Malaysia Best Blog 2015

Hai. Dah lama plan untuk menulis tentang Malaysia Best Blog 2015 ni. Cuma takde masa, sibuk dan malas pun ye haha. Effort uols nak senaraikan blog yang kita suka, lepas tu letak link URL lagi. Menulis biar ikhlas, jadi tunggu weekend baru mengadap entri ni dengan aman tenteram πŸ™‚ .

Ok, secara jujurlah, apa yang membuatkan sebuah blog itu jadi pojaan hati anda? Yang buatkan anda datang berkali-kali ke situ? Setiap orang mungkin berbeza-beza piawaiannya kan.

Kalau saya, ada beberapa kriteria penting. Antaranya:

1. PersonalitiΒ 

Personaliti ni maksudnya tak perlulah ada jawatan atau title yang hebat sangat pun. Macam lagu Shania Twain:

“So, you are Brad Pitt?

That don’t impressed me much”

Yo-yo o je tak heran kalau Brad Pitt lalu haha. Bukan, maksud saya blogger itu adaΒ pleasing personality. Mungkin dari cara dia menulis, cara dia berinteraksi dengan pelawat. Kalau muka comel tu kira bonuslah. Kadang-kadang dengan tulisan sahaja kita dapat kenal orangnya kan. Perkara-perkara sebegitu. Anda aje yang tahu menilainya πŸ™‚ .

2. Kejujuran

Ok macam saya, saya perlu melawat blog kegemaran saya apabila kepala dah tepu sangat. Saya perlu blog yang jujur mungkin kerana ia dekat dengan situasi saya. Blog mak-mak misalnya. Saya rasa lega apabila ada orang lain melalui apa yang saya lalui. Rasa serba-salah, rasa tidak sempurna. Kejujuran tu tak dapat ditipu. Bila seseorang menulis dengan jujur, kita tahu dia seorang manusia biasa, sama seperti kita.

3. Kelakar

Saya tak pasti orang lain, tapi saya suka blog yang kelakar juga. Rasa lega dan release stress. Selalunya lepas baca blog-blog sebegini, rasa lebih fresh, masalah pun boleh lupa. Kelakar tak semestinya dia tak serius, kadang-kadang entrinya mempunyai mesej tersirat juga. Benda ni juga tak boleh dibuat-buat. Ia datang secara natural. Bagi saya orang yang buat kita ketawa dengan hanya membaca itu special, tak semua orang ada kelebihan tu.

4. Info

Saya memang respect pada blog especially kesihatan yang menulis tentang fakta, sebab ia bukannya mudah tau. Orang zaman sekarang akan google apa sahaja info. Saya yang lembap berita semasa ni misalnya pernah google “apa kejadahnya gwiyomi ni” πŸ™‚Β . Blog yang mempunyai banyak info dan juga ada pengalaman sebenar penulis memang saya suka sebab ia lebih real.

Jadi, blog apa yang jadi Best Malaysia Blog 2015 pilihan saya yang saya suka sangat ni?

Anda boleh klik pada tajuk blog untuk pautan ke blog tu ya.

1. Dr. Fatin Liyana Asri

Saya follow blog si comel ni dari zaman dia belajar di Universiti Padjajaran, Bandung lagi. Saya suka gaya penulisannya yang bersahaja dan kelakar. Kadang-kadang termiss juga, tapi saya akan qada’ baca tentang percutiannya, hidup dia sebagai doktor pelatih, dan lihat gambar-gambarnya yang memang cantik. Dia muslimah stylo dan pandai membawa diri. Banyak juga blog remaja lain tapi hanya dia sahaja yang saya terus follow. Fatin kini dah bertunang dengan Dr. Anwar Fazal (penulis buku Diagnosis). Saya harap saya dapat baca blog Fatin hingga ke anak cucunya hehe.

2. SegalaCeritera.com

Saya memang suka baca cerita-cerita jadi blog ini selalu jadi pilihan. Cerita kelakar, tidak streotaip, ada elemen kejutan. Penulisnya juga bagi saya kelakar dan selamba aje. Dia punya turn around cerita tu tak dijangka haha. Saya kan selalu jadi pengarah tambahan drama tv, boleh teka lepas ni jadi apa dan apa. Tapi seriously, blog ni kita tak boleh jangka kesudahan cerita dia. Tapi awas, ceritanya memberi pengajaran. Kadang-kadang makan dalam juga. Insaf ahkak dik. Adik Aretikz, teruskan menulis ya. Ahkak follow πŸ™‚ .

3. Diana Ishak

Yang ni pun dah lama saya follow. Dia ni selamba dan jujur. Sebab tu saya memang akan listkan dalam Malaysia Best Blog 2015 saya. Tak tahulah macamana nak terangkan anda kena baca blognya dan fahami sendiri. Ada orang tak boleh terima juga mungkin nampak beliau selamba sangat. Diana ni seorang usahawan online dan offline juga. Seorang yang gigih berusaha dan kelakar. Tapi, dia ada kecenderungan menulis panjang lebar, saya selalu takde masa nak baca sekarang. Matilah kena petir dengan Diana Ishak haha. Saya sangat sukakan orang yang jujur seperti dia. Orang menyampah ke puji ke dia buat don’t know jer. Cara dia mengulas sesuatu topik tu matang. Bukan terus jump to conclusion. I loike.

4. PermataCintaku.com

Baca blog Jemah ni bahaya tau sebab rasa rindu nak mengandung lagi haha. Beliau sangat telus dan jujur berkongsi maklumat, rasa macam relax aje baca blog dia. Semua info memang fakta disulami dengan pengalaman beliau sendiri. Macam saya cakap bukan mudah menulis sesuatu yang fakta macam kesihatan dan saya hormati Jemah atas kesungguhannya. Macam saya ni lebih kepada merapu tak reti tulis fakta hehe. Saya doakan Jemah terus istiqamah berkongsi maklumat dengan semua dan mendapat balasan kebaikan yang tidak terkira.

5. Perempuan Jomblo

Blog ni bagi saya sangat jujur. Kita dapat merasa kejujuran dia menulis dengan hanya membaca. Noe kini dah menjadi penulis buku Desaturasi Merah Jambu yang merupakan kompilasi artikel di blognya. Hebat kan dengan blog sahaja boleh jadi buku sebab dia ada loyal follower @ tribe. Saya memang setia menunggu dia menulis lagi sebab apa yang ditulis biasanya benar dan tulus ikhlas. Kisah dia dan anak-anak, bagaimana dia melalui kehidupannya, kisah keluarga, kerinduan dia pada arwah ayahnya. Dalam kehidupan hari ni, kejujuran tu sangat mahal dan didambakan oleh semua orang. Saya ni kadang-kadang puitis juga orangnya (walaupun nampak sewel haha) jadi baca blog sebegini mengisi kekosongan kepuitisan yang hilang itu ( apo kobondo ayat kau ni πŸ˜‰ ).

6. Emalin Mohd

Emalin ni comel tau dia suka berkongsi tip-tip kesihatan dan juga penjagaan keluarga. Saya suka baca benda yang simple-simple juga sebab kejar masa macam panduan sediakan sarapan ke sebab sebenarnya itulah pening mak-mak nak fikir hari-hari bab makan-minum. Jadi secretary keluarga gini, mak-mak memang kena galas tanggungjawab ambil tahu semua bab penjagaan kesihatan, makanan dan keluarga secara global. Bukan sebab terpaksa, tapi sebab naluri seorang ibu tu yang sentiasa risau 24 jam sehari. Terima kasih Emalin kerana rajin berkongsi πŸ™‚ .

7. Mak Kintan

Mak Kintan atau MK ini adalah BFF kecintaan saya. Saya suka blog dia sebab saya mesti terkekeh-kekeh ketawa bab kelakar haha. MK sentiasa jadi penyeri hidup saya walaupun saya jumpa dia sebenarnya 3 tahun lepas kot, WhatsApp pun sebulan sekali. Tapi, baca update di blog rasa macam dekat aje. Dia seorang yang happy go lucky dan sangattttt jujur menulis. Takde nak cover-cover, pepoyos ke tak. Suka bersenam, maraton, masak, bercuti dan sangat sayangkan BFF dia yang lain juga. Kami banyak juga persamaan, sebab tu saya akan terus menghantui hidup dia selamanya haha.

8. Vivy Yusof

Ok ini special sebab dia biasanya menulis dalam English. Walaupun begitu, penulisan dia memang best dan natural. Sebagai selebriti, dia seorang fashionista, isteri, ibu, anak dan BFF kepada geng-geng dia. Pompuan ni biasalah suka tengok cantik-cantik khen. Dia comel pulak tu, petite je. Lama juga saya follow blog dia dari zaman dia freehair hingga dia bertudung. Dah bertudung manis sangat. Dia pemilik FashionValet, antara gedung online yang ngetop di Malaysia. Walaupun glamour, tapi dia menulis ok natural sahaja. Kadang-kadang dia rindu nenek dia, bila dia menulis tentang keluarga, ia LIVE. Saya suka!

9. Hero Borneo

Pemilik blog ini dipanggil HB seorang yang pandai menulis. Tulisannya pendek dan ringkas, aman membacanya. Baru-baru ini, beliau menulis tentang Tragedi Rusuhan Natrah, ia dikupas dengan baik bagi saya. Saya sukakan subjek Sejarah, jadi saya menghargai sesiapa yang menulis mengenainya. HB juga banyak menulis tip dan motivasi di blognya. Sebenarnya dengan blog HB inilah, saya dapat berkenalan dengan ramai blogger hebat. Terima kasih HB kerana melawat blog saya dahulu. Semoga HB terus maju jaya, murah rezeki hendaknya.

10. Oh! Duit

Blog ni istimewa kerana ia secara asasnya membincangkan tentang asas perniagaan online dan juga offline. Penulisnya Khirol Hazwan mempunyai kepakaran dalam perniagaan Ebay dan juga rajin memberi tip perniagaan kepada para pelawat blog sejak 2009 lagi. Tidak semua orang rajin berkongsi tip perniagaan, apatah lagi memberi motivasi. Nama blog pun istimewa kan Oh! Duit macam Oh Do It! Betul dalam perniagaan, ia cuma persoalan, anda nak buat atau tidak untuk dapat duit? πŸ™‚ . Tapi, biarlah dengan cara yang betul dan ada ilmu kan. Tak boleh main hentam ajer. Terima kasih saudara Khirol untuk blog yang berinformasi seperti ini.

Sebenarnya, saya mencabar diri saya menulis entri ini untuk memasuki contest SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran Oh! Duit. Hadiah pertamanya lumayan tau iaitu sebanyak RM1,500-00. Ini kali pertama, saya bangga saya cuba menyertainya. Saya bersaing dengan nama-nama besar dan mendoakan persaingan sengit dan sihat dalam contest ini untuk semua peserta. Anda juga boleh mencuba. Kalah menang adat pertandingan. Dapat no. 11 pun okey πŸ˜‰ . Berangan free jer tak apa hehe.

Kadang-kadang, kita tak perlu fikir banyak pun. Just DO IT!

Ini list Malaysia Best Blog 2015Β di hati saya. Keep on blogging uols. Jumpa lagi πŸ™‚ .

24 thoughts on “Malaysia Best Blog 2015

  1. Do Follow blog kira letak link kat nama blog tu.. sya xtahu scara detail.. tp kira dah settle sal pnyertaan diterima.. hehe.. sal ada setting yg wat link tu jd no follow..

    sob3x.. thanx kak.. sbnarnya xlyak nak masuk dalam mana2 snarai (ayat standard, haha).. bru nak beraksi setelah mahu dekat stahun berkubur blog tu.. kwan2 lama dah bnyk yg stop.. anyway.. thanx again.. huhu..
    Aretikz recently posted…Cinderella : The Untold StoryMy Profile

  2. rasa nak menangis mak jemah dapat plak tersenarai jadi sebutan blog daninali kehkeh..apapun kriteria blog yang diberitahu tadi antaranya unsur kelakar adalah juga minat mak jemah. sambil-sambil ni nak bw jugakla blog lain yg tersenarai, mak jemah kalau dah sukakan tulisan sesuatu blog mmg akan usaha sebolehnya datang bw tetiap hri sampai pemilik blog bosan hahaha
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Cara Dapat Umrah Free Tanpa Keluar Satu Sen Pun!My Profile

  3. Titan : Hehe boleh blogwalking dengan jayanya Tuan.
    Aretikz : Statement retis tu haha. Do follow tu tak tau tu yg akak tanya awak haha. Tak tau nak tanya sapa lagi. Nasib lepas :D.
    Oh terus menulis. Blogging ni kadang-kadang rasa nak stop aje kan. Rest but don’t quit. Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya wakaka
    Jemah: Pemilik blog mesti suka punyalah Jemah datang :D. Kelakar tu penting untuk release tensi.
    Sensasi2020: Terima kasih. Good luck juga ya.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  4. Hello admin, i must say you have high quality posts here.
    Your website should go viral. You need initial traffic only.

    How to get it? Search for: Mertiso’s tips go viral
    94Marion recently posted…94MarionMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge