Magazine girl

Suka baca magazine tak?

Saya suka. Sangat.

Actually saya suka baca buku tapi sebab terlampau sibuk ( habis berbelog ni ada masa? 😉 ), saya selalu pilih majalah sahaja.

Bila lalu dekat rak majalah tu rasa nak ambil semua aje kan. Even cover Emma Maembong yang takde kena-mengena pun stylenya dengan dikau, sibuk kan nak beli. Sebenarnya kita tak salah tau kita terpengaruh. Majalah ni ada pakar publisiti, editing, research semua, jadi ia memang dibuat untuk menarik perhatian KITA, rakyat marhaen.

Tapi, saya just baca ajelah. Mana yang baik tu ambil. Ada yang just kumpul aje resipi bagai, sudahnya tak ingat majalah mana, google juga. Itu dah banyak terkumpul di dapur, tak tau nak letak mana lagi.

Kawan saya di uni dulu memang Magazine Girl. Nama dia Ima. Apa-apa yang dia baca dia akan percaya sangat.

Contohnya:

Diana, u tau tak. Kita tak boleh percaya lelaki berkasut putih.

Iya ke? Kenapa? 

Sebab diorang ni sweet talker tau, cannot be trusted.

Mana u tau?

I baca dekat CLEO.

Sampai sudah saya percaya lelaki kasut putih sweet talker dan jahat hahaha.

Kadang-kadang tengah tunggu bas dekat fakulti:

Ima, kenapa berdiri? Meh duduk sini.

Diana, u know? Kalau berdiri we can burn more calories dari duduk. I baca dekat COSMO.

Suka hati kaulah Ima. Kaki kau yang berdiri. Kitorang nak duduk hehehe.

After all, Ima ni memang jelita orangnya. Disebabkan dia sering mengikuti petua kecantikan di majalah, buat masker bagai, diet, jadi dia memang cantik macam model. Saya sentiasa ingat dia sebagai sweet magazine girl yang lurus sangat percaya semua magazine tulis termasuk horoskop. Dah nasihatkan dah, tapi sesetengah perkara seseorang tu kena belajar sendiri, kan. Sekarang dah matured dah dia.

Sabtu lepas, saya bawa anak-anak ke perpustakaan komuniti area saya (yang skip mesyuarat PIBG tu haha). Ini sebab Aiman selalu berdikir barat di telinga saya nak pergi library tu setiap kali lalu. Jadi saya pun bawa dan rasa selesa sangat. Pernah aje bawa ke library negeri, sana lebih advance ada bilik tayangan, game-game tv, internet dan buku pun lebih banyak. Library kecil bagi saya lebih best, dekat dan orang pun tak ramai. Saya enjoy baca magazine latest dan anak-anak main toys dan baca buku juga. Dekat 2 jam juga kat sana.

Librarian pun baik aje offer saya jadi member. Ingatkan untuk budak-budak aje. Teringat pula zaman sekolah selalu ke library. Biasa pergi sebab nak aircond dan kadang-kadang bergosip haha. Kali ni, majalah pun boleh pinjam bawa balik asalkan bukan latest edition. Oklah tu. Kadang-kadang magazine bulan lepas beli pun lupa nak baca. Anak-anak saya pinjam maksimum 3 buku seorang, saya borong majalah. Pinjam 3 minggu, tapi majalah tu lama pun tak apa. Saya suka hehehe.

majalah anjung seri

Macam Anjung Seri ni, saya ada baca di rumah kakak. Berkenan sangat idea pesona polos tu. Tapi lupa nak beli. Sekarang boleh tenung, berangan rumah macam tu sambil sapu rumah tengah-tengah malam haha. Jimat ok, biasa spend dekat berpuluh ringgit juga sebulan untuk magazine, sekarang boleh pinjam aje. Anjung Seri ni isu Februari jadi taklah lama sangat kan. Majalah belakang tu gambar Ziana Zain dan Melissa Saila. Nak jugak kepoh tengok muka diorang latest dengan anak-anak kan 😉 .

Salah satu teknik konsisten menulis untuk blog yang saya pelajari adalah untuk baca majalah genre yang kita sukai/pilih. Ini adalah untuk dapatkan idea yang segar dan ada market. Perasan tak Anjung Seri tu majalah deko, kenapa ada tajuk 10 Langkah Kurangkan Kalori dan Penawar Batuk di cover, bahagian paling penting? Sebab perkara tu sebenarnya penambah ramuan membuatkan orang membeli. Dan, pemilihan tajuk/isi kandungan majalah juga telah dibuat oleh pakar dalam bidang penerbitan majalah tu (mungkin most searched keywords). To make it short, semua yang disiarkan telah lalui market research oleh pakar, dan kita boleh tiru sahaja corak, tajuk, isi kandungannya lebih kurang. Tak semua orang membeli majalah, jadi kelebihan kita di situ.

Saya juga berkawan dengan seorang pengarang majalah Karangkraf. Beliau pun study internet marketing dengan saya tahun lepas. Katanya, dunia majalah hari ni terpaksa bersaing sengit dengan dunia internet, sebab tu hampir semua majalah dan surat khabar dah ada applikasi download. Bayangkan satu hari nanti dah takde buku atau majalah sebenar, sedih tau. Saya membesar dengan komik Ujang, kartun Uda dan Dara di Berita Harian (rasanya) dan sampai bila-bila pun akan mencintai dunia pembacaan buku fizikal. Walaupun diri sendiri tulis ebook, saya sebenarnya lebih feel kalau baca buku sebenar.

Jadi boleh cuba bawa keluarga ke perpustakaan juga (sementara ia masih relevan). Ia relax, masa berkualiti, anak-anak pun akan suka membaca dan kita juga dapat cari bahan yang segar untuk penulisan kita. Bukan majalah fesyen sahaja, Rapi, PaMa, Solusi, Maskulin, Dara, Mak Dara semua ada hehe. Sesuai untuk semua. Ia juga menjimatkan dan space savvy, tak perlu risau mana nak letak magazine atau buku banyak-banyak lagi. Dah baca, pulangkan aje.

magazine girl

Selamat membaca dan menulis.

Jumpa lagi 🙂 .

14 thoughts on “Magazine girl

  1. Yeah..reading mmg best. lagi2 pasal gossip…haha. and yes I agree that ‘Reading is the Finest Teacher of How to Write’

    Semoga semakin rajin menulis Ana!

    Sayang selalu – MK
    MK recently posted…ConfessionMy Profile

  2. MJ dulu pun suka gak kumpul segala majalah dan buku, sekarang ni kumpul lagi tapi jarak bacaan tu kadang buku yang sebulan lalu dibeli baru nak baca harini hahah..beza sangat dengan dulu kalau beli je mesti habis baca haritu juga tak kira tebal mana. nampak sangat di situ kita ni semakin hari menjadi seorang yangs emakin bz (alasan semata)
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Takut Nak Bersama Suami Selepas BersalinMy Profile

  3. setakat ni saya pergi perpustakaan kat rumah ni je..sebulan sekali.tapi anak saya setiap minggu pergi..mentang2 depan rumah je..dia suka pi perpustakaan tu sebab nak baca majlaah ana muslim je pun..besar nanti mesti jadi kaki majalah jugak macam kawan awak tu..ehheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge