Perangaiii….

Setiap orang mesti ada perangai kan.

Saya ada satu habit, yang saya kira tak bermanfaat, iaitu merayau ke kedai bakery supplies.

Segala ceruk kedai bakery supplies di Melaka ni saya pernah pergi. Seremban pun ada. Mungkin sebab saya buat partime candy buffet planning, jadi saya survey marshmallows halal biasanya. Kedai begini biasa ada juga jual cake stand dan baking tools comel yang lain.

Tapi, saya dulu taklah pandai buat kek, cupcake ke. Saya akan merayau ke segenap kedai tu, dan lihat satu-persatu barang buat kek. Saya rasa ianya membazirkan masa juga sebab nak beli marshmallow, yang kau nak melilau satu kedai tu, nak buat apa?

But, what to do. Itulah perangai saya.

Just recently, saya bergaul dengan group yang passionate buat kek, pastry bagai. Saya perhati dan baca sahaja di Whatsapp dan FB. Lama-lama terpengaruh juga. Diaorang cakap, “Senang aje Kak Di, cubalah!”. Saya tak confident sebab bagi saya dapur yang bersih lebih penting dari cupcake yang sedap. Cupcake kita boleh beli.

But, I was wrong πŸ™‚ .

Saya mula beli barang sikit demi sikit. Mula mencuba. Mixer memang dah berzaman ada. Dulu kak ipar saya buat biskut raya, saya jeles, pas tu Papa belikan mixer. Ada lah sekali dua saya buat choc chip cookies. Oven pun sama beli yang paling murah RM150 brand Butterfly like 8 tahun lepas. Ada juga buat ayam panggang zaman berbelog dengan MK dulu, puding roti bagai.

choc moist cupcake recipe tanpa mixer

Beli barang mesti complete, mixing bowl ini untuk cupcake, teaspoon, measuring cup comel. Takde nak guna mangkuk, sudu dapur ke okeh. Lorat haha.

Bila dapat resipi, saya tahu dah barang ni apa dan apa, di ceruk mana dalam kedai. Saya tahu kalau nak buat cheesetart, tart shell ada dijual siap untuk mereka yang malasΒ buat shell macam saya. Segala inti (filling) ada juga dijual dan guna nozel untuk bentuk krim atas cupcake. Yang tak dijual, sifat RAJIN sahaja.

Itu sahaja. KERAJINAN.

Sekarang boleh juga buat cheesetart dan cupcakes. Coming soon fruit tart, cakepops dan kek. Yelah, tak pandai sangat tapi adalah peningkatan tu.

Kadang-kadang kita tak tahu, apa ilmu atau pengetahuan yang kita ada hari ni, akan bantu kita di kemudian hari.

Macam tahun lepas saya pergi belajar Internet Marketing, saya memang totally zero, adalah basic blogspot dan FB Page tapi markah memang zero. Tapi, entah kenapa, saya teruskan aje.

Sampai masa, saya menulis ebook, dan ia masih terjual sehingga hari ini.

Saya juga pergi kursus penulisan bestseller, walaupun sampai sekarang takde idea nak tulis buku apa. Pepoyo aje pergi kursus dengan penulis terkenal haha.

Saya rasa, saya akan mengikut saja langkah kaki saya, dan jari saya menulis, sebab saya tahu semua ini bukanlah suatu kebetulan. Yang penting saya kena terus mencuba. Kadang-kadang saya memang jadi malas, tapi saya mesti terus mencuba.

Ada beberapa ebook yang belum habis dibaca lagi. Tahun ni tahun saya ulangkaji dan praktikkan apa yang belajar dulu. Nak sambung belajar lama-lama lagi tak dapat sebab anak saya dah mula tuisyen weekend. Kesian anak saya, tahun lepas saya sibuk.

Jadi, jangan berhenti untuk belajar. Belajar dan ambil tahu sahaja apa-apa yang bermanfaat.

Kita tak tahu sekecil mana pun ilmu pengetahuan yang kita ada, akan membantu kita di masa depan.

Dan, post ini untuk justify saya beli barang ni di bakery supplies tadi sebenarnya hehe. Tak tahu bila nak buat kek tu, beli cake tester dulu uols πŸ™‚ .

cake tester

Jumpa lagi. Terima kasih datang ke sini πŸ™‚ .

 

 

11 thoughts on “Perangaiii….

  1. saya pun dulu tak reti apa2 pasal kek ke baking2 ni tak tau..tapi sebab join group2 masak kat fb tu jadi minat pulak bila baca post2 orang…nak buat sampai berniaga tu tak de la..cukup untuk makan sendiri boleh la..:)

  2. Jemah: Ala memang tak reti pun. Cari yang paling senang, lepas tu sebab saya memang suka beli baking tools comel. FYI, oven saya pernah simpan dalam stor aje sampai rasa bersalah tengok haha πŸ˜€

    Diana: Itulah mana tahan tengok dorang kejap2 buat puff lah, kek itu ini. Tapi saya buat pun untuk orang order pakej candy buffet je. Dan utk family juga. Dan tekak sendiri jua πŸ˜€
    diana recently posted…Perangaiii….My Profile

  3. Aretikz: Haha tidak bah. Ini skil amatur syok sendiri post di blog hehe. Wah, skil terpendam junior masterchef tu, sila gilap πŸ˜€

    Jemah: Jemah keistimewaannya lain. Pandai masak kan, tengok kat G+ soft shell crab sedapnya πŸ˜‰
    diana recently posted…Perangaiii….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge