Never

Semalam banyak terima call. Bersambung-sambung dari pagi. Salah seorang kawan lama saya, Kak Linda.

Terperanjat juga dapat call dari dia ni. Dulu kami sama praktikal (budak law panggil chambering). Panggil dia kakak sebab dia masuk UM dari STPM, saya pula straight lepas SPM terus masuk matriks law UKM. Jadi, beza umur walaupun sama tahun grad.

Takdelah rapat sangat pun. Kenal-kenal gitu aje. Bila dah kerja, dia ada geng dia sendiri, jadi saya pun ok aje. Tapi, saya tahu background family dia. Kebetulan kenal ayah dia. Dia tinggal dengan Mak dia single mother, mak ayah dah berpisah dari zaman dia sekolah lagi. Ayah dia pula ada family baru, dan memang saya tahu mereka tidaklah baik sangat. Memang betul-betul terpisah. Saya pula kenal both sides atas sebab kerja.

Dia call atas sebab kerja dan juga personal. Dua-dua tu memang dalam pengetahuan saya. Berbual sampai satu tahap dia cakap:

Dah lah akak ni sorang-sorang Diana.

Saya tahu dia single (belum kahwin) tapi saya pelik, Mak dia kan ada.

Kenapa pulak kak?

Akak kan sorang-sorang. Mak akak dah meninggal.

Ha akak. Bila? 

Dah 3 tahun Diana.

Yang saya ingat, tahun lepas saya tanya pasal Mak dia, dia kata Mak dia ada kanser ovari macam tu. Pelik juga nak berbual depan orang di court pasal kanser ni so saya tahan setiap kali nak bertanya lepas tu. Iyalah kadang-kadang orang tak selesa kita tanya benda macam tu selalu kan.

Rupanya dah 3 tahun saya tak tanya khabar Mak dia. Teruk betul saya.

Saya tahu juga kisah keluarga dia. Tak berhak nak komen apa pun sebab kita tak tahu how painful the memories. Saya tahu dia anak tunggal, dulu struggle meneruskan hidup dia dengan Mak dia sebagai ibu tunggal, sampai dia berjaya. Bila dia berjaya, sampai masanya untuk Mak dia pergi.

I can never imagine my life without my mother. NEVER.

Walaupun saya ada adik-beradik, saya tak boleh bayangkannya. Kadang-kadang saya rasa kalau saya ni ada sedikit sense of humour, ia datangnya dari Mak saya. Ayah saya serius orangnya. Siapa lagi yang begitu supportive dalam keluarga saya bila saya cakap nak pergi belajar tahun lepas. Internet pun Mak tak tahu, rilek aje support saya belajar Internet Marketing. Sayang Mak!

Beberapa tahun lepas saya mula cakap I Love U kat Mak. Mak happy sangat. Dulu saya sembunyikan perasaan saya. Masuk part Ayah pulak, saya mula peluk Ayah kalau salam dia. Saya tahu dia selalu jeles bila call semua nak cakap dengan Mak. Everything Mak. Bila peluk nanti dia buat-buat cool, tapi senyum.

Bila Kak Linda call saya ni saya tersentap juga. Entah apa yang saya sibuk sangat selalu lupa nak call Mak. Kadang-kadang kita ni malu tak bertempat juga. Tunjukkan kasih-sayang kita pada mereka. Kalau tak mereka yang pergi dahulu, kita yang akan tinggalkan mereka.

Saya memang anak yang tak baik pun, selalu lupa, lalai, sibuk tak tentu hala. Semoga Allah ampunkan, berkati dan panjangkan umur Mak Ayah saya. Dan Mak Ayah anda semua juga. Amin.

6 thoughts on “Never

  1. Saya kan..kalau nak call mak kat kmpung mesti rasa cam was2 je..macam “tak boleh la call hari ni,dia mesti sibuk layan anak cucu balik..’padahal tak de siapa pun balik..cuma rasa2 je..saya tak rapat dengan adik beradik sebab dari kecik dok asing2.sebab tu bila nak call takut mengganggu..lepas tu sedar2 dah masuk 2 minggu tak tanya berita mak..hehhe..

  2. Di: Saya pun sama, mak saya ada timing dia. Waktu siram pokok, dia tidur lepas Isya’. Saya pulak pukul 10 malam baru free. Memang lupa sangat sebab kejarkan masa dia. Tapi, kalau teringat saya terus call (siang). Beberapa hari sekali jugak. T_T

    Lin : Lin jauh tu takpe. Saya ni daerah lain aje, 45 minit perjalanan T_T
    diana recently posted…Surat cinta dari FacebookMy Profile

  3. MJ masih ada mak dan ayah, memang rasa tak boleh nk bayangkan kalau kehilangan mereka, dan bila dah ada anak-anak ni dan berkeluarga rasa lebih boleh nak luahkan kasih sayang tu pada mak ayah.
    Dulu kalau masa belajar, nak peluk dorang pun rasa mcm segan-segan walhal apa salahnya kan.
    tapi sekarang ni, lebih boleh menunjukkan emosi dan kasih. mungkin sbb kita pun dah bergelar ibu bapa..feeling lain.
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Tips Nak kenal Udang Segar Atau TidakMy Profile

  4. Saya pula sekarang bahagi2 nak kol mak n abah.. kalau kerap kol mak.. susah juga.. hehe.. sal mak banyak cite.. kalo abah.. ok juga ada cerita.. tp xpanjang la perbualan.. yg pnting.. kena kol.. sal sya pun duk jauh sikit.. 6 jam perjalanan standard.. kalau fast and furious.. 4 jam stengah kot.. haha..
    Aretikz recently posted…Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge