Bila terasa rindu @ homesick….

bila terasa rindu @ homesick

Cuba teka mana saya? Dari zaman dulu dah ada groufie, lepas tu pandang tempat lain @ gaya bebas kononnya haha.

Baru-baru ni terbaca artikel tentang homesick atau rindu rumah bagi budak hostel. Saya dulu masa Form 4 masuk MRSM. Tapi 6 bulan pertama tu saya homesick teruk. Memang pening mak ayah saya sebab saya selalu call lepas tu cakap nak balik. Lepas tu, bila cuti saya buat-buat meracau tengah malam cakap “tak nak balik, tak nak balik” dengan harapan ayah saya kata tak payah balik. Oh, drama queen betul kau ni haha. Tapi, saya silap. Ayah saya cikgu disiplin so dia buat don’t know jer. Pilu T_T.

Homesick ni biasa berlaku bila yang masuk asrama tu manja sikit. Saya ni taklah manja sangat, ayah saya garang aje. Bila saya masuk asrama, kakak saya masuk UKM, jadi Abang Zam tinggal sorang-sorang. Tak lama tu dia pun masuk asrama juga di sekolah lama saya. Bila saya tanya kenapa nak masuk sebab bukan best pun duduk asrama? Dia cakap, “Habis kau dah masuk asrama, sape nak gaduh dengan aku kat rumah ni?”. Oh, sayang jugak abang saya kat saya ni. Rindu kat saya tapi tak nak cakap direct haha.

Lagi satu saya terpisah dengan BFF kroni saya dari Form 1 sampai Form 3. Itu yang paling tekanan perasaan. Lepas tu masuk asrama semua orang macam gigih pergi prep @ preparation class tu. Balik sekolah, terkejar-kejar makan, solat, pergi prep, riadah, makan malam, solat, prep, supper, tido. Saya letih ikut jadual macam tu. Saya seorang yang spontaneous 🙂 . Sebenarnya, saya letih sebab takde geng, itu aje. Remaja kan, kalau takde kawan, macam nak mati aje rasanya. Saya rasa semua orang kat dorm dan sekolah saya tu membosankan. Asyik belajar aje. Tak fun langsung.

Tapi, itu semua berakhir lepas saya masuk semester kedua. Bila masuk semester kedua, saya mula kenal classmates dan dormmates. Rupanya semua kepala OK aje, cuma ramai yang homesick dulu. Saya mula join semua aktiviti sekolah, macam drama, taekwondo tournament (i ada belt kuning uols). Saya ada kawan sekepala huru-hara pergi mana-mana. Ada geng tidur kat kelas, kat surau. Saya mula ketawa secara berjemaah di kelas dan dorm. Saya hilang rindu pada kawan-kawan lama. Masa ni, jarang dah call rumah. Balik kampung pun sebulan sekali aje. Bila join program-program tu, saya kenal karakter masing-masing, rupanya best jugak dorang ni.

Sebenarnya, yang boleh ubati homesick ni adalah adanya kawan-kawan dan senior yang sekepala dan memahami. Boleh minta anak-anak yang homesick berkawan dengan orang lain, jangan nak sorang-sorang melayan sendu kat public phone telefon family. Masuk aktiviti atau kelab yang digemari. Pergi outing dengan kawan-kawan. Ibu bapa boleh bagi galakan juga, macam datang melawat ke. Tapi, ayah saya kan sekali aje dia melawat saya kat asrama. Hari solat hajat untuk SPM pun tak dapat datang. Saya sedih juga tapi cool aje sebab ada geng. Doa tu yang penting kan. Nasib SPM kau OK walau banyak main haha.

Duduk asrama ni kan best sangat. Walaupun homesick, kita belajar berdikari dan juga memahami sisterhood/togetherness. Paling best waktu black out. Pasang lilin lepas tu segala cerita hantu legend keluar. Lepas tu di asrama memang terpuji juga surrounding dia. Solat jemaah 5 waktu, makan pun 5 waktu juga, sebab tu pipi saya pau sangat masa tu (apa beza sekarang?). Kuliah Jumaat, Subuh dan Isya’, solat tarawikh, solat jemaah, tahajud, qiamullail, baca yassin semua cukup. Saya ingat sebelum Subuh ustaz mesti lagukan bacaan ni panggil kami ke surau:

“Tuhanku aku tak layak masuk syurgamu..

Namun tak upaya menghadapi api nerakamu..

Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku..

Sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu..”.

Kadang-kadang ustaz baca hingga tersedu-sedan. Masa tu lari-lari dengan member dengan telekung pergi surau di subuh yang hening rasa syahdu juga. Saya masih ingat bacaan tu dalam bahasa Arab juga. Ia masih menggetarkan jiwa, walaupun selepas 20 tahun berlalu.

Saya rasa lega juga saya dapat survive tinggal di asrama. Walaupun homesick teruk mula-mula, akhirnya saya belajar berdikari dan menguruskan diri sendiri. Saya faham bahawa kasih-sayang ibu bapa dan keluarga itu boleh dirasai walaupun berjauhan. Saya belajar balik rumah sendiri dengan travel berjam-jam. Dekat aje kalau naik kereta dari Muar ke Melaka, tapi sebab saya naik 3 bas, ia jadi 5-6 jam juga untuk sampai sebab tunggu turn bas jalan dan turunkan orang. Tapi, saya boleh merewang ke Ocean Superstore sebelah bus stand lama Melaka. Kira hip sangatlah Ocean tu dulu haha.

Walaupun hati saya berat juga nak lepaskan anak saya masuk asrama nanti, saya tahu, ia akan membentuk anak-anak saya menjadi orang yang lebih berdikari. The best part, saya dapat BFF Mak Kintan @ MK dari sana. Saya perasan, setiap kali saya belajar, Allah hantarkan kawan-kawan yang baik untuk temani saya. Alhamdulillah. Kadang-kadang kita tak perasan betapa banyak Dia kasihi kita. Kita tutup mata dan hati kita.

Saya cuba cari video youtube lagu Casey ni, tapi jumpa audionya sahaja. Saya kan suka lagu, jadi enjoylah lagu Seribu Impian dari Casey ni. Lagu ni popular zaman saya sekolah dulu.

Homesick tu OK. Sekejap aje biasanya. Masa akan menyembuhkan chehwah. Jumpa lagi.

8 thoughts on “Bila terasa rindu @ homesick….

  1. Tersedak2 mokcik. Nama mokcik disebut lagi. Haha.. bagus pengisian entry kali ni. nanti aku akan cuba ceritaka juer drpd pandangan sudut mata aku pulak.

    Aku pun sbnrnye homesick teruk juer dulu. Tapi tkde sape pun tau…. pilu… hihi

  2. cerita bab homesick ni mak jemah ada cite kelakar. kisahnya masa tu sekolah dengan rumah sekangkang kera je, ibaratkan dalam 10 minit jalan kaki. mak ayah dah ckp tak payah dok asrama la, dok umah pun dekat. tp gatai punya pasal nak jugak. maka belilah barang keperluan termasuk baldi bagai nk masuk asrama katakan…

    setiap petang mak ayah datang, bawak makanan. masa ni drama mula terjadi. kesedihan yang takk tertahan macam setahun tak balik rumah. menangis dalam kereta ko. mesti mak ayah pelik dah kenapa eh budak ni, setiap hr datang jenguk, seolah takde makna dok asrama.

    Cukup je seminggu, chow! babai asrama.. tak pulang modal mak ayah beli barang keperluan bagai nak masuk asrama…
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Susu Badan Tiada, Bukan Salah KeturunanMy Profile

  3. masa sekolah saya tak pernah alami homesick.tapi bila dah kerja baru alami benda nih..sebab sebelum kerja memang dok dengan keluarga je..heheh…sampai menangis2 nak balik..nak balik cemana kerja kat JB ,keluarga kat perak..hehehe

  4. MK: Wakaka. Kau gembira je dulu. Aku ingat aku sorang je. Dipersilakan babeh 🙂 .
    Jemah: Haha. Iyelah kita nak tapi drama, acaner tu. Bezanya, saya tak dilayan. Pilu haha.
    Emalin: Oh jauhnya. Sekolah saya dulu ramai juga student dari Sarawak. Dorang bila cuti balik rumah member-member. Disayangi semua di semenanjung.
    Diana:Wah hati kental Diana ni juga. Syabas!
    Titan: Cari Tuan nanti kitorang boleh tengok
    diana recently posted…Bila terasa rindu @ homesick….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge