Hari yang gelap, kini sudah terang

“Hari yang gelap, kini sudah terang

Aku adikmu, dan engkau abang….”

Yang engkau ni dah kenapa? Gembira sangat nak menyanyi-nyanyi 🙂 .

Gembira anak dah sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah sahaja yang membalasnya.

Actually, semalam badan dia mula panas balik sejak senja. Tapi, sebab dah buah test darah petang, denggi negatif, Papa dia cool. Saya? Mana boleh cool. Tengok anak menggigil-gigil atas katil, badan panas sangat dan tak selesa. Doktor cakap sebab dia dah besar, 10 tahun, bila makan ubat yang minum tu dosnya tak kuat. Patutnya makan pil, tapi Aiman ni tak reti pulak. So, itu sebabnya demam dia berbalik-balik. Tuamkan kepala dia dengan towel lembab, baring sebelah dia. Menitik juga air mata saya. Macam mana nak bantu dia. Tak tau nak buat apa lagi. Kuatkan aircond, badan dia masih panas sangat lagi. Rasa hopeless sangat.

Sampai saya berdoa ya Allah, jika saya tak boleh menulis lagipun tak apa, tapi sembuhkanlah anak saya. Ambillah apa-apa jua benda yang memberi kegembiraan kepada saya, asalkan anak saya sihat.

Sebagai penyanyi syahdu-syahdan no 1 @ Zaiton Sameon, dah tentulah saya teringat lagu Hattan masa tu:

Ibu, mengertilah

Aku sengsara

Lemas berendam air mata

Rendang kasihmu

Dalam gelora

Jadi peneman selamanya….

Jika kita pernah terasa hati dengan ibu kita, ingatlah, ibu kita sangat menyayangi kita hingga tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Tapi, ingat juga, Allah lebih menyayangi kita lebih dari ibu kita. Jadi, bayangkanlah kasih sayang Allah tu 🙂 .

Syukur pagi ni, Aiman ok. Rasanya dia bertindakbalas dengan antibiotik baru juga semalam tu. Malam ni tak pasti. Dah 3 hari cuti sekolah pagi, petang ni saya akan mula hantar ke sekolah agama. Saya cuti hari ni, jadi Lisa Surihanirumah, saya sukaaaaa sangat, cuaca panas, jadi saya mencuci semua comforter, cadar bagai. Sebab tu, guna tajuk entri lirik lagu, hari yang gelap, kini sudah terang tu tadi hehe…. (selalu nak justify tajuk kau yang huru-hara tu haha).

Oh, terima kasih kepada Adik Aretikz dari SegalaCeritera.com yang senaraikan blog ini dalam entri beliau Malaysia Best Blog 2015. Terharu ahkak. Tak layak pun sebenarnya. Domou arigatou gozaimasu. Sebenarnya, awak yang sangat talented dan blog awak yang layak untuk Malaysia Best Blog 2015. Best of luck ya. Teruskan menulis kalau itu yang memberi kebahagiaan kepada awak. Ahkak nak pergi nangis belakang pintu jap sebab terharu 🙂 .

Jumpa lagi.

7 thoughts on “Hari yang gelap, kini sudah terang

  1. Alhamudulillah Aiman dah bertambah sihat. Hati ibu mana tak gembira kalau anak sihat.
    Tahniah juga sebab tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015. Semoga terus cemerlang dalam penulisan blog..
    I’ll follow you (boleh gitu? 🙂 )

  2. Bila anak2 sakit memang perasaan ibu2 ni biasanya macam tu la..Berdoa tak putus2 mintak anak segera sembuh..

  3. salam..alhamdulillah..aiman dah ok. moga cepat sembuh ya..

    saya pun terjumpa blog ini dari artikel Aretikz tu. Tahniah..sis. Selamat maju jaya dalam apa juga bidang… dan salam perkenalan.. 🙂
    ctfand recently posted…WW #37: Taman Mini InspirasiMy Profile

  4. HB: Terima kasih.
    Aretikz: Pintu kereta haha. Seganlah sebab baru 3 bulan jagung :D. Papepun terima kasih ya.
    CT Fand: Terima kasih. Haha banyak jasa artikel dia ni bagi saya backlink. Salam perkenalan 🙂
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge