Surat cinta paling comel

Tiada ku sangka 

Bola-bola api

Yang masa dulunya kecil

Telah menjadi besar

Begitulah juga

Cintaku padamu

Yang masa dulunya kecil

Telah menjadi besar

Serius menyampah lagu Siti Nordiana – Bola-bola api ni dulu. Tahu tak lagu ni. Eh betul ke tajuk dia macam tu hehe.

Menyampah sebab member selalu ajuk nama dia sama macam nama saya. Tak glamer ok penyanyi nyanyi lagu bola-bola api. Tapi dalam menyampah pun nyanyi juga khen 😉 . Cute sebenarnya lagu ni. Tentang cinta kita yang dulunya kecil, kini menjadi besar.

Anak saya Adik ikut jejak Papa, suka melukis. Dia selalu lukis dan tampal di peti sejuk. Ada satu malam, dia tanya:

Mama, adik nak buat surat ni. Mama nak tak?

Ok….

Saya jawab tak pandang pun sebab tengah ajar Aiman.

Nah.

surat cinta

Gambar saya dan Papa.

Mata saya besar, bulu mata melentik uols.

Tidak dilupa anting-anting serupa kuih keria agar sama dengan dia yang pakai anting-anting.

Papa: Kenapa Papa macam pakai ketayap aje ni Adik? Lepas tu mata Papa kuyu sebelah?

Motiplah dia ni suka nak menyakat budak tu.

….

Rupanya lukisan-lukisan dia tu surat dia lah kepada saya. Tapi dia tak pernah tulis untuk Papa. Mungkin Papa suka menyakat. Saya pula buta seni, jadi takdelah komen sangat hehe.

Bagi saya comel lah mendapat surat-surat begini.

Mesti yang ada anak-anak ada dapat lukisan atau tulisan macam ni kan. Saya simpan dalam satu kotak, sampai penuh. Ada 1 mesej di office Aiman tulis, I love U Mama, saya simpan dalam laci, baca bila saya rasa bersalah tinggalkan dia pergi kerja.

Adik kadang-kadang dia tulis terbalik-balik huruf nama saya. Bentuk love macam awan nano (besar), ingatkan awan haha. Bila saya tanya balik kenapa nak saya jadi cikgu di tadika dia hari tu, dia cakap, Sebab Adik rindu Mama nanti. Hurmmm….

Kalau anak kita menulis sesuatu untuk kita, kalau tak dapat simpan semuanya, cuba simpan sebahagiannya.

Kadang-kadang, mereka panggil kita, kita tersengih-sengih menghadap whatsapp dengan kawan-kawan, atau sibuk dengan dunia online kita. Blogging lain uols, kita merakam kenangan, lepas tu kita blogging masa anak tidur hehe (cubaan self defense).

Suatu hari nanti, mungkin kita yang akan merenung tingkap dan rindukan mereka semasa kecil.

moment

Hargai mereka yang menyayangi kita tanpa syarat, tanpa tanda harga. Mereka ni tak ramai, percayalah.

p/s: Adik, just in case Adik baca blog ni nanti, kalau Mama tak lupa renew domain dan hosting hehe, terima kasih untuk surat-surat cinta Adik. Dulu kecil aje anak Mama, sekarang dah besar. Lagu atas ni glamer juga dulu-dulu. Love ya!

11 thoughts on “Surat cinta paling comel

  1. heheheh lagu bola-bola api, MJ dulu ada ikut gak lagu2 ct nurdiana ngan acik spin hahahaha..
    tapi bila dah semakin berumur dah tak berapa layan dah skng tapi kalau dengar kembali terasa zaman remaja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge