Soho Home Decor Ideas

Hai. Saya ni tengah jiwa kacau. Jangan nak speku sangat ya. Ini semua sebab baca magazine Anjung Seri pinjam hari tu dan nampak gambar Soho idaman. Godek-godek internet dah 2 hari, jumpa pula gambar lain. Berangan lagi. Jadi saya share dekat sini gambar-gambar Soho Home Decor Ideas, manalah tahu ada yang berminat juga. Sharing is caring uols 🙂 .

soho home decor ideas

Cantik kan? Ia putih, simple, sebelah living room. Kalau malas buat kerja boleh lompat sebelah tidur/ tengok tv hehehe…. 

Soho ni apa sebenarnya? Dulu saya jahil sangat. Terima kasih kepada wikipedia. Soho ni singkatan kepada Small Office Home Office. Atau pejabat kecil/comel di rumah. Iyelah dulu takde nak berniaga online ke apa, manalah nak tahu. Dulu saya main hentam aje jual barang takde sistem apa pun. Orang bayar, pos. Saya belajar meniaga online ni dari bawah, mula-mula jual cupcake stand. Saja cuba, ramai pulak beli. Lama-lama, saya buat sistem sendiri bila offer service juga. Ada rekod bayaran, emel, akaun (ini paling malasss nak buat) dan sebagainya. Benda-benda ni perlukan ruang. Jadi, wajarlah ada satu sudut soho ni supaya teratur sikit kerjanya. Tambah pula buat kerja waktu malam, bateri dah kurang. Nanti cari barang tak jumpa, samada hangin sorang-sorang atau tidur terus 😉 .

Tapi, sebenarnya setiap orang pun boleh ada soho ni, tak semestinya bekerja dari rumah ke. Mak-mak misalnya. Kita kan sebagai setiausaha kehormat merangkap bendahari rumah. Segala borang sekolah, bil, resit bayaran tadika, surat-menyurat tak ke kita yang filter. Karang tiap-tiap awal tahun sekolah mesti mintak sijil lahir, slip gaji, dapat-dapat yang darjah 1, buku injection vaksin nak kena siap fotostat. Jadi, benda-benda ni mestilah mudah dicari, dan caranya adalah semuanya disimpan dengan teratur. Saya kalau time malas, segala bil saya masuk dalam satu kotak, surat-surat kotak lain, free nanti saya filter.

soho home decor ideas

Untuk Soho Home Decor Ideas ni, kesimpulan yang dapat saya simpulkan (kau ingat kau Eric Leong?) adalah:

1. Ia cuma perlukan satu meja dan kerusi, ikut keselesaan anda dan juga ruang.

2. Ada juga ruang penyimpanan yang mudah dicapai/ fleksibel/ ringkas.

3. Letak alatan yang digunakan setiap hari seperti kita ni blogger- laptop, desktop, pen dan kertas (nak tulis idea membelog dan username/password(s) yang kita register pastu lupa tu haha).

4. Tak perlu ruang yang besar pun. Ada yang buat di dapur, guna meja boleh dilipat pada dinding. Ada mat saleh, guna almari lama, boleh ditutup lepas digunakan. Macam gambar di atas, ia disediakan di bawah tangga. Kreatif. Gambar sila google ‘soho deco ideas’.

Boleh juga letak buku yang ingin dibaca, tapi collectible items macam novel mungkin tak perlu, itu simpan di rak buku. Soho ni khas untuk urusan setiap hari sahaja. Penting juga kita sentiasa kemas sebab kalau semua letak situ, lama-lama ia pun takkan mencapai objektif juga. Kita mesti malas kan nak cari barang yang bercampur-campur.

soho home decor ideas

Ini sebenarnya soho kami 3 tahun lepas. Meja konsol harganya RM150 suami saya cat putih, kerusi tu pula kerusi meja solek (ya tak sempat cat lagi masa tu). Meja masih ada tapi dah bertukar tempat, dan almari juga dah diconteng bahagian atasnya dengan lukisan Picasso anak-anak. Aiman selalu main Lego kat atas tu, jadi frame-frame dah diturunkan. Tak bolehlah nak feeling-feeling mak datin sikit letak gambar keluarga banyak-banyak hurmmm….

soho home decor ideas

Ini pula mini library saya masa tu. Almari putih ibu mertua saya beli di kedai recycle furniture warna cokelat. Masa saya dapat ia memang dah teruk sangat. Jadi, saya pun meminta suami tercinta mengspray dengan gigih. Mula-mula gosok dengan kertas pasir dulu ya ( ingat kelas Kemahiran Hidup? 😉 ). Kali ni spray guna macam pump tu jadi lebih mudah, cuma lebih banyak cat digunakan. Bakul juga dispray, ya saya memang minah spray putih. Perasan tak majalah tu gambar Yusry KRU kahwin, satu dengan Lisa, satu dengan Erra (majalah khas perkahwinan dia uols). Kononnya diehard fan KRU, sebab tu nama company comel saya Thepartykru haha. Abaikanlah zaman muda-mudi takde hala tujuan gitu. Minat takpe, jangan over. Almari ni juga dah berubah, atasnya saya dah letak tv lama. Asalnya ia memang rak tv hotel pun, sebab tu ada ruang kosong letak remote control di atas tu. Lampu dah bawa ke ruang tamu.

Sebenarnya, soho kita, ikut keselesaan kita. Saya memang perlu untuk letak laptop dan segala kertas yang muncul di rumah saya. Bila kita ada satu ruang kerja begini, mudah juga nak organize barang kerja/rumah. Kertas-kertas macam resit, bil, bank statement, insurance statement kalau tak difilter sebulan pun cukuplah memang berpinar kepala, lebih-lebih lagi bagi yang berkeluarga dan berbisnes online. Boleh juga letak notice board remind due date yang terdekat. Yang penting selesa dan sedap mata kita memandangnya. Jika di family area, kena juga nampak kemas kan jadi pilih kotak/ laci yang bertutup (bukan transparent).

Tapi untuk blogging, saya selesa duduk atas sofa depan tv ni, dan membebel hehe. Dari buat website, ebook tahun lepas (Februari – Mac 2014), depan tv nilah saya bertapa malam-malam, memori betul. Jadi, sampai sini sahaja tip Soho Home Decor Ideas kali ini. Saya juga dah buat satu page khas untuk Tip Dekorasi dan DIY di blog ni. Anda boleh klik di situ untuk baca tip deko yang lain. Saya sangat sukakan dekorasi dan projek DIY. Kongsikan cerita soho dan DIY anda juga. Jumpa lagi 🙂 .

 

6 thoughts on “Soho Home Decor Ideas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge