Benda paling sukar untuk ibu

Hai.

Saya ada masa 1/2 jam sahaja untuk taip di lunch time ni. Biasanya lunch time saya uruskan anak balik sekolah. Tapi Aiman demam panas dari hari Sabtu. Ia memang mengejutkan kalau dia bangun pagi, lepas tu tidur semula. Biasanya, bateri dia memang tahan lama. Bangun pagi, tahan sampai 10 malam. Adik pulak bergantung, kalau cukup korum, tahan juga sampai pukul 8 malam.

Bila demam, anak-anak akan makan ubat dan tidur. Hari Sabtu bawa juga pergi kenduri di kampung. Hari Ahad lepas makan ubat, dia duaorang tidur dari tengahari sampai petang. Saya buka laptop ingat dapat blogging dengan jayanya, tapi tak, takde idea pulak. Buka dan tutup laptop. Saya rindu pulak orang lari-lari sebelah saya. Adik yang akan tiba-tiba cakap “Cakkk!”. Saya rindu abang dengan senapang dia main tembak-tembak kat sofa sebelah saya. Saya rindu saya stress haha.

Saya rindu orang ketawa mengekek sebelah saya. Nanti saya marah konon nak konsentrasi, dia dua orang masuk bilik. Lepas tu ketawa dalam bilik pulak. Rumah bersih takde mainan sepah sikit pun. Saya sapu 4 kali lepas tu mop. Ok nak buat apa lagi ni?

Bila malam, badan Aiman memang panas. Dia ni memang susah demam, tahun lepas kedatangan penuh ke sekolah. Tengok dia menggigil kadang-kadang menitik air mata dia. Sakit kepala tak boleh tidur. Dah lama juga sejak Adik baby, saya jaga anak sakit waktu malam. Kalau masa Aiman baby dia selalu sakit. Orang kata yang selalu sakit masa kecil, dah besar mudah jaga. Mungkin juga. Rasa nak tukar kepala saya letak kat badan dia. Kalau bolehlah.

Isnin, the hardest part, saya kena pergi kerja. Walaupun office saya flexible, tapi saya ada tanggungjawab juga. Selasa pun sama. Hardest part being a mother, tinggalkan anak sakit. Saya memang ambil half day leave, office saya alhamdulillah family friendly. Jika ada ahli keluarga yang sakit, selesaikan kerja, dan balik. Itu sahaja.

Malam tadi Aiman masih demam panas, walaupun siang dia cargas aje. Dan saya mula risau denggi semua ni. Dia main dengan Dak El macam Dak El tu sebaya dia. Lari, kejar, baling bola. Macamkan Dak El tu boleh buat sepakan. Yang Dak El pulak mengekor Aiman. Happy sangat dua-dua ni. Yang Adik buat tali ikat dekat kotak ubat mata, Dak El kejar. Dia ni memang sentiasa fikirkan pasal permainan aje haha. Takut sangat Dak El tu kebosanan.

Kadang-kadang, kita tak sedar, keriuhan, kecargasan, kesibukan, keinterruptan (pencemaran bahasa haha) orang sekeliling kita, itulah kebahagiaan kita, yang sebenar-benarnya.

Semoga anak-anak saya sihat. Amin

9 thoughts on “Benda paling sukar untuk ibu

  1. Jemah:Betul tu. Tiba-tiba je kan tak sihat nervous kita dibuatnya. Lega kakak dah ok. Alhamdulillah.
    Aretikz: Bapa pun sama tapi lebih cool, sebab mak-mak kecut perut. 🙂
    Ikhwan: Ibu/bapa/penjaga semua sama kan 🙂
    Emalin: So far OK. Office memang supportive tapi tulah, tetap rasa nak duduk rumah juga kan, kalau boleh 🙂
    Tq semua
    diana recently posted…Hari yang gelap, kini sudah terangMy Profile

  2. saya juga selalu terperangkap dalam situasi ini..mujur bos sekarang sangat memahami.. kata2 yang dia selalu ulang2..”anak kita…kita sebagai parents yang kena jaga, orang lain takkan peduli dah..”. memang sangat mengutamakan kebajikan staffnya..
    ctfand recently posted…WW #37: Taman Mini InspirasiMy Profile

  3. CT Fand: yelah syukur dapat majikan yang memahami. kadang-kadang itu sebab kesetiaan staf pada majikan juga 🙂
    En Titan: Ye selalunya macam tu dari hari pertama tinggalkan anak utk bekerja. Kena ditelan juga 🙂
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge