Review Inner Tudung Habibi by Alkenali

Hai. Saja nak kongsi review “Inner Tudung Habibi by Alkenali” ni. Saya tau mesti ramai juga macam saya kan, tercari-cari inner tudung yang sesuai. Saya pernah beli yang harga RM5 sampailah yang harga RM30. Shawl yang semi-transparent ni sebenarnya membuat jatuhanย yang cantik bila dipakai. Sebab itu inner tudung masih lagi jadi igauan wanita muslimah dan mungkin juga mimpi ngeri bagi kita yang berwajah bulat ni hehe.

Tapi, yang terkini saya beli adalah Inner Muncung Habibi ya. Bukan Inner Neck Anti Tembam (Inat) yang selalu iklan dia pop-up di fb tu. Nampak sangat saya ni targeted customer, asal online aje iklan dia keluar ๐Ÿ˜‰ . Tau kan iklan di fb ditargetkan mengikut umur, jantina dan sebagainya. Tapi itulah, saya tertarik beli Inner Muncung Habibi ni bila ke website dia. Kononnya nak pakai style shawl + anak tudung nampak macam tudung syria tu.

Pengalaman membeli online di Habibi ok. Saya lupa password Paypal, tapi ok je bila register under debit card. Syukur Paypal ni cerdik juga mak-mak ni selalu lupa kan. Buku password pula banyak -_-“. Beli hari ni, esok sampai, I like ๐Ÿ™‚ . Lama saya tak beli online ni. Kecewa pun ya juga bila beli tak sesuai. Sejak ada kedai pakcik kemboja kat rumah saya ni, saya beli shawl kat dia aje. Beli lebih, lebih diskaun. Perempuan mana tak suka diskaun hehehe.

inner tudung habibi

Inilah Inner Tudung Muncung Habibi by Alkenali.

Kain jenis tebal sedikit. Bukaan muka memang kecil atau sesuai bagi mereka yang berwajah kecil atau sederhana @ IKS hehe. Bila saya tetas sedikit memang tak boleh juga dipakai begitu sahaja sebagai anak tudung yang jelas kelihatan di dahi. Bukaan inner akan terus melekap di tepi mata atau telinga. Kainnya selesa cuma tidak begitu sesuai bagi yang berwajah bulat.

inner tudung habibi

Ini kotaknya. Style kan.

Kepada yang membaca review ini, Inner Tudung Muncung Habibi ini memang berkualiti. Ia juga terbentuk dengan baik kerana material yang digunakan adalah baik dan bertekstur (sedikit seperti corduroy lembut). Jadi jika anda memilihnya untuk dipakai seperti gaya tudung syria, ia memang sesuai. Cuma, ia kurang sesuai untuk mereka yang berwajah bulat seperti saya. Tapi, saya mungkin akan membeli Inner Neck Anti Tembam (INAT) Habibi juga di masa terdekat. Sebab mereka juga ada keluarkan INAT Extra yang lebih labuh. Bukan apa, mudah bila balik ke rumah mertua atau berekreasi (taman tema, laut etc) sarung INAT tu kan. Nampak gaya INAT tu macam boleh cover pipi (targeted customer lagi ni hehe). Insya Allah nanti saya share ok.

Tapi, saya dah jatuh cinta dengan Naelofar Hijab. Mudah sangat tak perlu inner pun. Beli pula dengan si Norma yang efisyen. Sebab dia tahu saya malas lilit-lilit complicated nih. Check out her Instagram, Lemari Bhaju atau contact 019-3497286. COD area Ampang, Pandan Indah, KL Sentral dan boleh juga dipos. Dia juga memang seorang yang passionate tentang muslimah wear ni.

inner tudung neelofa naelofar

See efisyen tak? Norma boleh mensuggestkan warna yang cun juga ๐Ÿ™‚ย 

Ok, harap review Inner Tudung Habibi ni berguna juga. Jumpa lagi.

6 thoughts on “Review Inner Tudung Habibi by Alkenali

  1. nampak menarik inner ni, macam nak kena beli hahahaa.. sekarang ni obses utama MJ adalah pada tudung bokitta je, itu paling senang pakai dan tak perlu iron (dasar pemalas) dan tak perlu lilit langsung. bila bokitta nak bayar MJ ni asyik bagi review best je hahaha
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Melawat Anak Sedara BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge