Hijabi or Hijabista?

Salam. Seronok cuti CNY? Lama tak review buku kat sini. Sebab bila cuti sekolah panjang aje baca buku. Bila anak dah sekolah, nan hado. Baca magazine aje sekali-sekala. Tapi, tak samalah rasa kecintaannya dengan membaca buku tu kan 🙂 .

hijabi bergaya

Ibu Hamil Bergaya Patuh Syariah? Jangan nak speku sangat okeh. Saya beli buku ni dah lama (November 2014) sebab ia menarik keluaran Telaga Biru. Saya tertarik dengan pengisiannya yang ada kartun wanita comel berhijab dan penerangan yang ringkas dan padat. Dan sangat ikhlas juga. Ribuan terima kasih kepada penulisnya.

Walaupun dah 25 tahun saya bertudung, saya masih mencari-gali pengertian hijab yang sebenar-benarnya. Buku ini menjawab kesemuanya, dan ia bukanlah untuk wanita hamil sahaja. Kita semua telah diajar tentang aurat, adab dan sebagainya. Semua orang dah tahu, yang mungkin kurang adalah penerangan kenapa, keistimewaan dan keindahan menutup aurat itu sendiri.

Saya sekali-sekala beli juga majalah Fesyen Hijab (yang mahal tu) bila nampak Emma Maembong jadi cover. Tengok cara lilitan shawl dan baju macam-macam fesyen. Sampai sudah, lilitan shawl 1,2,3 Go itu jugak yang saya buat haha. Ia fitrah wanita, sukakan sesuatu yang cantik, nak jadi cantik, tapi terpulang untuk memilihnya. Saya pilih yang mudah aje sebab memang mengejar masa.

Media seperti majalah, tv, iklan di internet pula memberi banyak gambaran. Ada jubah yang ada cutting dan sebagainya. Terma hijabista itu juga tak berapa sesuai sebenarnya kerana Islam menanamkan sifat modesty untuk wanita, dan bukannya fashionista.

hijabi bergaya

Tapi ada yang bagus juga macam but ni cetuskan trending kasut bertutup. Comel kan. Teringin nak pakai tapi takut orang kata tebiat ke hapa kau ni pakai kasut warna-warni haha. Bagus juga orang berhijab comel secara semulajadi menggalakkan yang lain berhijab juga. Tapi, perlulah ada batasannya. Batasan ini diterangkan dalam buku ini, sebab itu ia sesuai untuk semua.

Buku Ibu Hamil Bergaya Patuh Syariah ini memang bagus, terutama untuk ibu hamil, atau yang ada isteri hamil sekarang. Ia comel/kompak saiz Reader’s Digest, dan ada doa dan senarai surah amalan sewaktu mengandung dan doa anak soleh juga. Penerangan kenapa, bagaimana tutup aurat dengan sempurna serta panduan mix match baju. Ada juga lakaran design baju preggy yang boleh dibuat baju nursing (menyusukan) nanti. Senang, bagi aje pada tailor suruh buatkan.

Bukan mudah seorang wanita membuat pilihan pemakaian pada hari ini, dengan lambakan fesyen di pasaran. Iklan yang keluar di tv, kertas dan internet juga tak banyak membantu. Saya tersentuh membaca ayat ini dalam buku ini:

“Dan antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah dan Allah Maha Penyantun (pengasih belas) kepada hamba-hambaNya”.

Surah Al-Baqarah 2: 207

Semoga kita cuba menjadi hijabi star di pandanganNya. Saya masih mencuba dan terus mencuba. Saya memang tidak perfect.

Jumpa lagi.

hijabi star

5 thoughts on “Hijabi or Hijabista?

  1. IDD: Ya betul tu 🙂
    MJ: Hehe tudung bawal tu saya suka juga tapi bokitta tak pernah try. Betullah tu, harap bertambah baik kita aminnn 😀
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  2. Emalin: Saya susah sangat cari shawl tau Lin. Sebab muka pau sangat hehe. Lately jumpa yang berkenan, tapi pau masih terkeluar juga biarkan. Tudung instant memang standby nak pergi beli barang wikend sarung aje senang.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge