Tip ubati batuk dengan lemon dan madu

Saya selalu dengar tentang tip ubati batuk dengan lemon dan madu, tapi memandang enteng aje. Sebab macam leceh kan mana pulak nak carik madu. Nanti tak original macam mana. Sampai bulan lepas saya batuk teruk sangat, ada kenalan bagitahu dia memang amalkan tip ni untuk seluruh ahli keluarga even anak kecil pun. 2 hari dah kebah.

Jadi saya pun beli di kiosk jamu di Tesco. Ada beberapa jenis juga. Range harga RM40 ke atas. Saya cuba yang ini harga RM50. Kaum lelaki janganlah segan pula ya nak masuk kedai jamu. Buat muka macho aje, atau minta yang tersayang tolong tanyakan 🙂 . Tanya aje mana yang paling baik. Biasa mereka tahu mana yang ada return customer. Tapi buat keputusan sendiri. Tak perlu beli botol besar sangat dulu.

tip ubati batuk dengan lemon dan madu

Pantang-larang makan jamu ni adalah tak boleh guna sudu besi dan jangan simpan dalam peti sejuk. Itu sahaja.

Cara: Ambil satu sudu besar madu, setiap pagi sebelum sarapan. Perahkan sedikit lemon dalam sudu. Jangan guna limau nipis ke ya nanti perut pedih pula. Lemon tu actually meneutralkan rasa manis madu tu. Ini madu lebah asli ya, “madu” lain saya tak tahu manis ke tak. Ok ini serius tak kelakar 😉 .

Hari pertama makan memang banyak sangat kahak yang keluar. Sampai nak termuntah. Ia berlarutan sampai ke malam juga. Malam makan lagi sesudu.

Hari kedua, batuk berkurangan dah. Kahak masih juga ada. Tapi dah berkurang.

Hari ketiga, memang ada lagi batuk tu, tapi kadang-kadang sahaja. Lama-lama saya kurangkan dos tu ambil pagi sahaja.

Seterusnya amalkan sahaja sekali setiap hari.

Kalau pergi klinik confirm doktor bagi antibiotik sebab saya kalau batuk memang teruk, kahak pun bertukar warna. Saya pula biasa sampai 2 kali ambil antibiotik, kali pertama demam, second untuk batuk nanti. Jadi saya malas nak bergantung sangat pada ubat. Alhamdulillah rupa-rupanya madu juga bertindak sebagi antibiotik yang natural gitu. Itulah degil. Tau itu makanan sunnah, degil kan. Syukur sangat dapat tip ubati batuk dengan lemon dan madu ni.

Lepas tu saya terbaca tentang minum air lemon suam bersama madu di awal pagi sangat bagus untuk kesihatan. Ia menghalang gastritis dan macam-macam lagi, malas pulak nak tulis haha. Saya memang takde bakat tulis pasal kesihatan ni. Saya cuba juga minum setiap pagi. Memang bagus, no craving untuk caffein lagi, even saya dah ikut nasihat MK minum kopi + susu anlene + brown sugar. Memang ajaib singh tau sebab saya dan kopi ibarat pantai dan ombak gitu.

Cara dia: Air yang panas biar sejuk sedikit, campurkan dengan madu (guna sudu plastik) dan perahkan 1/2 atau 1/4 biji lemon (saya buat 2 hirisan je). Segar tau pagi-pagi minum. Rasa fresh aje. Ia bagus untuk detoks juga dan semua kebaikanlah senang nak tulis hehehe. Dasar pemalas.

Lepas tu kan, saya belek-belek botol tu, dia tulis untuk awet muda juga haha. Iyelah walaupun tak berapa nak muda sangat dah (ehemmmm) haruslah kita prihatin dengan cara penjagaan wajah ok. Dahlah saya ni malas pakai toner, krim, pelembab bagai tu. Beli lepas tu buat perhiasan. Supplemen saya rajin pasal masuk telan aje senang.

Malam lepas askar-askar tidur, sebelum mengerah tenaga simpanan melakukan kerja-kerja rumah, saya ambil sedikit aje madu, like suku sudu teh, sapu tipis di muka. Lepas tu mula buat kerja mendobi, mengemas, mendapur dan kerja thepartykru. Kalau pakai bedak sejuk mampu ke nak tahan bedak berterabur balik sebab buat kerja haha. Orang lain pakai masker duduk diam-diam, saya tak boleh, sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan. Selesa aje kadang-kadang lupa pakai madu pun. Lepas jenguk blog draf apa patut, cuci muka dengan air sejuk. Ala saya cuci pakai air paip je, malam-malam gini kan air sejuk. Settle.

Muka rasanya memang lebih moist juga, dan bibir mengelupas pun kurang. Cuaca memang panas kan, kulit mudah kering. Ok juga guna madu ni dari pakai bedak sejuk. Motif nak jadi Kak Limah malam-malam buat orang terperanjat? Hehe.

Baru-baru ni anak saya, Adik pun saya bagi lemon + madu untuk batuk dia. Dah nak kebah dah. Tak perlu ke klinik so far. Yang si Abang pula suka air lemon + madu, join minum dengan saya pagi-pagi. Semua saya cuba ajar minum minuman yang berkhasiat daripada minum jus-jus segera ni kan.

Dan saya juga liat minum air masak, sekarang bawa botol air ke office, letak hirisan lemon juga. Habis juga 2 liter sehari. Tak tahulah sampai bila boleh bertahan ni hehe.

tip ubati batuk dengan lemon dan maduLetak hirisan lemon, madu, tekan sikit, tambah laici ke, sejukkan. Sedap tau lemonade gini.

Ok saya dah tengok botol madu ni, khasiat madu ni juga adalah mengandungi vitamin B, C, E (no wonder untuk awet muda), kecerdasan minda, demam (antibiotik), batuk berkahak/ lelah/ paru-paru berair, menegangkan kulit muka/awet muda (ehemmm i loike haha), proses penghadaman, menegangkan urat, atasi sukar tidur, memulihkan tenaga/tambah hormon, menyembuhkan lecur (sapukan), untuk ahli sukan/kerja berat, membina otot, penyakit jantung/perokok, mencegah barah/stroke, sakit pinggang dan kurang darah, memelihara janin, kesuburan, menghentikan pendarahan, untuk al hafiz (penghafal), untuk ibu bersalin dan membunuh kuman dan bakteria.

Ha rajin tak saya tulis? Madu ni banyak jenis juga saya lihat ada madu tualang dan sebagainya. Pilih mana yang direkemen. Minta diskaun sambil buat muka comel hehe. Biasa kiosk ni letak harga dah up RM10-15. Kalau kita tanya terus kurang harganya. Taktik uols dapat customer cheapskate cam kita. Dengar dah kurang RM10 terusss nak bayar hehe.

Saya beli dah sebulan, tinggal suku botol lagi. saya rasa ia sangat berbaloi. Guna pun sedikit sahaja sebab ia pekat. Orang cakap nak tahu original, semut takkan mendekati madu. Jadi, selamat mencuba makanan sunnah in. Kenalah berterusan juga bukan makan sehari dua dah give up. Dengan izin Allah jua yang menyembuhkan segalanya. Sekian tip ubati batuk dengan lemon dan madu. Bye!

 

8 thoughts on “Tip ubati batuk dengan lemon dan madu

  1. memang bagus madu ni kalau batuk-batuk. macam anak-anak MJ pun kalau batuk teruk tu akan bagi madu jugak, rasa manis-manis tu budak-budak pun suka. memang kalau boleh nak elak dari makan ubat batuk. kalau bagi makan ubat batuk sure bergaduh dengan anak-anak. kalau madu ni bila panggil nak makan siap berlari lari. Apa pun, ia applicable untuk madu ini sahaja. yang madu lagi satu jenis harap maap, itu adalah tak berapa nak manis hahahaaa
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Bukan Sebarang Kopi: Ini Kopi Abang KopiMy Profile

  2. Setuju banget, lemon memang punya banyak khasiat, salah satunya untuk menurunkan berat badan, temanku turun 2 kg berat badannya dalam waktu seminggu dengan rutin minum air lemon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge