Minah Speku(lasi)

Rasanya semalam semua dah tahu tentang ending MH370 tu kan.

Saya dengar desas-desus di WhatsApp dari pagi tentang pengumuman, tapi saya pilih untuk tak mengambil tahu.

Saya ada satu tabiat denial, bila berlaku sesuatu yang saya tak suka, saya akan buat tak tau sahaja. Mengambil masa untuk mengabsorb sesuatu kejadian. Ini tebiat orang degil. Kadang-kadang bagus juga. Saya happy aje padahal orang lain tengah sedih 😉 .

Masa kes MH370 saya ingat ia Jumaat juga, saya kena travel seperti hari ni, balik terus terpaku depan tv tunggu kot-kot ada tersesat ke, terjumpa ke. Ada beberapa tragedi sepanjang hidup yang saya ingat. Antaranya, Kondo Highland Towers runtuh, lepas tu tanah runtuh yang tenggelamkan banglo tu. Isteri, anak, cucu dia meninggal. Jeneral or kapten tu hidup di sebalik runtuhan. Saya simpan keratan akhbar banglo runtuh tu bertahun-tahun sampai berlipas, sebab terfikir, bagaimana dia meneruskan hidup, tanpa isteri dan orang yang dia kasihi.

Kita semua dengar macam-macam spekulasi. Yang kawan punya ayah punya member dia pilot MAS, cakap sekian. Baca 38 teori kehilangan di facebook. Yang adik kerja di MAS cakap begitu. Yang kawan ke Perth bertemu pasukan penyelamat beritahu begini. Semuanya spekulasi, walaupun nampak benar. Dalam undang-undang dipanggil hearsay evidence, atau keterangan dengar cakap. Keterangan sebegini memang takkan diterima di mahkamah.

Saya cakap dengan Aiman, ingat semua ni. MH370, MH 17 ditembak, banjir di pantai timur. Aiman akan ingat ni sampai bila-bila. Dulu dia buat poster MH 370, please come back home, tampal di pintu bilik. Ia tertampal di situ lama juga, sampai saya tanggalkan.

Tak dapat dibayangkan perasaan mereka yang kehilangan.

Tapi, ia melegakan, real soothing untuk mengetahui, hari pertemuan anda dengan mereka yang anda kasihi semakin dekat. Setiap hari, ia berkurang sehari lagi.

Setiap hari juga, anda tahu, satu hari nanti semua rahsia akan diketahui juga. Insha Allah.

Ia sangat melegakan mengetahui DIA sentiasa ada di sana untuk kita. Masih mendengar meskipun sudah mengetahui segala-galanya.

Jadi, saya akan berhenti berspekulasi. Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Satu hari nanti, kita pasti akan mengetahui rahsia ini juga, jika diizinkanNya.

Jumpa lagi. Selamat bercuti. Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini. Saya menghargainya 🙂 .

11 thoughts on “Minah Speku(lasi)

  1. Jemah: Iye ke? Sedihnya. Betul tu. Pegawai MITI 33 tahun tu kenalan adik saya. Hati ibu saya luluh lihat gambar ibunya di lapangan terbang dulu. Kita doakan yang terbaik sahaja. Amin.
    diana recently posted…Minah Speku(lasi)My Profile

  2. Reezluv: Ya itu takdir namanya kan..
    Emalin: Kalau berita gembira mesti dah diumumkan segera. Jadi, saya mengelak juga dengar sampai terbaca paper esoknya T_T
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge