I’m a big big girl…

Hai. Kadang-kadang saya rasa bersalah juga dekat anak ketiga saya, Adik. FYI, saya ada 3 orang anak, tapi yang kedua dah tiada. Jadi, saya selalu sebut dengan anak-anak saya, kita ada Aiman, Angah dan Adik. Saya beritahu Angah sedang tunggu kita kat sana, so kita kenalah jadi baik-baik sikit kan 🙂 .

Joyah ke Bedah

Anak kedua dan seterusnya ni, parents lebih relax sikit. Kalau anak pertama, anak demam sikit aje dah kelam-kabut pergi klinik bagai. Padahal budak tu nak tumbuh gigi aje. Itu belum lagi nak kena inject ke apa. Bab gambar especially. Anak pertama banyak album gambar masa baby. Scrap book pun saya buat. Adik selalu tanya kenapa takde album gambar dia? Kat phone dan laptop aje banyak.

Saya anak keempat pun macam tu. Kurang gambar. Lagipun kecik-kecik dulu hitam haha. Kakak dan Along banyak gambar retro cantik. Even Abang Zam pun. Lepas tu diaorang cerita Ayah selalu bawak pergi tengok wayang semua. Saya dan Dak Wan? Nan hado. Bukanlah maksud Ayah tak sayang (self defense haha), tapi umur pun dah meningkat, dan parents pun jadi lebih busy. Gitu.

Baru-baru ni Adik kata nak tindik telinga. Saya macam Oh My dah besar anak saya nak tindik telinga. Ini sebab tengok kawan di tadika tindik macam cantik. Dia memang suka cantik-cantik berbeza dengan saya dulu. Dia kalau pergi sekolah siap pakai bedak Carrie Junior macam tepung gomak pastu pakai LipIce. Biar bedak tahan sampai tengah hari agaknya. Sandal pun nak yang tinggi aje. Padahal saya suka pakai jelly bunny je kalau boleh pergi kerja, tapi tak boleh.

Percubaan pertama nak tindik ni pergi Dataran Pahlawan Megamall. Tapi bila amoi tu dah ready dia menikus kat kaki saya. Sape lagi pewaris drama queen kan. Saya suka je sebab risau sebenarnya. Kali kedua kebetulan terlalu kedai emas kat area rumah, dia meniskus (macam belajar sains pulak haha) lagi. Dia nak tapi takut. Saya dengan senang hati kata Ok takpe. Tak buat lagi bagus haha.

Jumaat lepas dia dah mula tanya sakit ke tak tindik sebanyak 318 kali hingga Sabtu. Saya cakap ok je macam semut gigit. Saya dulu Mak memang terus bawa tindik walaupun saya tak mintak. Tindik ni semua tak penting yang penting saya dapat naik basikal haha. Saya cakap OK nanti kita beli lollypop, masa tembak makan nanti Adik tak sakit. Dia minta saya duduk dengan dia, pegang tangan semua nanti. OK.

Sampai kedai emas, Cina kedai suruh pilih anting-anting, RM10 je untuk semua (tindik dan anting-anting). Dia friendly bual-bual ngan Adik. Sapu ubat kebas tu. Suruh tengok Papa. Adik hulur tangan kat saya kat belakang. Saya pegang. Saya suruh makan lollypop, tappp, settle. Sebelah lagi. Tak sakit pun. Rupanya alat tu terus pakaikan anting-anting ye, saya pun dah lupa haha. Kena pakai dalam 2 minggu baru bukak.

adik

Oh anak saya dah besar.

Sebagai ibu bapa kita kena lalui moment ni. Dia akan semakin besar.

Adik ni ada juga perangai-perangai saya. Hidung pun sama besar haha. Tiada mancung seludang itu uols. Cuma dia mewarna lukisan cantik. Itu more like Papa lah. Saya dulu selalu kena marah dengan Miss Tan pasal kaler kulit orang warna kuning dengan water colour. “Kenapa orang u ni, sakit kuning? U tengok kulit u, kuning ke?”. Makan dalam jugak statement dia ni. Biasalah kelas lukisan Form 3 hari Isnin, malam sebelum tu baru saya buat sambil menguap-nguap. Lepas tu kena buat balik, hmmmpffftt. Abang Zam saya artistik orangnya, lukisan dia selalu cikgu tampal di Art Zone sekolah. Nasiblah, dia bukan adik-beradik Emma Maembong, tapi saya hahaha 😉 .

Saya ingat Ayah nangis lepas kakak dan saya nikah. Sebelum tu saya pernah tengok Ayah nangis sekali aje masa Mak Uda saya meninggal. Saya sedih masa tu tapi saya tak faham.

Sekarang saya faham.

Anak kita semakin besar. Kita semakin tua.

Mama doakan segala kebaikan untuk Adik. Nanti Mama pergi cuci semua gambar dalam memory card. Termasuk yang ni. Kalau Mama tak lupa hehe.

“I’m a big big girl

In a big big world

It’s not a big big thing

If you leave me

But I do do feel

That I do do will

Miss you much”.

-Big big girl by Emilia-

Jumpa lagi.

14 thoughts on “I’m a big big girl…

  1. adik jgn mintak tindik idung ye. Titan (auntie intan) menyesal meratap nasib sbb buat perkara tak berapa pandai…hahaahah
    MK recently posted…Van PutihMy Profile

  2. teringat pulak anak saya pertama kali pi tindik telinga..dia punya nangis tu macam kena dera..tapi ajak balik tak mau sebab nak cantik punya pasal tadah jugak la telinga tu..hehhe

  3. HB: Wah bagusnya berani dia ya. Kecil-kecil mudah juga. Kalau anak lelaki berkhatan pun senang masa bayi.

    Emalin: Saya pun tak pakai sebab pakai tudung telinga tersepit. Tindik tapi tidak berguna hehe
    diana recently posted…I’m a big big girl…My Profile

  4. heheheh comel je kakak..setakat ni anak mak jemah yang sulung tu takde permintaan nak tindik telinga lagi. tapi nak cerita jugalah kat sini tentang pengalaman tindik telinga.walau tidak diminta hahaha. dulu ingat lagi cara tradisional tindik telinga, ada sorang pakcik ni memang terkenal la dengan menindik telinga orang. pegi je rumah dia nanti dia akan sapukan cuping telinga tu dengan minyak kelapa, lepas tu pin dawai tu digunakan ganti subang. ada satu lagi alatan dia guna mak jemah ingat2 lupa, lps tindik relax je balik rumah. nanti bila dah kering tempat tindik tu bolehla bukak gantikan dengan subang.scary kalau dengar masa sekarang tapi entah macamana zaman tu buat macam takde perasaan..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Kesian Kakak Mama Tak MasakMy Profile

  5. Jemah: Yelah dulu pakai lidi atau pin aje kan haha. Saya pun takde perasaan sangat, lepas kena tindik lupa terus. Pakai sekadar nak Mak happy je. Tindik kat kedai itu pun terpaksa. Actually tak berapa perlu pun sebab bertudung nanti susah kan. Tapi dah nak sangat bagikan ajo.
    Powerlah Atuk tu kan. Mesti hati kental cam doktor hehe
    diana recently posted…I’m a big big girl…My Profile

  6. Siti Rosnah: Hehe mesti dapat nanti. Bak kata Rozita Che Wan, anak pompuan ni kuat teriak @ nangis. JAdi bersedia hehe. Ye betul tu, semuanya akan jadi kenangan eh sedih lak tetibe 😀
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge