Vespa Kampung Durian

Hai. Sepatutnya cerita ni saya tulis dalam bentuk point-point artikel di satu website. Kebetulan ia redundant dengan artikel lain. Jadi saya tulis di sini. Tajuk semua konon-konon macam tajuk cerpen sebab saya bercita-cita tulis buku kompilasi cerpen. Tapi saya tak reti baca cerpen yang puitis sangat macam “Di sore itu, awan kumulonimbus memayungi pesantren hati…. ” Tidak. Saya suka baca cerpen yang moden sikit. Sebenarnya, kau memang malas baca buku sastera kan, dah tu suka cakap-cakap rojak haha. Saya suka gaya penulisan seperti orang berbual normal. Itu bagi saya, orang lain mungkin berbeza kan 🙂 .

Siapa yang membaca blog ini, mesti ada terjumpa saya cerita tentang Atuk. Saya memang selalu rindukan Atuk, walaupun saya bukanlah cucu favorite dia pun. Cucu fav Atuk adalah Abang Long saya. Masa Along di asrama penuh, Atuk selalu kirim telegram dari Singapura dengan money order. Abang saya cakap Atuk akan tulis “Ke hadapan cucunda ku yang dikasihi Azreen”. See, sebab tu saya ni melankolik dan suka menulis, ikut Atuk rupanya. Along sebenarnya taktikal juga, dia pun tulis surat pada Atuk dulu cakap dia takde duit. Drama sungguh adik-beradik kau ni haha.

Masa saya tadika, Atuk dah tak kerja di Singapura lagi. Jadi, Atuk yang akan hantar saya dan ambil dari tadika. Tadika di Kampung Durian, pakai baju biasa aje, uniform pun takde. Bila cakap dengan Atuk teringinnnnnn nak pakai uniform Atuk. Atuk kata takpe, nanti dia pergi ambil pencen di Singapore, dia belikan. Macam masalah besar sangat takde uniform tu. Orang lain hidup aje pergi sekolah pakai skirt biasa. Seperti biasa, Atuk akan belikan uniform tadika comel ala pinafore warna merah putih kotak-kotak kecil untuk saya. Macam dalam tv uols. Kembang-kembang hidung saya pakai, konon paling comel 😉 . Saya bajet itu baju bundle ke saya tak sure. Apa saya kesah, janji tip top pergi sekolah pakai uniform.

Atuk mesti tunggu saya dengan vespa dia. Bila keluar tadika, mesti kita tercari-cari kelibat orang yang akan ambil kita kan. Dan dia, Atuk tak pernah tak ada. Duduk senyum aje tunggu saya atas vespa. Bila balik mesti Atuk bawa ke simpang (pekan) pergi beli jajan. Kadang-kadang singgah beli mainan masak-masak yang jual sepapan tu. Tidak pernah dia menghampakan saya. Tapi, kalau Atuk pergi Singapore, mak atau ayah ambil. Terus balik rumah 🙁 hehe…

Bila sekarang ni, saya pula ambil anak saya balik dari sekolah. Saya lihat senyuman dia setiap kali ternampak saya. Kadang-kadang bila bad mood dia susah nak senyum, kelat, tapi senyum juga.

Saya masih ingat suasana naik vespa Atuk, rasa dingin angin yang menyapa pipi, pemandangan sawah yang menghijau, waktu kami nak ke pekan. Saya berdiri sebab saya pendek aje masa tu. Saya happy.

Setiap kali saya lihat orang naik vespa, especially warna biru, mesti saya teringatkannya.

Saya semakin memahami bahawa bukan limpahan wang ringgit atau harta-benda yang akan diingati oleh mereka yang kita kasihi.

Tapi kasih-sayang, harapan dan kesetiaan menemani itu.

Sayangi Atuk Nenek anda semasa hayat mereka masih ada.

5 thoughts on “Vespa Kampung Durian

  1. Di: Memang. Atuk dengan anak garang, dengan cucu kalah hehehe
    IDD: Boleh kirimkan doanya juga, seperti saya juga kini. Sama sahaja 🙂
    Emalin: Betul. Saya rasa atuk nenek lihat “anak-anak” @ cucu membesar sekali lagi. Jadi, loose sikit kerana rasa anak meninggalkan mereka tu. Parents cam kita ni of course kena garang juga. Lau tak hmmmmm…
    MJ: Saya tengok semua atuk bawa vespa macam atuk saya. Al fatihah untuk atuk kita T_T
    diana recently posted…Tentang jadi diri sendiriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge