Bila ustaz cakap Tayyib!

Assalam. Pagi-pagi lagi saya dah terpacak depan farmasi. Adik tu tanya akak puasa tak? Ye dik, memang akak puasa. Lepas tu bila nak check gula, tekanan dan kolesterol, seram sejuk juga. Dia pulak keluarkan semua strips dan alatan kapas bagai. Macamkan tak pernah kena ambil darah kan.

Bila kena tappp tu rasa macam, eleh, ini aje? Riak takabbur lagi hehe. Keputusannya walaupun korang tak pernah tanya:

1. Gula – Normal (4.5) Jangan tanya 4.5 ukuran apa skala richter ke. Iols tak ambik farmasi 😉 )

2. Kolesterol – Rendah (4.4)

3. Tekanan darah – Rendah sangat (106/55) Normal 120 macam tu.

Kesimpulannya, semua ok kecuali tekanan darah. Dari zaman remaja dulu lagi memang macam ni. Sekarang remaja juga, cuma remaja purba. Jadi, ini menerangkan keadaan diri puteri lilin yang tak boleh lambat makan, nanti nak pitam semua. Sebenarnya mengada-ngada nak makan aje selalu hehe.

Syukur takde apa-apa. Tak sanggup pulak rasanya nak masuk kelab. 6 bulan lagi periksa lagi, saja share di sini untuk ingat bacaan sebab memang pelupa teruk. Kalau ada reminder,loceng ke kat blog best kan. Kau ingat blog ni telefon nak reminder bagai?

….

Oh berbalik kepada tajuk. Dulu di UKM saya belajar subjek Bahasa Arab dengan Ustaz Hashim. Saya memang tak pernah sekolah agama, jadi takde basic langsung. Dalam 4 orang BFF saya, saya seorang dari sekolah biasa. Saya memang teringin sangat nak belajar Arab ni. Subjek ni wajib lulus jika nak lepas matrikulasi undang-undang, dan juga nak naik tahun 2.

Ustaz Hashim baik sangat, saya suka. Orangnya berumur juga. Kalau satu kelas bising-bising ke dia tak pernah marah, senyum aje. Kalau ada yang buat lawak-lawak arnab dalam kelas, dia tertahan-tahan ketawa. Saya sentiasa ingat Ustaz Hashim sebagai orang pertama yang ajar saya bahasa Al-Quran. Kelas dibahagikan kepada 2 puak, ada basic dan tak ada basic. Ustaz ajar kami kelas yang takde basic langsung. Kesian ustaz hehe.

Saya rajin pergi kelas ni sebab Ustaz baik. Kriteria penting saya nak belajar rajin adalah cikgu baik hehe. Bila exam ada bertulis dan viva (lisan). Baca petikan dan jawab soalan yang Ustaz tanya dalam Bahasa Arab. Saya memang akan belajar bersungguh-sungguh dan buat viva betul-betul. Bila jawab dengan betul, Ustaz Hashim akan kata:

“Tayyib!”

Kalau 10 soalan, 10 soalan lah dia akan jawab pada saya begitu. Kembang-kembang hidung saya kononnya terer sangatlah. Dan, saya mesti score A untuk Bahasa Arab. Asas Bahasa Arab ni penting juga untuk subjek Undang-undang Syariah dan lain-lain.

Tengahari tadi, di kedai makan, saya terima mesej Telegram ini:

“Ustaz Hashim Hanafiah Imam Annur kembali ke rahmatullah pukul 3.30 pagi ini” .

(Saya dimaklumkan beliau adalah Imam dan guru tafsir di Surau An-Nur Bangi)

Di tengah-tengah kesibukan restoran, mata saya bergenang teringatkan Ustaz Hashim saya.

Anda boleh belajar semua jenis ilmu dunia, tapi anda takkan lupakan orang yang ajar anda mengaji dan mempelajari bahasa Al-Quran. Meskipun dia mungkin langsung tak mengingati saya lagi, saya masih ingat kegembiraan di kelasnya, dan hati saya yang berbunga-bunga bila beliau katakan, “Tayyib!”

Al Fatihah untuk Ustaz Hashim kesayangan saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa. Amin.

12 thoughts on “Bila ustaz cakap Tayyib!

  1. Ok.. yang ni bila excited baca dari awal sampai part arab, truja bagai.. tp bila part Ustaz tu kembali kepada penciptanya.. serius sedih.. semoga Allah mencucuri rahmatnya.. beruntung akak dapat faham mudah bahasa arab.. saya ada basic pun mengharap ujian lisan baru lepas bahasa arab tinggi.. huhu..
    Aretikz recently posted…Si Tomboy, Si Pengkid dan Si LesbianMy Profile

  2. Aretikz: Sedih. Sebab lepas belajar nak belajar lagi macam2 alasan. Ustaz ni penyabar sangat kitorg dah la dah tua tak faham2 pulak tu. Bagusnya awak mesti terer Arab kan. Ahkak ni semua lupa dah T_T
    diana recently posted…Bila ustaz cakap Tayyib!My Profile

  3. Pandai cakap Arab la ni ye??best nya..saya tak de peluang belajar bahasa arab..anak saya yang sulung ni selalu jugak balik dari sekolah cakap arab..macam best je bunyi nya..selalunya ayah nya yang ajar saya memang tak pandai..setakat ikut2 apa ank cakap ada la..hehehe

  4. Diana: Ini 15 tahun dulu Diana. Sekarang anak saya pun lebih pandai dari saya. Belajar bermotipkan periksa ginilah jadinya T_T
    Titan: Alamak ustaz dah datang. Nak google jap 😀
    IDD: Ya kesihatan memang perlu sentiasa dijaga kan
    MJ: Yang ajar saya mengaji dah meninggal, Nek Jariah nama dia. Kadang-kadang saya terfikir berapa banyak pahala kan mereka ni. Pahalanya berterusan selagi mana anakamurid mengaji
    SSS: Aminnnn. Ustaz ni baik sangat murid semua sayang T_T
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge