PIBG sekolah terkini

Tak sah kan sehari tak menulis kat sini haha.

Hari ni busy juga. Dari pagi, tengahari balik lepaskan Elsa, hilang pulak. Cari. Rupanya menyorok dalam longkang. Oh Elsa. Poning Mama.

Pernah pergi mesyuarat PIBG? Saya tak pernah. Sebab Ayah saya tak pernah pergi. Motip sangat nak ikut Ayah kan. Ayah saya cikgu, tapi dia tak pernah pergi apa-apa event di sekolah anak-anak. Mesyuarat ke, penyampaian hadiah ke, persembahan ke. Saya bajet dia boring sangat pergi mesyuarat kat sekolah haha (menyedapkan hati T_T).

Tahun ni tahun keempat saya jadi penunggu kat pagar sekolah ambik anak balik. Saya suka tengok macam-macam reaksi budak-budak ni. Ada yang selamba langgar lopak air hujan dengan kasut, walaupun banyak lagi ruang nak jalan. Ada yang tudung dah senget. Semua berlari pergi pagar macamkan pagar tu nak melarikan diri ke tempat lain. Ya, saya pun sama macam tu dulu πŸ™‚ .

Ada juga saya skodeng budak nama Aina, cantik sebaya anak saya. Tapi dia girlfriend Dak Daniyal Aiman cakap. Wah kecik-kecik dah ada gelfren ye korangz. Tulah dah jadi mak-mak pulak kan fikirkan calon menantu haha. Aina ni tinggi, muka bulat, sopan-santun panggil Auntie πŸ˜‰ . Ala budak perempuan nanti dah besar terbantutlah ketinggian dia kan. Apedehal tinggi sangat sekarang hehe.

Dalam minggu ni, dua kali saya tengok budak bergaduh depan pagar. Yang sorang pergi sepit kaki kawan, sampai nak masuk dalam longkang budak tu. Yang tadi pula betul-betul nak bertumbuk dah. Saya perati je dari jauh. Bila dah over, saya sebagai bekas pengawas sekolah tersohor, terus cakap “Ni apa gaduh-gaduh ni?”. Degil pulak tu. Bila saya datang, buat muka no mercy saya tu, tau takut.. Menakutkan betul budak-budak zaman sekarang ni.

Kadang-kadang, ada orang pilih untuk buat tak tahu je kan bila mengahadapi benda macam ni. Macam malas nak masuk campur. Tapi, saya tak boleh. Saya ada tendency untuk menegur, memberitahu. Macam kalau jumpa orang tak kenal tengok tudung belakang dia terlipat-lipat ternaik, saya akan menahan diri dari tak beritahu, tapi tak boleh. Saya akan cakap, “Kak, sorry ya, tudung belakang tu ternaik”. Sebab, saya pernah lalui situasi orang tak beritahu, lepas tu balik rumah Oh My kenapa takde orang bagitahu tadi? Malu T_T.

Kadang-kadang konsep orang kampung macam anak dara satu kampung jagakan tu betul. Percintaan cara hon motor atau bunyikan loceng basikal aje okeh. Mengintai di tepi tingkap saje. Jangan nak buat perangai, banyak mata-mata memerhati. Macam dulu, Mak mesti tahu Abang Zam berkubang kat sawah, atau lastik anak orang, padahal dia tak nampak pun. Melalui mesyuarat van sayur dan meeting di pangkin waktu petang, nasib Abang Zam sentiasa di hujung tanduk. Mesti kena sedas dua lepas tu haha.

Saya cuba join PIBG sekolah tapi tak sempat atau lebih tepat saya malas macam Ayah πŸ˜‰ . Saya rasa persatuan lain yang boleh gantikan adalah persatuan ibu bapa prihatin yang sentiasa perhatikan anak orang lain, bukan anak sendiri sahaja. Kenal-kenal calon besan ibu bapa/penjaga lain.Β Menjadi kepoh itu perlu juga dalam kehidupan ini. Tapi ikut kesesuaian πŸ˜‰ .

Jumpa lagi.

8 thoughts on “PIBG sekolah terkini

  1. owh Ana…aku pun hampir seropa.

    tidak pernah hadir ke meeting pibg. tapi event2 penting anak seperti student award ke, sukaneka ke joget2 di atas pentas ke..aku wajib pergi!!

    Aku juga suka skodeng sorang anak dara namanya sarah utk abglong. tp nmpknya sarah lebih berminat pada ryan. haha…tp sarah tua setahun dr ryan & sarah mcm queen control so…aku reject…kikiikikik… ryan pun ckp dia tak suka sbb sarah garang.

    hahah
    MK recently posted…Van PutihMy Profile

  2. Hahaha.. ye aktiviti lagho biasa pergi seperti persembahan. Tapi mesyuarat tidak. Begitu banyak kesah kahwin paksa di tv, tidak kita mengambil iktibar wakaka. Happy ending kununnye. Garang xpe but notttt queen control okeh. Never πŸ˜‰
    diana recently posted…PIBG sekolah terkiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge