Saya terjumpa quote ni dalam Diari Muslimah pemberian boss saya. 10 tahun saya kerja di sini, 10 diari diberi kepada saya setiap awal tahun. Saya bukanlah menulis diari pun, dah stop dari zaman dulu. Cuma saya suka menulis. Apa yang terlintas, quote yang saya suka, saya tulis. Jadi saya memang banyak buku catatan yang takda makna pun, sekadar sketching, tulisan pendek dan sebagainya.

Diari pemberian bos tahun ni paling special sebab ia Diari Muslimah. Ada doa awal akhir tahun, petikan hadis, doa-doa, cerita pendek, kisah sahabat nabi dan banyak lagi. Pada hari saya hyper, atau over happy, saya baca. Banyak sungguh pengajaran di dalamnya. Lepas tu terdiam sendiri.

Saya jumpa quote ni dalam diari jadi saya share di sini:

JIKA

Jika engkau mahukan teman,

Cukuplah Allah sebagai teman.

Jika engkau mahukan musuh,

Cukuplah nafsu sebagai seteru.

Jika engkau mahukan hiburan,

Cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.

Jika engkau mahukan penasihat

Cukuplah mati sebagai penasihat.

….

Bye.

 

3 thoughts on “Jika

  1. Jika teringat tentang dia, itu adalah lagu Melly Goeslaw..

    Amalkan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah, pasti tiada istilah jika.. malah, Sofi Jikan pun insaf..
    Aretikz recently posted…Rumah 1 MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge