Projek skodeng 2015

Terima kasih Allah hari ini hari Jumaat (TGIF).

Ya bukan hari ni tapi minggu lepas. Itulah kata-kata hati saya.

TGIF ini lebih kurang kelegaan insan-insan bekerja macam saya. Bila Jumaat je yeahoo bestnya.

Tapi sebenarnya kan, hujung minggu pun bukanlah rehat sangat pun ya. Hal sekolah, tuisyen, urusan perdobian sejagat, pengemasan rumah secara total, beli barang dan 101 perkara lain.

Tapi saya tetap suka Jumaat, Sabtu dan Ahad juga 🙂 .

Balik petang tengok ada banyak notis ditampal di peti sejuk.

Ia macam papan kenyataan rumah, kalau cikgu bagi surat, terus tampal dekat peti sejuk ye anak-anak.

Itu termasuk juga tampalan lukisan adik dan juga notis pemberitahuan servis urut kaki awesome Aiman dari jam berapa ke berapa. Kali pertama free, kali kedua 50 sen. Wah wah wah, carik duit aje ye. Karang Mama tak masak dengan sejukkan air dalam peti sejuk, baru tahu 😉 .

*Saya jenguk surat pertama ditampal: Minggu depan test sekolah agama.

Hurmm. Ok. Maknanya saya kena buat jadual dia baca buku apa dan apa. Ingatkan belajar.

*Surat kedua: Minggu depan test sekolah kebangsaan.

Hurmmmm. Oklah tu. Takpe karang nak pergi tuisyen juga. Harap-harap dah ulangkaji. Mama cam malas pulak nak ajar haha.

*Surat ketiga: Mesyuarat PIBG

Hari Sabtu. Buat-buat tak nampak.

*Surat keempat: Kebenaran untuk perkhemahan.

Hmmm…

Whatttt?

Perkhemahan???

Anak saya baru Darjah 4 kot.

Kenapa cepat sangat besar. T_T.

Saya dulu darjah 6 baru ayah bagi pergi camping kat pantai dengan trip ke Cameron Highland.

Sekolah Aiman actually dekat je like 50 tapak aje dari rumah. Camping kat padang sekolah.

Haruslah saya naik motor 3 beranak skodeng Aiman nanti haha. Lalu-lalang kat pagar belakang dekat padang. Ala mesti ada mak-mak lain over jugak kan. Mesti punyalah (menyedapkan hati).

Dulu, masa dia pergi trip tadika pertama, saya macam nak nangis kat office tunggu petang.

Risau sangat. Mak-mak aje faham ni.

Bila time Adik dia saya cool sebab Adik berani cam saya. Hati kering. Iyelah tu 😉 .

Adoi macamana saya nak mengatasi kerisauan ni nanti.

Boleh tidur ke saya?

Lepas tu Sabtu lepas, saya bawa anak-anak saya ke perpustakaan komuniti, lalu depan sekolah. Nampak banyak kereta.

Wah Man, ada apa kat sekolah ni. Banyak kereta. Mesti ada program motivasi UPSR bersama ibu bapa.

Tak Mama. Ada mesyuarat PIBG. Surat dia abang dah tampal dah.

Ohhh, ermmm, Mama tak perasan hehe.

Nak pergi skodeng rajin, pergi mesyuarat malas haha.

Anak makin besar, kita semakin ______ (*muda/tua/cantik/hensem).

Bye.

 

10 thoughts on “Projek skodeng 2015

  1. hahahah bab PIBG, sepatutnya dibuat ahad..mama bukan lupa tapi sengaja buat lupa. hari sebelum tu anak dah ingatkan dah, siap ugut lagi, cikgu marah tau kalau tak pergi. Masa ni berazam nak pergi, tapi tiba hari kejadian ianya tidak bersarang di jiwa, tak tercapai hasrat nak pegi.alasan hahahaaa
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Mengatasi Stretch Marks Selepas BersalinMy Profile

  2. anak saya darjah 4 pun sudah harus ikut camping juga lalu saya kate sama cikgunya ia masih lagi buang air semasa tidur tak jadilah ia ikut camping maklum umurnya baru 8 tahun lebih memang cepat ia masuk sekolah
    islam di dadaku recently posted…Imam BukhariMy Profile

  3. MJ: Hahaha sama jugak ke. Saya nampak 28hb tu tapi saya ingat lambat lagi 2 minggu ke. Iyelah tak melekat di otak. Itu jawapannya 🙂 .

    IDD: Itulah saya terkejut juga. Dia teringin pula sebab kawan ramai pergi. Oh 8 tahun memang awal untuk darjah 4, bagusnya. Pasti bijak. Takpe, dah besar sedikit boleh join nanti.
    diana recently posted…Projek skodeng 2015My Profile

  4. heheh..kalau mesyuarat PIBG tu memang liat sikit mak pak nak pi..tahun lepas suami saya yang pi..tahun ni entah la..dia tak pi saya lagi la tak pi..:p

  5. Diana Rashid: Itulah. Tak reti nak bagi cadangan pun. Harap pergi sekolah ambil bantuan RM100 dan report card aje hehe.

    Titan: Haha cikgu lagi pening ya. Dulu saya camping memang cikgu tak tidur berkawal, minum kopi aje. Siap ajar doa mengelakkan binatang berbisa lagi, “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin”. Sampai bila-bila saya ingat 🙂 .
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge