Tentang jadi diri sendiri

Kadang-kadang, orang yang kita jumpa online, taklah sama kalau kita jumpa depan-depan, betul tak?

Saya pun begitu.

Kalau jumpa di luar, saya a bit reserved orangnya. Pendiam (konon) πŸ™‚ .

Macam menulis di blog ni, saya dapat menjadi diri sendiri, menulis dengan gaya sendiri, dan pembacanya saya tak kenal pun.

Sebenarnya segan juga kalau orang yang saya hormati baca macam ex-cikgu ke, editor ke.

Tapi saya rasa dorang mesti tak baca sebab blog ni pun memang tak best hehe.

Kalau tiba-tiba mereka yang saya hormati ni tanya, “Apa khabar Nur Elsa Sofia Rodriguez?” ke saya rasa saya akan masuk bawah kerusi menyorok haha.

Menulis sangat istimewa bagi saya sebab saya boleh bercerita dari hati. Tagline blog ini, “Ini cerita saya”, jadi anda akan sentiasa baca cerita-cerita merapu saya hehe. Kadang-kadang orang tak faham, but it is okay. Saya pun kadang-kadang tak faham orang juga.

Search paling banyak masuk ke blog ini (dari google analytics) adalah berkaitan anak-anak macam:

1. 5 sebab kenapa perlu hantar anak ke sekolah agama KAFA

2. Panduan menjaga anak patah tulang tangan

Saya rasa saya akan lebih banyak berkongsi tentang anak-anak selepas ni. Saya harap dapat berkongsi dan memberi manfaat juga kepada orang lain. Jangan nak membebel aje T_T.

Tetapi bercerita dah jadi sebahagian diri saya juga.

Kenapa saya wujudkan blog ini dulu, saya beritahu guru saya, kerana saya perlu menulis. Itu sahaja.

Ada cerita yang bertamu di minda, ada kelucuan yang menggeletek hati saya. Kadang-kadang ada rindu juga.

Jadi diri anda sewaktu menulis, ia membuatkan anda lebih selesa menulis lagi, dan lagi.

Dengan menulis juga, saya pernah terbaca, anda mungkin mendapat pulangannya, walaupun setelah anda tiada lagi nanti.

Jumpa lagi. Bye.

Β Yang benar,

Penulis paling amatur

10 thoughts on “Tentang jadi diri sendiri

  1. human interest ialah perkara peribadi yang berlaku kepada seseorang..benda macam nie ramai yang suka..

    dulu pernah hadiri bengkel bersama Tokoh Wartawan ..pada masa itu ada hati nak jadi wartawan..tapi tak kesampaian..

    akhir cerita jadi blogger pengamen sahajalah..
    Hero Borneo recently posted…Misi Blogwalking Fasa Kedua 2015My Profile

  2. Apabila menulis dari hati memang terkesan dan panduan yang diberikan lebih lekat di kepala berbanding jumpa dengan yang pakar.

    Betul sangat tu. Kadangkala personaliti kita tidak sama di luar dengan cara penulisan kita. Mungkin ia adalah the other side of me?
    emalinmohd recently posted…Bahaya Menjadi Ahli Shaklee!My Profile

  3. MJ: Hehe iyelah mesti kita jawab “Nakkkk” hehe..
    HB: Wartawan best juga ya. HB sesuai kerana bernas tulisannya tu. Blogger ok apa, menulis yang baik-baik juga πŸ™‚ .
    Emalin: Ye betul. Side yang tersembunyi kot. Hanya orang rapat aje yang tahu. Yang penting bukan saiko hehe
    Anontherorion: Salam kenal pak. Iya itu sahaja yang pandainya bila menulis di sini :). Terima kasih jauh datang ke sini.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge