DIY Project Cuti Sekolah dan 3 Idea Deco SOHO anda

Assalam. Besok dah nak sekolah. Seminggu rasa macam sekejap aje. Semalam ke taman tema seharian, lepas tu hari ni ada ujian grading taekwondo Aiman. Bawa pula pergi gunting rambut sebab rambut dia dah panjang. Bila gosok baju sekolah pula perasan sampin sekolah agama hilang 1, t shirt singlet satu takde, stokin tinggal 2 pasang (daripada 5). Mesti tertinggal rumah Atuk bila Atuk tolong ambilkan dia di sekolah. Adik pulak cekak rambut dia semua patah, pergi beli juga. Tiba-tiba alasan cekak patah, basah sebenarnya jeles abang nak pergi beli barang. Sampai kat kedai Aiman tiba-tiba pulak teringat nak kena beli t shirt PBSM. Hurmmmm…. Sibuk juga bila penghujung cuti sekolah begini. Tapi saya ada DIY PROJECT tau. Ia tak dirancang pun, kebetulan dapat.

diy project 2
Dapat 2 kerusi ni untuk diy project saya
diy project 1
meja ni pun sama untuk diy project. Ia tinggi daripada biasa, sama macam kerusi tu

Agak-agak apa projek saya untuk DIY Project? Ada banyak juga idea ni. Saya dah spray eh Papa yang spray hehe. Tapi hasilnya nanti saya share ya. Belum sempat lengkapkan deco lagi.

Ok saya share juga “3 Idea untuk Deco SOHO” anda. Suka sangat tengok yang base warna putih ni. Saya selalu berangan tau dapat SOHO yang cantik.

soho deco idea
soho deco idea white theme

Yang ni memang kemas sangat sebab rak semua tertutup. Saya kan merancang Candy Buffet jadi peralatan saya yang konon-konon crafty sangat ni banyak juga. Saya collect fabrik, kertas, riben dan banyak lagi. Indah betul kalau dapat SOHO atau craft room macam ni. Tapi berangan ajelah, memang takde space lagi kat rumah T_T.

soho deco idea 4
small office home office idea

Oh yang ini cantik juga buat mini office. Meja bulat tepi tu kalau klien datang pilih jenis deco party diaorang nak ke. Kadang-kadang jumpa klien kat restoran aje. Berangan.. berangan. Saya save gambar ni kalau-kalau betul saya ada mini office kat rumah khen 😉 .

soho home deco 5
soho idea favourite!

Tapi yang ni paling favorite sekali. Comel kan. Ada kotak-kotak, huruf. Mesti bertambah-tambah idea membelog saya kalau ada SOHO macam ni. Iye ke? Sekarang ni kat atas sofa depan tv jua adanya kau berbelog hehe. Alasan!!!!

Tapi apa relatifnya saya share diy project dengan idea deco SOHO ni? Adakah saya akan buat SOHO dengan perabot recycle yang saya dapat tu??? Tetiba nak menjengkelkan orang tanya soalan haha. Taklah sebenarnya saya pun tak tahu apa halatuju diy project saya yang terbaru ni. Kita tengok saja ya nanti apa yang jadi 🙂 .

Saya dapat idea untuk DIY project ni dan juga di mana dapatkan perabot secara free ni di sini. Memang ada modal yang perlu dikeluarkan untuk DIY tapi sedikit sangat. Setakat ni baru RM50.

Ok juga dapat buat “DIY project” cuti sekolah ni. Sebenarnya kalau kita kemaskan meja kerja atau SOHO kita, ia dapat menjadikan kita lebih kreatif juga. Jumpa lagi. Bye.

7 thoughts on “DIY Project Cuti Sekolah dan 3 Idea Deco SOHO anda

  1. fuhhh cantik banget! MJ ni tak kreatif, tapi memang sangat kagum dengan orang yang kreatif. cantik sangat tu, selalu memang rasa kalau dah cantik gitu semangat pun datang.. tapi masalahnya SOHO MJ sekarang pun tak diguna, sebba soho dok tingkat atas, malas nak naik atas hahaha..lepas ni kena insap dah kembali bekerja di soho..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Melawat Anak Sedara BaruMy Profile

  2. DI: Haruslah kan. Tapi kadang-kadang mood ke laut dalam jugak hehe

    MJ: Nak tengokkk sohonya. Mesti cantik.

    AlongXP: Ubah-ubah tu best, walaupun penat tapi puas hati sangat kan.

    IDD: Iya lebih organized juga ada lebih space menyimpan barang

    Lin: Saya suka deko tapi taklah pandai. Guna apa yang ada je Lin
    diana recently posted…Surat cinta dari FacebookMy Profile

  3. Untuk ukuran ape2 jnis hiasan dalaman dan luaran, disyorkan awk download software sketchup 3d..free je..boleh bajet ukuran dan warna yg sesuai..boleh download ape2 brg yg awk nak utk mskkn dlm tu..sekadar pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge