Surat cinta dari Facebook

Hai. Maaflah kalau ada entri saya yang bosan. Saya menulis setiap hari just to keep the momentum. Jadi ada cerita yang bosan, sedih, menyedihkan hehe. Susah tau kita nak mulakan sesuatu setelah kita berhenti. Jadi jangan berhenti blogging, type it when the idea strikes. Wah kemain nak bagi motivasi kat orang wakaka.

Saya suka sangat baca status FB orang yang ikhlas menulis dari hati. Ikhlas in the sense dia mengetuk pintu hati orang yang membacanya. Takde yang hebat-hebat sahaja. Ia macam real humane. Benda ni tak boleh dibuat-buat. Orang cakap ada yang boleh dilatih, tapi saya rasa, menulis dari hati, datangnya dari hati seseorang itu.

Saya tak boleh tak share FB ini, kerana saya selalu merasakan ketulusan hatinya. Beliau adalah penulis buku kanak-kanak dan juga badut hospital. Tapi bukan badut biasa ya, beliau belajar ilmu meraikan kanak-kanak ini di luar negara. Bukan calang-calang orang yang sanggup pakai baju badut untuk menggembirakan orang lain. Saya share FB status ini yang beliau tujukan kepada isterinya semasa harijadinya.

Screenshot_2015-03-10-13-48-14

Saya suka semua ayat di atas. Paling suka:

You cannot appreciate happiness unless you have known sadness too.

Thank you for being the pillar in my life and for believing in what I do.

Dan ini post beliau semalam:

Screenshot_2015-03-26-10-28-52

Ia sangat bermakna bagi saya. Kadang-kadang saya juga skip dari melakukan dari sesuatu yang saya suka.

Thank you En Iskandar Syah Ismail @ Dr. Bubbles. Thank you for your facebook statuses. Terima kasih atas ketulusan hati sewaktu menulis. Check out his facebook sebab beliau juga penulis buku kanak-kanak yang hebat. Beliau bukan sahaja mengetuk pintu hati kanak-kanak di hospital, beliau mungkin akan mengetuk hati anak-anak kita juga tentang kasih-sayang. Ada kisah anak bernama Baim beliau abadikan dalam koleksi bukunya, Baim telah pun meninggal dunia kerana leukimia.

Screenshot_2015-03-27-17-07-52_1

Kadang-kadang, jawapan kepada sesuatu itu dihantar kepada kita dalam pelbagai cara. Just find the signs 🙂 .

4 thoughts on “Surat cinta dari Facebook

  1. Bestnya akak nak buat momentum menulis.. saya susah nak wat momentum gara2 bz memanjang sekarang ni.. wabak kolera tempat kami.. jadi kena wat kawalan.. so.. bila penat.. nak menulis pun “hang” otak.. hehe..

    Pergh ~ sweetnya kata2nya.. tapi part buat kek tu yg sya serender.. kalau kek beli kedai boleh la.. hehe..
    Aretikz recently posted…Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge