Lirik Lagu Teman Lelaki Upahan

Saya cari lama juga lirik lagu Teman Lelaki Upahan ini. Malangnya ia memang takde video dan lirik di mana-mana hinggalah semalam jumpa di sini. Balik-balik google Jika pernah suara hatimu memanggil aku.. Tapi takde.

Cerita Teman Lelaki Upahan ni sebenarnya ada pro and contra. Ada adegan dan gaya pemakaian yang tidak berapa sesuai juga. Tapi kalau dilihat dari sudut yang positif, ia menekankan kasih-sayang antara adik-beradik, anak dan ibubapa (kandung dan tiri), bestfriends (dalam cerita ini lelaki) dan bagaimana seseorang itu boleh berubah ke arah kebaikan, walaupun orang lain memang dah tak berharap langsung.

Saya kan suka menulis, jadi saya suka mendengar lirik yang indah juga. Dalam cerita ini, lagu cinta tak semestinya untuk kekasih. Itu paling saya suka. Ia digarap dengan indah dalam scene merindui ibu, menangisi pemergian mereka yang telah pergi meninggalkan kita (Angin Kencang-Noh) (Hujan Sepi-Ippo Hafiz). Ada juga lagu comel macam Sampai Bila-bila (ThreeSixty). Sesiapa yang menonton akan memahami apa yang saya tulis ni.

Sebenarnya visitor blog ini ramai juga datangnya dari lirik lagu Asam Pedas Untuk Dia yang saya upload dulu. Ramai juga yang suka lirik macam saya ye hehe. Lagu slot Akasia Teman Lelaki Upahan – Terlalu Istimewa dendangan Rudy Nastia ini setakat ini memang tiada video. So, enjoy the lyrics 🙂 .

Terlalu Istimewa – Rudy Nastia

Jika pernah

Suara hatimu memanggil aku

Pasti ada

Suara hatiku kan memujuk mu

 

Kerna kau nyawaku

Kerna kau hidupku

Biar hanya hatiku mengerti

****

Kerna ku masih ada kamu

Kerna ku yakin ada kamu

Kerna ku percaya rasa ini

Cinta terlalu istimewa

 

Pernah jika

Cinta itu tak selamanya mudah

Kan ku jaga

Segala yang ada di antara kita

****

Kerna kau nyawaku

Kerna kau hidupku

Biar hanya hatiku yang mengerti

****

Meskipun ku harus menjunjung

Penantian yang tiada hujung

Ku tetap percaya rasa ini

Cinta terlalu istimewa….

Ini lirik lagu Teman Lelaki Upahan yang menarik juga bagi saya. Harap ending cerita dia semakin baik dan meninggalkan pengajaran yang baik-baik juga. Kyra Lydia pun dah pakai tudung cantik sangat. Jumpa lagi di lirik yang lain.

11 thoughts on “Lirik Lagu Teman Lelaki Upahan

  1. Baca entry ni terus rasa macam nak tonton teman lelaki upahan petang ni..sebelum ni tak pernah tengok pun..ehheeh..tunggu lagu dia je..:p

  2. tak pernah degar lagu ini sebab tak nonton yv3 sebab layan korea tv9. apa saya nak degar juga sedap boleh degar berkali..kali tak gitu..

  3. Muqti: Sama-sama. Oh artis datang sini 🙂 . Saya sentiasa suka lagu “Sampai Bila-Bila”, rasanya sampai bila-bila juga. Keep on writing, composing lagu comel dan best! Terima kasih datang ke sini.
    dalin ali recently posted…Dalin ali 360My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge