Kini kau lupakan…

Baru-baru ni Sinar FM buat rebranding image. Saya suka juga sebab sekarang ada lagu lama dan baru. Dan mereka ada buat tagline #Harapan ke hapa trending di Twitter. Saya takde Twitter so memang tak tahu apa-apa.

#Harapan ni macam kita berikan satu harapan kepada orang lain, tak kiralah orang yang dikenali atau tidak. Senyum ke, penuhi permintaan dia ke gitulah. Apa-apa sahaja yang menggembirakan insan atau makhluk lain.

atuk

Orang yang mengajar saya tentang harapan dan jangan putus asa adalah Atuk. Dulu masa Darjah 1, periksa pertengahan tahun, saya dapat nombor 11. Gembira sangat, balik beritahu Ayah, lepas tu kena marah. “Apa yang bagusnya nombor 11 ni?”. Saya yang forever cengeng sedih sangat. Ayah memang garang sangat dulu. Tapi, Atuk datang cakap nanti usaha lagi, cuba dapat nombor 1. Nanti Atuk belikan video recorder yang kami adik-beradik nak sangat tu.

Atuk saya ni kerja bawa teksi di Singapore. Dulu, bawa ambulans so dia ada pencen di sana. Hidup kami taklah senang sebab ayah sedang sambung belajar, adik-beradik ramai, mak tak bekerja. Bila Atuk balik happy sangat, nanti dia bawa balik baju bundle Singapore cantik-cantik tau. Bila dia balik, kami mengadu nasib, nak beli itu ini. Kami memang tak kesah baju bundle ke apa, kakak saya bangga aje keliling kampung naik basikal Chopper pakai skirt cantik-cantik anak Cina Singapore punya 🙂 .

Nak dipendekkan cerita, akhir tahun tu saya dapat nombor 1 dalam exam. Saya ingat lagi saya melompat-lompat beritahu Atuk saya dapat nombor 1. Atuk terus ajak kami 4 beradik ke pekan, pergi kedai Singer, beli video recorder. Happy sangat. Kakak saya buat video recorder tu macam harta sendiri, siap ada khidmat sewakan video kat jiran lagi. Dia pergi sewa macam-macam video antaranya Freddie Krueger of Elm Street (hantu ngeri) kat pekan. Siap ada buku catatan, siapa sewa lambat pulang, kena denda. Bonzer dengan despatch boy dia Abang Zam. Business minded betul haha. Kira meriahlah rumah Atuk masa tu ramai budak datang tengok video.

Masa tu video recorder tu harga RM1000 ++ di Singer. Bila dah tua bangka ni (baru kau nak sedar diri?), baru saya tahu betapa besarnya nilai RM1000 tu 20 tahun yang lepas. Atuk saya meninggal 2 minggu lepas saya lahirkan Aiman, dengan takde sekeping tanah pun, rumah atau saving di dalam bank. Dia masih warga Singapura, dan memang dia takde apa-apa harta di Malaysia ni, kecuali kasih-sayang anak cucu dia sahaja.

Atuk saya mengajar saya sehingga saya faham supaya jangan berputus-asa. Usaha lagi walaupun kita tak tahu boleh berjaya atau tak. Kadang-kadang kita rasa letih juga, rehat tapi jangan berhenti.

Tadi, hantar Aiman ke sekolah agama, dia gembira lambai saya, “Bye Mama………”, sampai bayang dia hilang dari cermin sisi kereta.

Lepas tu, dalam kereta Abby Fana di Suria FM perdengarkan lagu ni. Teringat juga kat Ibu, Ayah dan Atuk, Nenek yang dah pergi. Lama juga saya tak kirimkan doa untuk mereka di sana…

p/s: jangan tonton video, hayati lirik lagunya

Atuk, semoga tenang di sana. Terima kasih untuk harapan dan kasih-sayang yang diberikan.

Sentiasa beritahu orang yang anda kasihi, anda kasihi mereka. Kita tak tahu berapa banyak masa yang kita ada.

#Harapan

8 thoughts on “Kini kau lupakan…

  1. Video dekoder.. kenangan dulu2.. zaman tape memang legend.. nak tengok balik terpaksa tunggu kena rewind.. hehe..

    Macam kita dengan Allah, kita sentiasa berharap sesuatu dari-Nya.. cuma terkadang manusia banyak yang putus harap dengan Allah..

    Semoga Atuk akak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
    Aretikz recently posted…Cinderella : The Untold StoryMy Profile

  2. Diana: Tq. Ya semua cucu memang ingat dia insha Allah 🙂 .
    Aretikz: Yelah patutnya sebut video player ke dekoder ya, akak main hentam aje. Kakak akak terer repair tu guna minyak wangi kalau tersekat haha.
    Betul, harapan memang pada Allah shj.
    Titan: Lagu ni lagu lama, mengusik jiwa juga 🙂
    Jemah: Jemah, Atuk saya pun ada vespa juga. Saya rasa sape penah naik vespa dengan atuk memang tau feeling tu kan. Feeling bahagia, tak risau apa-apa, Atuk ada T_T.
    Emalin: Atuk saya ni garang dengan orang lain, tapi bukan dengan cucu dan haiwan. Memang rindu jadi saya songlap gambar-gambar lama dia 😀
    Jemah: Dulu tak tau nilai, tak tau dia ada duit ke tak ke. T_T
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge