Nur Elsa Sofia Rodriguez

Cara Penjagaan Kucing

Lihat Elsa yang merenung masa depan yang kelam dan tak pasti haha..

Ya, ini nama terbaru kucing saya, Nur Elsa Sofia Rodriguez.

Kau mampu nak namakan 2 princess Disney sekali dekat kucing? (Elsa dan Sofia The First).

Tapi, kenapa Rodriguez?

Sebab, nanti orang tanya, “Dia ni hitam, kenapa namakan Elsa?”.

“Hello, kan nama keluarga dia Rodriguez, maknanya darah campuran okeh”. πŸ˜‰

Oh MK nak namakan Annour Ersalina, sedap betul. Lain kali boleh contact kau Atan untuk khidmat nasihat.

So far, Elsa atau saya panggil Dak El, semakin sihat. Ubat cacing pun dah pandai makan. Cuma, tak boleh mandikan selama 2 minggu, kesian jugak. Krim pulak kena sapu warna hijau, ubat mata lagi. Dah tentulah Papa yang jadi doktor hihi. Mama ni hanya bukak sangkar, biar main golek-golek kat pasir, buat susu (ye dah beli susu uols) dan bagi makan. Dak El juga pandai buang air kat tepi pokok depan rumah. Sanggup tahan dari malam, bila bukak pintu sangkar terus gigih lari ke situ sebab ada pasir. Well behaved I like. Macam Ben-ben yang dulu juga. Pandai ambik hati dia ni. Lepas tu, dia tertinjau-tinjau kucing lain seperti Dak Ibu, Dak Kiki, Dak Gemuk, Dak Tempang (Dak singkatan orang Melaka bagi Budak). Kira nak bermesra lah tu. Tapi, dorang tu bukan boleh percaya sangat. Depan mesra, belakang disepuknya budak-budak kecik ni. Biasaaaaa dia.

Makanan pulak dah dibeli wetfood nak makan kibbles (macam biskut tu). Bagus juga penjimatan haha. Low maintenance ni memang Mama suka. We no Che’ Ta ok πŸ™‚ . Oh MK nak tengok buku vaksin dia. Papa gelak tengok lepas tu cakap, “Ingatkan dah ada baby tua (Adik) takdeΒ dah buku-buku ni, sekali ada lagi..”. Memang pandai tau klinik vet semua ni sebab pandai buat branding subject matter. Secara automatik, kita anggap macam baby, sibuk ingat, oh hujung bulan ada vaksin. Dapat pulak si jakun macam ni, gigih haha. Sebelah klinik ada hotel kucing, lepas tu jual barang-barang kucing comel lagi. Adoi, kenalah shopping nanti kan. Adik sentiasa concern tentang permainan kucing takut dia bosanlah, mainan ok, jangan suruh beli baju sudah. Kesianlah kucing pakai baju. Kita pakaikan tudung kadang-kadang takpe haha..

cara menjaga kucing

Ala gelap pulak. Klip rambut Ica tutup no. daftar klinik. Motif?Β 

Sekali pergi hari tu RM68 untuk rawatan kutu, sakit mata, fungus dan entah apa-apa lagi. Oklah tu. Itupun ubat mata dah habis kena beli sendiri di farmasi. Kalau ada mungkin RM70 lebih juga. Mama sedia berkorban 3 helai shawl bulan ni untuk kau Dak El. Vaksin pulak nanti RM40. Biasalah, kena tanya awal-awal. Karang dibuatnya RM250 ke takke naya.

Ada juga yang komen kata suka kucing tapi tak dapat nak pelihara. Oh, no worries. Saya pun bela baru-baru ni aje sebab anak suka. Tapi, ada cara yang kreatif untuk pencinta kucing yang tak dapat pelihara. Boleh baca DI SINI. Kita boleh menyayangi kucing di mana-mana asalkan ada bekal. Baca tau πŸ™‚ !

Sebenarnya, memang bagus juga vaksin ni. Doktor cakap kucing pun macam baby, apatah lagi kucing terbiar macam ni. Saya memang tak sampai hati anak merengek nak kucing, nak kucing atau rindu kucing ke. Jadi, saya berkorban sedikitlah part ni. Semoga mudahlah urusan Nur Elsa Sofia Rodriguez ni dengan keluarga saya. Doakan ya.

cara menjaga kucing

Jumpa lagi.

8 thoughts on “Nur Elsa Sofia Rodriguez

  1. Emalin: Haha over kan. Jumpa dekat TNB.
    MK: Hihihi. Adoi aah kan. Haruslah 7 dulang hati nyamuk. Kau ingat senang nak pinang puteri Elsa? πŸ˜›
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  2. Aretikz: Haha. Yelah Rodriguez tu pemain bola ye. Akak kenal Apek aje haha. Patutlah terlintas. Mesti akak ada nampak nama dia kat jersi selalu ni haha πŸ˜€
    Jemah: FYI, perut dia dah bulat sangat. Harap cepatlah 2 minggu nak mandikan dia πŸ™‚
    diana recently posted…Hari yang gelap, kini sudah terangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge