Doa Tanpa Suara

Wah tajuk bajet good-good aje.. Hehe takde idea pulak.

Ok saya share satu cerita ni, ia berlaku pada saya tahun lepas.

Ada satu hari saya kena pergi 7 Eleven. Nak keluar duit, beli roti (sebab lapar sokmo) dan biasanya rembat magazine juga. Sebab dah petang, saya kena cepat, sebab nak ambil anak dan macam-macam lagi.

Masa saya nak masuk 7E, ada seekor kucing putih mengiau di tepi pintu. Saya nak cepat ni, detik saya dalam hati. Dia macam mengiau lagi dekat orang lain. Sambil beratur nak keluar duit, saya tengok dia lagi. Masih setia berdiri di tepi pintu tu. Mengiau pada semua orang yang masuk.

Saya pun cakap oklah, kalau ada whiskas food ke kat sini nanti saya bagilah kat dia. Oh sesiapa yang ingat saya baik ngat dalam kes pakcik/atuk sebelum ni tu memang taklah. Ada berpuluh malah beratus kali agaknya saya ignore aje situasi macam ni. Saya pusing situ cari makanan kucing tapi takde. Saya keluar.

Dia pandang muka saya dan macam cakap Please.

Ok, saya masuk balik dan doa Ya Allah kalau betullah rezeki kucing ini saya simpan, tolonglah tunjukkan apa yang boleh saya belikan untuk dia. Dan, saya terjumpa sardin dalam tin, ke tuna, dia dalam tin yang leper tu. Ada penarik picu (apa ayat kau ni?) jadi senanglah nak buka.

Saya bayar dan bawa keluar tin tu. Panggil Dak Putih. Laju dia mengekor saya. Tiba-tiba, sekonyong-konyong kata orang dahulu kala (saya pembaca Hikayat Batu Belah harap maklum), saya teringat saya ada satu doa yang tidak dimakbulkan, lama juga. Tiba-tiba saya teringat kawan saya kata, doa kadangkala perlu precise, tepat juga. Sambil buka tin tu, saya beri Dak Putih makan dan saya doakan secara khusus doa saya tu. Jelas dan terang walaupun perlahan.

Kemudian saya berlalu pergi. Dari jauh saya lihat Dak Putih berselera makan. Baguslah, saya memang faham perasaan orang lapar camne sebab selalu lapar hehe.

Hari berlalu. Saya pun tak pernah harapkan apa-apa sebab saya tahu kadangkala Allah s.w.t tidak mengabulkan doa kita kerana itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Lebih kurang 7 hari selepas itu, doa saya dijawab dengan cara yang istimewa. Malah, saya mendapat jawapan lebih baik yang tidak pernah saya impikan.

Sabtu lepas, saya nampak kata-kata ini dishare di FB. Menitis air mata saya.

doa si putih

Saya tidak pernah minta dia mendoakan saya (sebab tak tahu). Mungkin dia terdengar lalu mendoakan saya.

Kalaulah anda juga ada doa seperti saya, cuba memberi makan kepada kucing. Jika ia tidak dijawab pun (pastinya untuk kebaikan kita), kita akan beroleh ketenangan yang tidak boleh dijual-beli.

Dan Dak Putih tak pernah lagi saya temui di 7E.

5 thoughts on “Doa Tanpa Suara

  1. MrH: Memang Mr akan kaya tu, kaya pahala juga. insyaAllah Amin murah rezki MrH

    IDD: Betul tu IDD, bukan kucing sahaja. Terima kasih.

    Aretikz: Insyaallah. Amin

    Lin: Oh usahkan Lin, saya pun. Lupe sokmo haha.
    diana recently posted…Surat cinta dari FacebookMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge