Tip deko ruang terhad @ sempit

Hai. Saya kan ada dapat perabot free hari tu. Dah spray putih. Tapi tak tahu nak letak di mana. Cuba di laundry area, last-last letak di dalam rumah. Ada beberapa sudut @ corner di rumah saya ni kosong juga. Saya plan untuk deko ruang terhad ni, sambil cari idea di internet. Tapi, memang tak sempat nak letak hiasan apa-apa lagi, sebab minggu ni dah mula sibuk. Sudut ni gelap pula jadi susah nak cari angle gambar yang terang. Sebab tu gambar ni banyak bayang.

tip deko ruang terhad
bagaimana nak deko ruang yang terhad?

Kerusi tu memang tak sama bentuk tapi takpelah konon style designer haha. Asalnya ada meja kecil aje di sudut ni tempat letak modem dan telefon rumah. Cermin besi tu saya beli di IKEA 10 tahun lepas, dan masih tergantung di tempat yang sama. Turunkan bila tukar cat area living room ni aje. Area lain dah penuh juga, saya pula tak suka perabot banyak-banyak. Para kayu tu biasalah Papa ambil kat rumah mak mertua saya dalam stor. Sebab tu macam dah lusuh juga. Lilin vanilla dalam cawan tu beli kat IKEA 5 tahun lepas tak habis-habis. Dulu takut anak main masak-masak tak sedar. Sekarang pulak takut terlupa mengantuk terus tidur lupa nak padamkan. Takde mana nak romantik-romantik lilin-lilin ni bila ada anak. Propa aje Eric Leong tu letak lilin banyak-banyak —> dengki 😉 .

Kalau ikut style dekorasi bajet, kita kena survey dulu apakah style yang kita suka. Apa keperluannya? Macam saya, ruang ini boleh jadi coffee corner @ tempat minum kopi. Papa kadang-kadang dia comel dia masakkan saya maggie in cup, sebab dia tak reti masak yang lain. Kadang-kadang dia belikan burger dan kita lepak masa weekend sambil coffee talk. Bila dah ada anak, tak semua cerita kita sempat update setiap hari. Kadang-kadang dia faham saya cerita pasal blog, penulisan etc, kalau tak pun kami buat-buat faham aje cerita masing-masing. Faham komen. Tak faham diam angguk-angguk aje. Itu teknik dia hehe.

Saya plan untuk ruangan ni hiasannya simple sahaja. Ia memang akan kosong sahaja supaya sesiapa sahaja boleh guna. Boleh blogging, ipad-ing, homework-ing, charging, coffee-ing, telefon Mak kat kampung. Apa sahaja. Tapi nak deko ruang terhad begini dengan apa? Takkan nak kosong sangat kan?

tip deko ruang terhad
boleh deko ruang terhad dengan frame dan bunga comel

Idea deko ruang terhad dengan frame buat notice board pun comel. Kalau deko elakkan beli hiasan yang terlalu mahal sebab bila kita rasa nak tukar-tukar nanti taklah rasa serba-salah sangat. Bukan senang nak carik duit uols 😉 .

tip deko ruang sempit
lebih ringkas deko ruang yang terhad, lebih sedap mata memandang

Saya suka lampu putih tinggi tu. Ia jimatkan ruang, maknanya kalau kita nak menulis/menaip ke di bahagian bawah tak terusik pun ruangnya. Kalau dalam ebook ini, ada disebut pilih lampu yang mempunyai cahaya kuning, berbanding putih kerana ia akan menerbitkan suasana cosy. Wah siap nak guna perkataan menerbitkan haha. Saya personally memang suka night lamp. Rasa tenang walaupun ia taklah terang sangat.

tip deko ruang sempit
boleh deko frame dengan ayat motivasi juga

Saya cadang nak “deko ruang terhad” begini dengan frame ayat motivasi juga. Simple aje. Yelah kadang-kadang tu kita rasa malas dan letih sangat juga kan. Ada 1 tempat ni lubuk frame cantik-cantik macam meaningful words dan motivation juga. Murah pun ya. Nak pergi takde masa pulak T_T. Nanti lain kali saya share.

Untuk DEKO RUANG TERHAD @ SEMPIT, tanya diri anda, nak buat apa di situ. Membaca? Ruang simpanan? Siapa yang akan gunakannya? Apa peralatan yang perlu seperti lampu, plug untuk charge bateri handphone/laptop/ipad. Letak alatan yang perlu sahaja. Jadi diri anda sendiri dengan tidak terikut-ikut style orang lain. Ikut bajet sendiri dan tak apa kalau pun ia mengambil masa. Saya dapat perabot untuk ruang ini percuma sahaja. Rezeki saya dan juga ikut panduan di Dekorasi Bajet. Take your time and enjoy decorating. Nanti bila dah siap deko sepenuhnya sudut ini saya share lagi ok. Bye.

7 thoughts on “Tip deko ruang terhad @ sempit

  1. Aretikz: Hehe jangan risau. Ada rezki nanti tu. Dulu awal-awal rumah akak ada peti sejuk, dapur masak dengan washing machine aje. Ya itu aje. Sebab tu sekarang tak reti perabot banyak-banyak sebab memang start dari rumah kosong gila 10 tahun lepas.

    Titan: Saya pulak tak berapa nak kecik sangat tu haha

    Lin: Wah lin tanya saya ke? Dengan gigih saya akan surveykan nanti hehe. Saya tak pandai lin, saya selalu juga ubah meja belajar anak. Nanti ya 😉 .
    diana recently posted…Surat cinta dari FacebookMy Profile

  2. I baru pindah rumah, memang mencarik idea-idea deko2 ni.. hehe.. mostly pakai ape yang ada dulu.. tapi banyak jugak membeli, disebabkan geram hahaha.. thanks for sharing this idea! Mantops!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge