Doa lembutkan hati anak

Saya selalu berbual dengan mak-mak ni isu anak-anak. Kalau di mahkamah, kami ada bilik menunggu, memang riuh-rendah berbual, sampai Pendaftar boleh kenal suara siapa tu kat luar hehe. Pasal anak darjah 1, homework, KBAT dan macam-macam lagilah. Belajar dari mak-mak senior tu sangat penting tau. Pengalaman tak boleh dijual-beli gitu. Nak hantar tuisyen mana, macamana ajar buat homework yang complicated, kau pergi mesyuarat PIBG ke? As promised saya nak blog ni berbakti juga, saya share doa lembutkan hati anak kali ni 🙂 .

Dulu masa Aiman masuk Darjah 1, dia ada melalui satu period tak suka ke sekolah. Masuk ok, tup tap selepas minggu orientasi dia nangis nak pergi sekolah. Drama okeh. Tapi dia patut tahu saya lebih drama queen, jadi segala drama akan ditangkis. Sedih juga sebab actually bila kita hantar anak ke sekolah, kita menghantar HARAPAN pergi. Nampak tak saya besarkan perkataan harapan tu. Setiap kali dah siap, bila saya lambai tangan dari pagar, dia akan nangis patah balik. Sedih sangat ke tengok muka saya. Tapi, Papa hantar aje, tinggalkan dia terus. Pastu nyorok kat pak guard tinjau. Nampak dia nangis kat perhimpunan.

Dekat 2 minggu juga berlarutan. Bila tanya dia senyap. Saya memang sedih gila sebab takut kan dia forever tak nak pergi sekolah ke. Kalau driving saya nangis sebab sedih sangat. Lama-lama, saya sebagai Inspektor Sahab pencen investigate, rupa-rupanya, tulisan dia tak cantik, cikgu marah, buku pulak comot. Rasanya cikgu memang ada rotan sebab bila saya tanya dia memang terus nangis. Aiman ni actually jarang sangat menimbulkan masalah dengan saya sejak kecil lagi. Apa-apa pun dia buat aje. Pendiam type tapi memang lasak. Saya bajet cikgu marah dan rotan dia. Tapi oklah tu. Saya dulu Darjah 2 kena ketuk dengan pembaris kuning tu biasa time Maths. Lagi cikgu ketuk, lagi saya degil nak belajar. Perangaiiii hehe.

Jadi, saya sendiri jumpa cikgu kelas dia, Cikgu Zainab. Saya cakap depan-depan Aiman, “Cikgu saya memang benarkan cikgu rotan anak saya, tapi cikgu tolong terangkan aje kenapa cikgu rotan dia. Sebab dia ni manja sikit, saya minta maaf”. Cikgu cakap “Dia tulis comot hari tu, buku koyak, jadi saya memang ada rotan dia.

Takpe, saya tak kesah, saya faham”. 

Lepas tu saya amalkan doa lembutkan hati anak ni waktu masak baca, waktu dia tidur sebut di telinganya, sambil niatkan agar dia berani ke sekolah. Semangat terbang lah ni kiranya. Baca pada bila-bila masa teringat.

doa lembut hati anak

 

Taha.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.

Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu Allah Ar Rahman yang bersemayam di bawah Arasy.

Surah Taha. Ayat 1-5.

Dan ini update dari BFF saya Norma. Thanx Norm. Sama-sama kita amalkan doa lembutkan hati anak ini untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

doa lembutkan hati anak 1

Hai orang yang beriman!

Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu

Dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah

Supaya kamu berjaya.

Surah Al Imran. Ayat 200.

Doa sangat penting untuk hadapi saat-saat begini. Baca dan niatkan agar lembut hati anak-anak kita ke arah kebaikan seperti bersekolah, bersolat, hormati orang tua dan sebagainya. Di samping tu, saya juga ceritakan saya dulu selalu kena mark dengan Cikgu Ramlah, kena ketuk tangan sebab tak pandai kira biji saga. Saya katakan itu biasalah kena marah. Bila kerja pun kena marah juga di mahkamah dan dengan pelanggan. Biasa tu. Dia nampak lega sikit. Share your story. Kalau sapa baik ngat time sekolah dulu boleh ceritakan kisah orang lain haha.

Lepas tu, saya buat small reward setiap hari juga. Beli pemadam comel, pensel comel. Bila dia pergi saya cakap nanti petang ada surprise. Dia pun happy. Bungkus cute-cute dengan plastik padahal saya bungkus on the way nak balik rumah dalam kereta kat traffic light. Pengorbanan uols asalkan anak bahagia. Bila dia balik saya dengar cerita-cerita dia kat kelas dengan tekun (cover line nak terlelap tu). Semakin lama dia semakin happy dan berani. Reward tu lama-lama tak perlu dah.

Masa tu Aiman di kelas kedua, darjah 2 dia naik ke kelas pertama. Terima kasih kepada Cikgu Zainab. Saya anak cikgu, adik beradik ipar duai, makcik semua ramai cikgu, jadi saya memang sangat menghormati institusi perguruan. Dengan rotan Cikgu Zainab tulah ajar anak saya, walaupun tulisan dia macam saya juga sekarang kalau tulis cepat-cepat macam pakar bedah Rusia haha. Oklah tu 😉 .

Sampai sekarang dia happy sangat pergi sekolah. Kadang-kadang dia tanya betulke saya kena rotan, marah time sekolah dulu. Papa pun? Iye betul. Papa lagilah malas buat homework selalu haha. Saya kena rotan dengan cikgu kesayangan masa darjah 6 sentap sangat okeh. Bagi saya rotan ni perlu juga ikut keadaan. Bukan mudah cikgu nak mengawal berpuluh-puluh orang dalam kelas dan cikgu pun manusia juga. Emosi juga kan.

Doa lembutkan hati anak ni saya masih amalkan sejak 3 tahun lepas. Saya letak depan PC office. Sebelum mula kerja on PC, duduk kejap baca. Ada beberapa doa lain juga. Doa-doa ni sangat istimewa kan. Ia macam talian hayat. Bila kita putus harap, berharap, kecewa, sedih mesti kita berdoa. Cuma waktu gembira aje kita selalu lupa. Maafkan saya Ya Allah. Terima kasih untuk semua doa yang telah dijawab. Kadang-kadang rasa sedih rasa tak layak pun ada. T_T. Jumpa lagi.

p/s: Hai. Saya ada menulis tentang7 Petua Mudah Melembutkan Hati Anak-anak” yang lebih lengkap dan mudah untuk kita amalkan. Boleh baca lebih lanjut – KLIK SINI.

12 thoughts on “Doa lembutkan hati anak

  1. Anak saya pernah alami benda yang sama..tak mau kesekolah sebab di rotan..tapi masa tu dah masuk tengah tahun..jadi pelik la kenapa tetiba tak mau ke sekolah sedangkan selama ni kalau demam pun merangkak nak sekolah jugak..hahhha..jumpa cikgu selesai masalah …cikgu tak paham dengan anak saya yang tak reti dok diam..hehehe..ye la..dalam kelas ada 34 orang mana la dia nak boleh faham semua nya…

  2. mama aku baru mula2 berjinak amalkan ayat 200 surah al imran, sgt terharu dan sgt bersyukur sbb rulanye allah dah sediakan jalan kepada kita cuma kita yg sgt sombing utk guna jalan yg allah bagi percuma pada kita…. erm, sgt menginsafkan…. ayat ni aku amalkan kalau aku rasa cam ‘hilang sabar” jugak pada suami, alhamdulillah dgn izin allah tupanye ada dalam diri aku sifat sabar tu maaaa….

    amin

  3. diana: betul kan, tiba-tiba berubah. takut kena buli ke. dah lah macam-macam kes. memang kena jumpa cikgu dan explain. kena belajar tough juga kan. tulah memang kena pantau juga tambahan yang secretive sikit macam anak saya.

    norm: oh nanti nak check it out. thanx babe. yelah doa free aje tapi kita yang selalu lupa. semua orang sama norm, sama-sama kita doa supaya jadi lebih sabar, lebih baik. doa ni memang special kan, satu talian yang tak pernah offline T_T .
    diana recently posted…Doa lembutkan hati anakMy Profile

  4. bila anak-anak bersekolah maka ibu start ada tugas tambahan lain pula, yang anak MJ si kakak memang jenis lasak, dari awal sekolah umur 4 tahun tak pernah nangis ke sekolah. tapi tiba tang si adik manja amat, sudah 5 tahun pun melalak nak ke sekolah pada awalnya, tapi kuatkan hati juga biarkan dia nangis. cikgu dia kata takpe nanti dia berentilah nangis tu hahahaha..

    naluri kesian masa nak tinggalkan dia kat sekolah tu memang ada, tapi dengar nasihat cikgu. memnag betullah selepas seminggu dua ok dah. sekarang ni belum jam 8 dah nak suh hantar sekolah. pengsan.
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…4 Tips Wajib Buat Bagi Mereka Yang Bekerja Dari RumahMy Profile

  5. HB: Betul tu. Untuk diri sendiri juga agar lebih ke arah kebaikan

    IDD: Lengkap doanya dari celik mata hingga tutup mata. Cuma saya yang selalu lupa T_T

    MJ: Anak kedua saya ambil masa lama juga sesuaikan diri. Takut orang sikit. Kalau cikgu garang lagilah dia seriau. Memang kena banyak sabar pagi-pagi dengan berkejar nak pergi kerja semua. Sekarang dah 6 tahun, cikgu cakap boleh tahan mulut dia pot pet kat sekolah. Dah tunjuk skill hehe

    MK: Sama-sama Tantan darling.

    Emalin: Hehe samalah kita. Tahan aje kan. Ada yang bagitahu cikgu nak barang itu ini pagi-pagi, drama hurmmmm hehe. Marah tu perlu juga Lin supaya takut sikit, cuma kita yang rasa guilty lebih kan. Papa dia rilek aje.
    diana recently posted…Tentang pilihan dan doa istikharahMy Profile

  6. thanks a lot,,saya amat tersentuh dengan doa doa ni.nak saya amalkan karena anak saya pun tak mau pergi sekolah.

  7. Ayu: Sama-sama Ayu. Saya doakan agar anak Ayu gembira pergi ke sekolah menuntut ilmu nanti. Sekolah adalah tempat terawal kita belajar berkawan dan banyak kenangan manis juga kan. Terima kasih datang ke sini.
    dalin ali recently posted…Good morning Angerina!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge