Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema

Macam serius je tajuk kan, Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema 🙂 . Saya bekerja menulis sesuatu yang formal setiap hari, jadi di blog saya mengelak juga tulis sebegitu. Orang juga suka ingat saya seorang yang serius, sebenarnya saya sangat mudah ketawa. Mak suka cakap dulu, “Ketawa, ketawa, kejap lagi nangis!”. Oh Mak, tak supportive langsung hehe 🙂 .

tip jaga kucing selsema dan sakit mata

Susah sangat nak ambil gambar Elsa ni. Aktif sangat. Rantai tu Adik yang pilih sebab takut orang curi kununnye

Lama tak cerita tentang Elsa kan. Ingat saya cerita tentang dia di sini. Kira dah dekat 3 minggu juga kami bela dia. Minggu pertama dia ok, semakin sihat. Bila dah sihat, kami semua ni degil, pergi mandikan dia. Padahal doktor dah pesan, JANGAN! Sebenarnya, bila pelihara dia dalam rumah, saya pula macam kena asthma, nak bernafas macam sempit. Perkara ni dah berlaku dari zaman Ben lagi. Sebab itu, kucing semua dipelihara di luar sahaja. Ingatkan bila mandikan, dia bersih, jadi saya pun tak alergik lagi.

Bila dah mandikan, memang bersih. Kembang-kembang bulu dia. Tapi, dia kena selsema semula. Beberapa hari lepas, mula selsema @ berhingus kuning. Kesian pulak. Nak bawa ke klinik takde masa. Jadi, Jumaat saya ke branch office, bawa dia ke klinik. Tinggalkan terus di sana dari pagi, petang baru jumpa doktor. Oh, mata dia pun macam merah-merah sakit mata teruk. Kesian betul tengok. Padan muka kau degil sangat nak mandikan haha….

Jadi, bila jumpa doktor kucing, penerangan dan ubat pun diberikan.

tip jaga kucing sakit mata dan selsemaIni ubat flu @ selsema uols

Ubat diberi dalam picagari macam ni, jadi kita terus inject sahaja. Pegang belakang tengkuk kucing, dan acukan ke mulut. Bila dia bukak mulut, terus tekan sedikit demi sedikit. Saya dulu berangan jadi doktor vet, apalagi, inilah masanya 😉 .

tip jaga kucing selsema dan sakit mata

Dalam botol putih tu antibiotik, Terramycin adalah eye ointment sakit mata

Masa doktor cakap, antibiotik letak dalam peti sejuk ya. Saya fikir wah ini macam antibiotik anak hehe. Lepas tu bila balik simpan dalam peti sejuk rasa pelik pun ada. Oh kena campur dengan peti sejuk sendiri ke. Terus terfikir, “kau Elsa, kalau tak sayang Mama, memang tak patut. Ubat kau, letak dalam peti sejuk lagi”. Jangan risau ya, saya ni clean freak juga, masuk keluar ubat dalam peti, siap cuci tangan dan botol tu sekali dengan handwash cream hehe. Lepas tu bungkus dengan dengan plastik lagi. Dah habis pun, lega 🙂 .

Antibiotik tu bagi guna picagari juga. Eye ointment tu jenis yang salap mata kita masukkan dalam kelopak mata tu. Yang bila masukkan, mata jadi kabur, kita jadi kecewa tu. Ngeri betul kan sakit mata teruk macam tu. Nak sujud pun sakit kepala. Cara masukkan dekat kucing sama aje, sapukan aje kat mata dia tanpa belas kasihan. Nak sakit ke, nak sihat 😉 . Salap mata ni anda boleh beli di farmasi juga. Pandai-pandai cari ya.

Kalau kucing tak sihat begini, doktor sarankan:

1. Jangan pelihara di luar rumah, kalau boleh di dalam bilik/rumah.

2. Kat luar pun cuaca panas/ tak menentu, jadi sakit mata dan selsema sukar nak elok.

3. Jangan biarkan dia bergaul dengan kucing lain terutama stray cats.

4. Jangan mandikan anak kucing sehingga divaksinkan. Lepas vaksin pun, tunggu seminggu lagi.

So far dah sehari guna ubat-ubat ni, Elsa dah OK. Kalau sebelum ni saya pelihara di garaj, dah bawa masuk ke dalam rumah. Walaupun ada gangguan makhluk hitam gigit kaki waktu tengah mengemop, dan renungan makhluk hitam di tepi waktu tengah solat, saya pasrah. Elsa ni aktif juga, berat dia dah 1kg, dulu 750g aje (2 minggu lepas). Dia juga pandai berdiri-berdiri tu bila main, kadang-kadang fikir ada sedara-mara dog ke kau ni haha.

Sekarang saya bagi makan Friskies ni dan Whiskas wet food aje. Umur 1 bulan berat 1 kg, oklah kan. Ada juga tengok Royal Canin tu tapi nanti dululah. Harga satu beg tu boleh beli 2 helai shawl Terbaik Dari Kebun uols. Tapi teringin juga nak kucing cantik, gemuk, debab jadi nanti akan dimesyuaratkan dulu 🙂 .

tip jaga kucing sakit mata dan selsema

OK, kepala saya pun dah berat ni. Kesimpulannya, kalau kucing macam sakit teruk, cepat bawa ke klinik. Treatment macam ni RM62 so saya rasa berbaloi juga sebab dia dah nak sembuh dah. By the way, kucing lama saya Ben, rupa dia macam dalam gambar beg Friskies tu. Iyelah, mukanya memang sedikit kedesaan bukan pan asian cam tu, tapi macam tu lah warna dan rupa dia T_T.

Vaksin pertama Elsa dijangka 2 minggu lagi. Kena sihat betul baru boleh divaksinkan. Macam baby juga 🙂 .

Nanti lain kali saya share lagi Tip Jaga Kucing untuk newbie macam saya ya. Bye.

Nak tahu harga vaksinkan kucing KALI PERTAMA di klinik haiwan? Baca entri saya DI SINI.

–>Tak sempat pergi klinik tapi kucing dah sakit mata? Baca TIPS saya DI SINI.

p/s: Hai, baru belajar jaga kucing macam saya dan suka tengok keletah dia? Baca “8 Keistimewaan Memelihara Kucing” KLIK SINI. 

24 thoughts on “Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema

  1. Titan: Panjang hmmmmm tu. Mesti Black ni jadi kesayangan En. Titan….

    HB: Kalau tak kenal, seram juga hehe. Tapi, bila tengok muka, kesian 🙂
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  2. First time baby kucing kena selsema and sakit mata. Hati ibu mana tak sedih tengok anak sakit. Huhu. Thanks for sharing.

  3. Emalin : Mungkin badan dia tak tahan sejuk nanti, kot hehe.

    Titan : Yelah jaga kucing ni perlukan masa yang banyak juga Cikgu Titanium

    Ain : Baca komen awak ni buat saya rasa nak bela kucing semula. Kucing ni dah tak ada lagi. Semoga kucing awak cepat sembuh ya. Tq datang ke sini.

  4. Wsalam. Hi syikin. Seingat saya belas2 ringgit aje (atau 9 ke 10). Boleh beli di farmasi cakap untukkucing atau klinik vet.
    Dalin recently posted…GraduationMy Profile

  5. hi , i’m still new dlm jaga 1 ekor kucing .. nak ask la .. harga total for those medic berapa? sakit un sama

  6. Hi Ryry. Biasanya dalam rm60 – 80 juga kalau demam, selsema, sakit mata yg teruk. Opsyen lain pergi klinik vet kerajaan lebih murah treatment + ubat dia.
    Dalin recently posted…Hari ayahMy Profile

  7. Tak berani nak bawak pergi klinik haiwan kebayakan bawk g enjit misti 2 minggu lepas tu badan dia lemah pastu mati hmmm tapi selsema dia sekrng makin teruk kuning pastu mata dia merah dh lah masih baby …hm

  8. Hi Syakira. Mesti sedih kan tengok. Tapi kalau kita cuba lagi manalah tahu rezeki dia kan. Kucing memang sangat fragile lagi2 cuaca tak menentu sekarang ni. Semoga kucing Syakira cepat sembuh

  9. Hi, sy pun baru adopt kucing 2 bulan. Mata dia bengkak and selsema. Dia tk selera mkn sebab tk bau. Dah bawak pg jumpa vet tp nak tanya, ada cadangan tak tuk bagi dia selera makan?

  10. Kcing saya 1 family dia kne selsema,hingus meleleh je,nk lapkan diorg x reti hembus,kesian asik mcm sesak nafas je,kdang2 bersin 5 kali berturut turut,hantar klinik skali inject elok skejap je,pastu selsema balik,nak hntar klinik tiap2 bulan xde duit ,diorg smua ni dah 11 ekor,dua ekor je yg sihat nenek dia dngan seko jntan nih anak dia,tapi yg lain smua sakit,xtau nk buat apa dah..

  11. Hai Anuar. Maaf lambat jawab.
    http://nameeroslan.blogspot.my/2013/03/sedih.html
    Saya google dan jumpa tips ini dari blog di atas:
    1. Beri kucing minum air yang banyak (guna picagari ke)
    2. Beri makanan lembut (ayam/ikan rebus & blend jangan letak garam)
    3. Stimkan (biar kucing sedut hawa air panas macam orang perempuan stimkan muka) supaya hingus mudah keluar
    4. Ada yang beri air kelapa juga (macam manusia demam)
    Harap dapat bantu.
    Semoga kucingnya cepat sembuh.

  12. Alya: Maaf saya lambat jawab.
    http://nameeroslan.blogspot.my/2013/03/sedih.html
    Ini tips dari komen dekat link dekat atas ni.
    1. Beri wet food macam Whiskas pack tu, tambahkan air sikit. Nanti anak kucing hirup airnya dulu, baru chunks/ isi.
    2. Dekat vet katanya ada jual makanan utk kucing yang kurang selera. Dalam RM8 setin tapi baik dan berkhasiat.
    3. Campur wetfood dengan kibbles/biskut dia tu sebab kucing ni suka mengunyah kan.
    Harap dapat bantu.

  13. ?? Saya nak tanya kalau tak bawak kucing tu pergi klinik ada cara lain tak untuk sembuh kan sakit mata dan selesama tu… sebab sekor kucing saya ni dah mati sebab selesama tak ada sapa nak bawa dia gi klinik haiwan … (sedih) tolong jawap ye… !!

  14. Hi amira. Pergi farmasi dan beli ubat salap / ointment sakit mata manusia yg macam ubat gigi tu. Bersihkan mata dengan kain lembap dan letak ubat salap ni. Ulang sampai bersih. Titik eye mo juga. Sentiasa jaga kebersihan tempat tinggal dia dan letak tempat redup. Yang selsema tu ada yang kata bagi air kelapa baik juga. Boleh cuba ya. Semoga cepat sembuh
    Dalin recently posted…Rombongan Cik D ke Sukan SeaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge