Nak makan besar ke?

Salam.

Rabu lepas, kan hari last kerja sebelum cuti CNY. Kakak senior office buzz (call) saya:

Diana tolong call boss.

Untuk???

Minta tutup office awal hari ni, sebab kedai lain semua dah tutup.

Motif kita nak balik awal? Nak makan besar? πŸ˜‰

Office saya memang dikelilingi pejabat 80% chinese. Staf Chinese saya memang dah cuti. Kami ada staf Cina, India juga.

Kenapa saya kena call? Kalau boss marah camne?

Dia takkan marah Diana punyalahhhh…

Aah ye sangatlah tu. Part-part pujuk orang ni serius saya tak reti. Serius!

Sebenarnya memang dah takde mood kan nak kerja hari-hari last camtu. Jam dah tunjuk pukul 12 tengahari.

Saya pun mengsms ( ya saya penakut call πŸ˜‰ ) menerangkan tentang kondisi office yang nak mintak cuti half day/tutup office terus lepas lunch hour. Kadang-kadang boss bagi cuti terusss.

Tup tap pukul 1 takde jawapan. πŸ™ . Β Pasrah. T_T.

Kitorang pun pergi lunch, ambil anak masing-masing balik sekolah sambil bersedihan bos tak sayang kitorang.

Sekali saya tengok handphone pukul 2.35, ada jawapan:

Waalaikumsalam Diana. OK. @ 1.35

Yeahooo, rupanya boss saya balas time lunch. Saya manalah tengok phone time-time gitu.

Dengan riang-ria kami balik dan tutup office. Sambil mintak maaf kat officemate sebab lambat baca mesej, saya melencong ke Mahkota Parade.

Orang Cina sibuk shopping raya last minute, kau pun seheboh-heboh pergi situ memeriahkan keadaan haha. Sama aje ya, Melayu ke, Cina ke, suka shopping last minute.

….

Balik rumah, saya nak berkemas, jadi saya lepaskan Olaf @ Taufik Batisah main kat luar. Sampai maghrib dia main dengan anak-anak saya, lepas tu dia boleh lah pulak hilang.

Hujan pulak selebat-lebatnya, berdentum-dentam kat luar. Dia dahlah sakit mata lagi, baru bawa pergi klinik.

Papa carik dia satu taman tengah-tengah hujan lebat tu.

Anak-anak saya pun kejap-kejap tanya nak Olaf, nak Taufik, kadang-kadang nak Ben, tersasul sebut kucing lama saya tu. Kami duduk luar sampai pukul 10 malam macam tu.

Saya sampai satu peringkat ni saya percaya Allah akan jagakan dia di mana jua dia berada.

Peringkat di mana kita hanya mampu berdoa sahaja. Peringkat MH 370 (in analogy).

Papa lepas Subuh terus cari Olaf kat luar lagi.

Saya sedih juga dengar dipanggil-panggil Olaf kat luar pagi-pagi sapiei macam tu. Ubat dia ada lagi dalam peti sejuk tak habis lagi. Ubat titik mata lagi. Kalau orang ambil, jaga takpe. Kalau tengok dia sakit mata, buang dia balik macam mana.

Pukul 11, anak saya keluar, main bola loceng dia kat depan pintu.

Sekali mamat ni keluar dari bawah kereta. Bukan Mamat Exist, tapi Olaf.

Dipendekkan cerita, rupanya jiran beberapa rumah saya jagakan dia waktu hujan lebat tu. Dia main dengan Dak Tempang, kucing jiran saya.

Dia hilang dari 7 malam hingga 11 pagi esoknya. Nasib tak buat notis tampal dekat tiang letrik. Dah terfikir dah πŸ˜‰ .

Saya tahu Allah masih jagakan dia untuk kami.

Dan peringatan juga sesuatu yang di depan mata tu Allah boleh ambil/hijabkan pada bila-bila masa sahaja.

BILA-BILA MASA SAHAJA.

….

Rupa-rupanya Olaf pergi Makan Besar CNY dekat rumah jiran.

Boleh tak jangan nak drama sangat macam Mama, Olaf?Β 

Kut ye pun nak bersosial boleh tak minta kebenaran dulu?

Hmmmmm….

K bai. Jumpa lagi πŸ™‚ .

6 thoughts on “Nak makan besar ke?

  1. IDD: Iya seronok sungguh. Penat juga tu banyak aktiviti
    MJ: Yelah saya pun hadap juga hari Ahad dari KL ke Melaka. Olaf memang suka buat drama swasta gitu hehe
    Titan: Hilang ditemui tu takpe. Jangan hilang terus. Pitam nak carik lain
    Emalin: Iye haha. Walaupun terlewat tau tapi dinikmati sepenuhnya. Sekali-sekala aje ni Lin
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge