Home decor ideas: DIY spray

Hai. Tip pendek kali ni Home Decor Ideas: DIY spray.

Saya memang suka warna putih untuk dekorasi. Kalau ada rezeki nak juga ubahsuai dapur sedikit, dan semuanya warna putih juga. Mungkin ada orang takut warna putih cepat kotor. Bagi saya, warna putih bersih tu lebih buat kita rajin membersihkan, supaya kotoran tak terlihat.

Masalahnya saya ni idea memang banyak, tapi tangan keras hehe. Nak idea apa, serah aje pada saya. Berbondong-bondong idea saya datang. Tengok majalah, survey idea di internet, beli alatan semua saya boleh. Biasanya suami saya yang lebih kepada hal teknikal, mengspray, bertukang dan sebagainya.

Tapi spray ni asasnya mudah sahaja. Kita pun boleh buat. Beli 1 spray warna dikehendaki, alaskan kertas surat khabar di kawasan terbuka, dan spray. Mula-mula dulu kami guna spray begini, lama-lama suami saya guna spray jenis pump (macam waterjet) untuk perabot yang besar sedikit. Spray kecil begini masih jadi pilihan untuk objek yang kecil. Harga satu tin RM7 ke atas, boleh beli di  kedai hardware.

home decor ideas - DIY spray
Ada macam-macam jenis spray untuk diy ni

 

Sedikit tip mudah home decor ideas: DIY spray. Bagi saya spray warna putih untuk dekorasi evergreen, dan sangat mudah disuaipadan dengan apa juga warna lain. Ia lembut dan menenangkan juga. Kali ni kami cuba spray lampu gantung ni. Asalnya nak bersihkan sebab bersawang, tengok ada spray putih lebih, spray juga lampu ni. Untuk spray, ada disertakan manual juga di belakang tin. Jadi, tak perlu risau ya. Lampu ni asalnya warna cokelat gelap.

home decor ideas - DIY spray
spray dan diy sendiri kalau dah bosan degan satu-satu deko

Saya pernah spray beberapa perabot juga seperti meja bulat, meja konsol, bakul, almari tv, meja kopi, dan kerusi taman dengan warna putih.

soho home decor ideas

Rak tv dan bakul dispray

soho home decor ideas

Almari putih berlaci tu memang warna putih, bukan dispray. Meja konsol asalnya warna cokelat gelap.

deko ruang tamu minimalis

Meja kopi besi dan meja bulat di hujung sana itu dispray. Asalnya berkarat dan warna cokelat.

deco laundry room

Kerusi taman asalnya warna cokelat kayu.

Selain daripada spray, anda boleh gunakan cat juga untuk material kayu. Kami bercadang nak cat meja dapur dengan cat kusam/ vintage putih. Pernah nampak di IKEA tapi tak belilah pulak. Balik rumah menyesal 🙁 .

Perabot siap sedia warna putih biasanya lebih mahal, jadi saya beli yang biasa dan bila ada masa dan modalnya, barulah spray. Deko rumah perlukan masa, try and error juga. Tak perlu berbelanja lebih sebenarnya. Panduan dari designer Alam yang saya dapatkan di sini memang berguna sangat. Katanya “your junk is my treasure” (sampah anda, syurga saya) 🙂 .

Ok itu saja cerita Home Decor Ideas: DIY spray kali ni. Jumpa lagi di projek deko yang lain.

9 thoughts on “Home decor ideas: DIY spray

  1. Hai Khayla & Hanis. Spray tu brand dia Samurai (untuk barang yang kecil2 mcm lampu). Spray macam ni ada dijual dekat kedai hardware. Harga dulu dalam RM8 macam tu setin. Kalau nak cantik buat 2-3 lapis baru dia tebal dan cantik nnti.
    Nak spray barang besar pun boleh cuma perlu banyakkk dan kegigihan nanti :). Yang barang besar akak guna water gun nanti free akak buat tutorial dia ya.
    dalin recently posted…The Pines Hotel Melaka- breakfast buffet, facilities and little BIG surprise???My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge