Kan ku curi hatimu, menyamun senyummu

Tajuk selalulah bajet puitis gini kan.. padahal isi ke laut haha 😉 .

Ini lirik lagu Pencuri, Mark Adam.

Baru-baru ni saya ada terbaca di blog Noe, dia kata, resipi kebahagiaan setiap orang tu berbeza. Bacalah buku 313 Cara Memikat ke, 418 Resipi Rumah Tangga Bahagia ke, ia macam tak begitu relevan sebab kebahagiaan ini sesuatu yang kita adaptasi dari semasa ke semasa. Saya setuju juga. Maksudnya, bahagia kita, kita yang cari, dan rasai.

Saya kenal suami saya sejak tahun dua di universiti, dah 17 tahun. Banyak peristiwa pahit manis antaranya masa mula-mula kahwin dulu takde duit, kami pergi makan roti canai, air sirap aje jimat tak sampai lima ringgit. Susah ke, senang ke, gaduh ke, baik ke, hanya 2 orang je tahu. Sampai ada Aiman, BFF saya kahwin di Pekan dan Benut, saya tak pergi sebab takde duit. Ini kali pertama bocor rahsia dulu cover line. Laila dan Normah, sekarang korang dah tahu haha 🙂 .

Bagi saya, bahagia itu apabila dia buat anda tersenyum atau ketawa, adakalanya, di hari yang anda rasa anda tidak akan mampu untuk senyum atau ketawa pun. Saya tak pasti kalau ada orang yang kahwin untuk sentiasa rasa tension, macam “OK sila buat saya tension hari ni”. Ada ke?

Sentiasa ingat moment kali pertama anda senyum dan ketawa dengan rasa itu, kekalkannya. Kalau hilang, cari (bajet Dr. Cinta wakaka).

Ya tak semua akan kekal di dunia ni, itu dah pasti, tapi kita kena mencuba. Sebaiknya.

Sekarang saya suka tengok cerita Asam Pedas Untuk Dia. Yang ini senonoh sikit berbanding Istikharah Cinta. Selalu rasa bersalah tengok cerita tv ni sebab terfikir diaorang ni tak kahwin lagi kan. Penat buat penerangan kepada anak-anak haha. Tak tengok tv masa lipat baju boring pulak, saya tengok baju, baju tengok saya. Asam Pedas Untuk Dia comel sebab heroin dia pakai tudung bawal (motip?), trailer dia comel dan lagu pun sedap (ini kriteria penting Zaiton Sameon). Penting juga tengok cerita comel begini. Teringat zaman dolu-dolu….

Jadi, lain orang lain caranya. Bahagia kita, kita yang rasa.

Kekalkan rasa cinta itu. Yang dulu tu.

Jumpa lagi 🙂 .

 

8 thoughts on “Kan ku curi hatimu, menyamun senyummu

  1. kebahagian kita hanya kita je tahu dengan cara yang berbeza la kan. ada orang bahagia kalau suami sentiasa ada di sisi 24 jam, ada orang bahagia kalau gaduh-gaduh sayang, ada orang bahagia lebih bila dan bertumbuk bagai hahahahha..
    apa pun istilah bahagia tu teringat pulak yang orang-orang dolu-dolu memang bahagia walaupun hidup dengan apa yang ada je..bahagia tu mungkin menerima seadanya..opsss bermadah pulaks
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Garis Hitam Di Perut Ibu MengandungMy Profile

  2. Pasangan kita akan membahagiankan kita waktu susah dan senang 🙂
    Saya kenal suami pun dari zaman belajar jadi kepayahan masa mula-mula berumahtangga tu dikongsi bersama dan sekarang kalau dikenang balik rasa itulah yang menjadikan rumahtangga lebih matang.
    emalinmohd recently posted…Vitamin Harga Murah Bawah RM100.00My Profile

  3. Teringat pulak kes saya ada 7 ringgit je..suami lak tengah tidur.datang sorang kawan nak pin jam duit.intai dompet suami ada 100 sekeping je..tak kan saya nak hulur sekeping tu..jadi saya bagi tau kat kawan,saya cuma ada 7 ringgit je..kawan saya tu kata ,boleh la..dah tak de sangat katanya..Allahuakbar..rasa bersalah pulak.hulur jugak la 7 ringgit tu dan malam nya kami ke rumah dia sambil bawak makanan alasan nya nak datang melawat anak dia.. tapi saya perasan mereka keluarga yang bahagia walaupun bukan dikalangan yang ada-ada.

  4. Diana: Yang penting bahagia kan walau hidup tak semewah mana. Baiknya awak pergi semula ke rumahnya 🙂
    Titan: Asam Pedas, Sabtu dan Ahad, 7 malam. Setakat ini masih tak mengecewakan.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge