Tentang pilihan dan doa istikharah

Dulu, kawan saya Kak Sue, beritahu saya, ada kawan dia, ada buku doa khas. Mana-mana doa yang dijumpai di paper ke, dia akan tampal pada buku tu macam scrap book. Benda tu jadi macam sangat terkesan pada saya. Kompilasi doa pilihan saya adalah beberapa keratan akhbar/ fotostat dari buku yang saya staplerkan. Letak di tepi telefon office/ tempat yang mudah dilihat. Memang tak senonoh rupanya tapi saya sayang. Bila kita simpan keratan ia lebih mudah dibaca berbanding buku. Dan, jangan letak terlalu banyak pula sekaligus. Nanti rasa bersalah pula ada hari-hari tak sempat baca semua. Kali ni saya kongsi tentang pilihan dan doa istikharah.

Dulu masa di uni, ada juga frust-frust cinta monyet haha ( BFF semua diammmm! hehe ). Ala monyet bercinta kan tak kekal. Ada sekali roommate saya beri satu doa, katanya doa istikharah. Entah mana saya letak agaknya. Dia siap salin tulis tangan lagi bagi pada saya. Saya baca juga dan doa semoga Allah memberikan jodoh yang baik untuk saya. Alhamdulillah akhirnya Allah beri dia yang saya perlukan, cinta hati saya (boleh muntah sekarang).  It is clichelah kan orang cakap, kau reda aje, nanti Allah beri yang baik-baik. Itu memang betul. Itu janjiNya. Kena letak 100% kepercayaan, mesti, pasti Allah akan beri yang terbaik.

Bila dah berkeluarga, kita sentiasa buat pilihan juga. Nak beli rumah atau sewa, nak beli washing machine ke, nak renovate rumah ke. Dulu kawan saya Meen pernah beritahu, ada seorang kerani di pejabat kolej, dia akan buat solat dan doa istikharah walaupun nak membeli alatan macam dapur masak ke, peti sejuk ke. Perasan tak kadang-kadang kita beli barang, ia boleh guna kejap aje. Branded ke, kadang-kadang takde brand tahan pulak. Kenapa? Sebab kita tak bertanya dulu pada Dia. Main redah aje. Dan Meen cakap, kehidupan staf tu macam cool aje suami isteri bahagia. Anak-anak masuk U dan baik-baik, ingat orang tua.

Setiap hari kita membuat keputusan. Nak buat ini atau tidak. Jika ada anak, nak hantar ke tadika mana, pengasuh mana, sekolah mana. Nak berkawan dengan siapa. Nak join group ini atau tidak. Sesuai ke? Ada masanya, kita tak tahu nak tanya pada siapa lagi, ada cerita yang kita simpan sahaja. Tapi, kita sentiasa boleh bertanya pada Dia memohon petunjuk. Sentiasa.

Semoga kita sentiasa bertanya untuk semua keputusan penting dalam hidup kita.

Doa Istikharah

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.

Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang reda dengan ketetapan tersebut.

Hadis Riwayat Bukhari

Rahsia Dia hanya Dia yang tahu. Kadang-kadang dihantarkan ribut, namun ada pelangi di hujungnya. Kita cuma mampu berusaha dan berdoa. Hidup sentiasa tentang pilihan, semoga doa istikharah ini membantu kita melaluinya. Jumpa lagi.

 

10 thoughts on “Tentang pilihan dan doa istikharah

  1. Diana Rashid: Memang bagus tu kan. Saya selalu tak sempat solat tu, baca doa je. Ntah bila nak insaf pun tak tau huhu

    Emalin: Silakan Lin. Semoga Lin dapat petunjuk yang baik-baik dan memberi kebaikan

    Titan: Nak pilih nama anak ye.. ok 😀
    diana recently posted…Tentang pilihan dan doa istikharahMy Profile

  2. selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Nya atas segala urusan
    يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
    islam di dadaku recently posted…Sikap Muslim Terhadap HaditsMy Profile

  3. IDD: Terima kasih Tuan.

    Zai MR: Jodoh kan Zai, alhamdulillah. Thanx datang ke sini.

    MJ: Haha speaking london uols. Share ni untuk diri saya sendiri sebenarnya. Peringatan 😉 .

    HB: Semoga clear mudah terbaik petunjuknya untuk HB aminnnn.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge