Prosedur daftar anak Darjah 1

Wah skema tajuk hehe. Apa prosedurnya daftar anak Darjah 1 ni. Kalau kita yang sibuk sentiasa ni (tak tau apa yang sibuk sangat tu), takut terlepas pandang juga perkara ni. Nanti sekolah terdekat penuh, kena pula hantar ke sekolah yang jauh kan.

Saya dulu ada kawan yang tanya,

Dah daftar anak Darjah 1 ke?

Ha macamana tak tau.

Biasa sekolah akan gantung banner di pagar bila dah boleh daftar.

Iyelah kalau kita ni memang ke sekolah hari-hari takpelah kan, boleh nampak. Macamana kalau anak pertama, kita pulak blur memanjang.

Ok mudah aje prosedurnya daftar anak Darjah 1 ni.

Fotostat sijil lahir dia dan i/c ibu bapa. Ada sekolah tak sediakan kemudahan ini. Jadi jangan nak jadi loser berlenggang-kangkung pergi ye. Bawak siap-siap salinan. Jadilah ibu comel efisien yang disayangi guru-guru sejak hari pendaftaran lagi hehe.

Sijil lahir asal wajib bawa.

Pergi ke pejabat sekolah dan minta daftarkan anak kita untuk Darjah 1 tahun yang sepatutnya.

Bila nak daftar tu? Umur anak berapa?

Ha dah tau dah soalan tu akan keluar haha.

Saya daftarkan dari anak saya sejak dia umur 2 tahun lagi. Biasanya sekolah mempunyai buku log untuk tahun-tahun ke hadapan. Tapi tanya dulu pihak sekolah.

daftar anak Darjah 1

Itu aje. Dah daftar anak Darjah 1, belakang sijil akan cop begini ya. Kalau tengok sijil lahir kita pun ada tau, tak caya cuba selongkar tengok. Begitu vintage rupanya prosedur ni hehe mak-mak kita pun dah buat. Kalau kita dulu siap ada injection cacar air semua lengkap. Janji kita sihat uols.

Dan pendaftaran Darjah 1 ni perlu disahkan semula jika kita betul-betul nekad, pasti dan muktamad menghantar anak kita ke situ. Iyelah kadang-kadang ada yang berpindah rumah kan. Jadi, kalau pindah, cepat-cepat daftar semula di sekolah baru.

Mungkin sekolah di bandar lebih advance, boleh check website, atau anda boleh call tanya juga bilakah waktu mendaftar. Tanya dulu tau.

Bila dah didaftarkan, maka sohihlah anak kita akan bersekolah di situ.

Jangan ingat dah daftar anak Darjah 1, lupa pula nak sahkan pendaftaran, pada tahun akhir sebelum mereka bersekolah. Bahagian bawah cop tu perlu diisi sebelum anak bersekolah.

Sebenarnya tadi saya pergi sekolah sebab nampak banner minggu lepas, sekali itu untuk pendaftaran, bukan pengesahan.

Rabun dan blur ginilah.

Pengesahan bulan 4 nanti. Jadi bulan Mac dah boleh mula mendaftar ya. Nama anak saya dah ada dalam sistem dan sedang diproses gitu. Tak sangka pulak si kecik ni dah nak sekolah. Ada saya skodeng hari tu tudung sekolah yang sesuai nak ada awning ke, awning lembut ke. Budak kecik pakai tudung awning comellah pipi bulat kan. Adoi letih tau tudung anak pun nak kena fikir 😉 .

Joyah ke Bedah

Ini tudung pengawas macam Mama dulu warna pink 🙂 

Jadi uols yang ada anak umur 1 tahun ke atas, jangan lupa daftarkan anak ke Darjah1 ya. Bye.

3 thoughts on “Prosedur daftar anak Darjah 1

  1. pakai yang awning lembut..anak saya ada tudung tak de awning.kain licin..rugi je beli dia tak pakai pun..belasah pakai yang awning lembut tu je..dah la beli jauh nun..beli 2 je sebab ingt ada dah yang licin tu..last2 pakai yang dua tu je..bergilir2 basuh..mana entah nak cari tudung lagi ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge