Taip dan delete

Tiba-tiba konon nak mengalami writer’s block/ kekangan idea menulis.

Padahal tulis merapu-rapu aje pun haha.

Pernah tak alami situasi taip, delete, taip, delete. Pikir karang apa orang fikir. Takut salah faham. Delete.

Saya suka sangat menulis. Dari dulu, saya selalu volunteer karangkan surat orang.

Kakak-kakak ofis suruh buat surat rayuan buku teks anak dia, dulu tak semua dapat bantuan. Mana yang tak dapat, kena tunggu saki-baki buku teks. Ayah saya cikgu pun anak-anak tak dapat. So, saya biasa dapat buku teks lambat.

Staf ofis suruh buatkan surat rayuan biasiswa adik. Saya akan buat surat dengan membayangkan saya adalah panel rayuan. Memang sedih kalau baca haha. Tapi, tak lepas pun T_T.

Kawan saya si Milah (bukan nama sebenar), masa tu dia ada problem dengan husband, dia minta saya buatkan surat untuk anak kesayangan dia. Jadi, saya buatkan Warkah Untuk Alice (bukan nama sebenar). Ia surat rahsia. Just in case, anak dia bertanyakan kenapa berpisah dengan abah, dia akan bagi surat tu. Oh sedih pulak. Sebab tu saya sayang sangat kat Alice ni.  Auntie lupalah Alice. Kadang-kadang kita sayang kat orang tu, pastu kita lupa kenapa. Boleh gitu?  😉

( Milah, surat tu dah hilang, kau ada simpan lagi? Tolong emel balik 😉  )

Itu sebahagian dari surat-surat dan tulisan saya. Dari zaman sekolah rendah lagi saya suka menulis. Banyak kisahnya malas pulak nak tulis hehe.

Saya akan menulis untuk orang-orang yang saya hargai/ memberi impak dalam hidup saya.

Tapi bukanlah bermakna saya ni suka jadi Setiausaha kelab ke, mencatit minit mesyuarat ke. Tidak. Itu memang tak berbakat. Sebab saya time meeting persatuan ke saya tak fokus, suka main-main hehe. Siapa poyo atau serius sangat memang kena gelak  😉 .

Oklah, dah 2 kali taip kali ni saya publish aje.

Sebab saya pernah terbaca, jika anda suka menulis, berlatihlah setiap hari, walaupun di hari anda sakit pun (kira jari aje boleh bergerak agaknya tu).

Ini kira latihanlah kan.

Ok bye.

Terima kasih datang ke sini. Saya tak sempat blogwalking lagi. Sedih T_T.

14 thoughts on “Taip dan delete

  1. saya dulu paling tak suka menulis mengarang2 ni entah kenapa sekarang boleh terfikir nak ada blog..dalam masa 5 tahun ada blog ni baru hari ni terfikir macam mana minat nak tulis blog ni muncul..hahahha..tapi saya rasa saya macam ikut2 orang je..tengok je la blog saya apa yang saya tulis..tak de jiwa langsung..ehhhe

  2. Dr F: Betul. Ada cerita tapi macam tak sesuai pula.
    IDD: Terima kasih. Ya bingung juga hendak menulis. Kadang-kadang ia bercampur-campur, tidak fokus 🙂 .
    Diana: Saya dulu ikut kawan. Sebab nak share cerita hari-hari. Bestnya adalah bila baca balik ketawa dan nangis juga. Banyak sungguh yang dilalui. Blog Diana ok pe, menghiburkan. Tak tau kenapa tak masuk senarai top commentator saya. Senang nak blogwalking dari situ.
    diana recently posted…Taip dan deleteMy Profile

  3. Ain: Blog adalah medium penulisan terbest di dunia hehe.
    Emalin: Haha. Mana draf saya delete terus. Sebab ada lah yang tak berkenan tu. Puisi best kan. Dulu saya suka tulis untuk member. Pastu pasal mak-mak. Pastu tak tau nape dah stop sekarang T_T
    MJ: Wah terer MJ. Saya masuk peraduan sekali-sekala, karangkan ucapan ketua kelas semua tu gigih. Kawan-kawan saya suka mengarang. Kalau buat karangan tak standard konon letak “Pada suatu hari”, mesti letak “Matahari masih malu-malu terbit lagi” set-set gitu.. over hehe. Kawan-kawan banyak bentuk minat saya. Tercabar nak tulis karangan yang baik juga 🙂
    diana recently posted…Taip dan deleteMy Profile

  4. Inilah benda yang saya rasa sekarang.. dulu memang minat menulis.. sntiasa nak tulis jak kerjanya.. tapi sekarang.. nak memerah otak tu yang payah.. tambah2 komitmen banyak.. pastu.. “gila main game pc” punca blog kemas tersusun cantik tanpa bertambah.. haha
    Aretikz recently posted…Perlukah Baca Doa Bahasa Arab?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge