia aktiviti antara kita dan diri kita sendiri aje sebenarnya. Walaupun ramai, semua orang macam berada di dunia sendiri aje. Merenung jauh gitu 🙂 . Petang tadi saya joging dengan Adik seronok juga kira macam girly activity kononnya.

MK, thank you. Harap tak propa aje lebih kawan kau ni haha.

4 thoughts on “Tip untuk kembali bersenam bagi si malas

  1. Good job!! Cantiknye taman!! Actually bila aku dapat lawan dgn kemalasan aku sendiri tu lah satu kemenangan besar utk aku.

    Skrg ni aku dh tk malas dah. Sbb aku suka menang. Menang lawan dgn diri sendiri. Aku rasa hebat sbb bersungguh2 make it possible. Balik kerja jemput anak masak dinner solat maghrib ajar anak ngaji. Bagi anak mkn. Ajar anak homework

    Pastu dh pukul 9.30 baru siap semua tu. Dh penat tp aku pergi jogging jugak sbb aku nk rasa hebat lepas buat semua tu.

    Despite all the things i did for my family i hv to do something for me too. In my case…running

    Hebat!

    Semoga ko bertambah hebat juer sayangku!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge