You Are My Favorite Hello

you are my favorite hello

Post ini istimewa untuk harijadi kawan saya, Intan @ MK. 14/1/2015.

Saya tulis lebih awal sebab anak dah mula sekolah, bukan anak sahaja, saya pun sedang menyesuaikan diri T_T.

Saya kenal MK bermula dari Tingkatan 4. Dia yang paling cantik di dorm, blok, sekolah. Saya selalu dengar dia ketawa dari aras bawah asrama. Bukan mengilai tapi ketawa gembira tulus yang semua orang boleh rasainya. Happy go lucky sangat. Selalu dapat surat nak jadi kakak, abang angkat, boyfriend, skandal (Elly & Den haha) kat sekolah. Dulu selalu ada program “Request” budak koperasi buat, boleh pilih kek/buah/bunga hantar pada orang yang kita minat secara rahsia. MK tak cukup tangan dapat gift. Pandai betul budak koop ni cari duit haha.

Saya? Saya berlawanan sangat. Saya yang kalau ke mana-mana harap takde orang kenal. Harap dapat kawan yang baik dan tak pelik aje dah cukup. Tak glamour pun tak apa. Saya hu-ha-hu-ha dengan orang yang saya percaya sahaja. Tak pernah terfikir pun akan berkawan dengan MK ni. Sebab dia memang glamour, lepas tu saya ingat dia berlagak sikit (pengakuan maut haha). Saya pakai tudung pun senget masa tu, MK pergi kelas pakai lipgloss okeh. Kira memang jelita zass sangat dia ni dari dulu 🙂 .

Masuk Tingkatan 5 bilik saya sebelah bilik dia. Dan saya tak sangka MK akan jadi kawan baik saya. Banyak sangat memori zaman sekolah. Tapi saya takde gambar dia masa tu (hantuk kepala ke laptop). Yang saya ingat bila saya dengan dia, kitorang akan ketawa dengan lawak-lawak bodoh, yang kitorang aje faham. Sampai sekarang, kalau baca blog dia, saya akan tahan ketawa kat office. Sampai berdekit-dekit tahan (ada ke perkataan berdekit?). Takpelah janji korang faham. Kalau sedih pulak, memang syahdu. Biasa sedih sekejap aje. Lepas tu ketawa semula.

Atan, dalam banyak-banyak perkara kau buat di dunia ni, aku sangat/paling terharu sampai nak nangis bila kau komen di artikel aku yang dulu tu (you know which one). Kau macam tanpa segan-silu beritahu semua orang, “Hey, penulis amatur ini kawan saya!”. Rasanya kau tahu betapa aku ni suka sangat menulis, yang tanpa segan-silu menghantar artikel walaupun takde apa-apa ilmu. Kau yang ajak aku blogging dulu. Ingat lagi kita gelak baca blog masing-masing. Pasal resepi, stress, malas mak-mak, lepas tu kau tak blogging, aku pun berhenti. Sebelum mula blog ni, aku baca blog lama tu sampai mengalir air mata. Blog lama dah ada 50,000 lebih viewer. Ada satu resepi 10,000 view. Yang bab Aiman bersunat tu top search juga waktu cuti sekolah. Blog tu memang satu kenangan yang sangat berharga bagi aku. Sangat-sangat.

Atan, kalaulah satu hari nanti, aku terlupa kau, dah pasti sebab nyanyuk atau amnesia atau apa jua gejala lain, tak perlulah sedih. Datang jumpa aku, give me a hug, dan buat aku ketawa lagi. Aku rasa aku akan cukup gembira lihat kau ketawa dan hidup bahagia. Lupa tak apa, memori tu ada di sana. I think I will always like that pretty crazy girl 🙂 .

Dan, kalau aku takde lagi, if you have the chance to meet my kids, jumpa diaorang dan cakap, “Mama awak sayang Auntie (nak bahasakan diri kakak pun boleh, sukahati), dan sangat sayangkan kamu juga. Sangat-sangat”. May we all meet again in Jannah.

you are my favorite hello

Yang kau ni dah kenapa nak bagi wasiat. Motif? Tapi, memang ikhlas, semoga aku berkawan dengan kau bukan di dunia sahaja, tapi sampai ke sana nanti.

Berkenalan dengan kau, buatkan aku rasa kecil sangat sebab Allah masih sudi pinjamkan MK untuk tempoh yang sangat lama 1996-2015. Semoga kita hargai saat-saat ni selagi diizinkanNya. Tahun ni kita jumpa okeh. Maafkan aku yang pemalas, penakut drive ke KL ni. 2015 kita jumpo kek Somban yo dengan Matun. Ke nak aku join marathon? Pitam.

Glad I had the chance to say “Hello/Hai Intan, kau jiran aku ke?” – somewhere in 1996!

Happy Birthday Intan. Semoga sentiasa bahagia bersama insan tersayang, di dunia dan akhirat. Semoga kau dan Matun bahagia juga.

you are my favorite hello

p/s: Aku takde apa nak kasi, hanya entri ini sahaja. Love ya! -Bajet Cecilia Ahern hehehe 😉

11 thoughts on “You Are My Favorite Hello

  1. Oh Em Ji!!!!

    Hadiah paling terhebat dalam sejarah hidup aku! Terima kasih banyak2 Ana. Terharu aku sedikit terkejut pun ada. Disebabkan ko cerita agak melebih-lebh ajinomoto nye…hahaha. Tak sangka aku nak kwn dgn ko la gitu gini… yennadey?! Malu I. Terpaksa buat-buat selsema sambil cepat2 ambik tisu sebab terkeluar air mata sayu masa baca entry ni. Nanti kang colleague aku pelik pulak pehal tetiba nanes lak minah ni. Wasiat ko tu buat aku rasa nak lari marathon ke melaka skrg jugak nak peluk ko. Sobsss

    Allah tau ko kawan yang baik yang memang ditakdirkan utk aku. Pasal tu lah tiba2 masa kita form 5 aku dgn dekya pepandai je pindah bilik sblh bilik ko tu. Padahal takde sesiapa pun suruh ok. Kami pepandai buat keputusan sendiri. Heyy…kita senior…kita lah hero. Dah la bilik tu seram. Sebab dah lama takde penghuni. Lepas tu tombol pintu pun takde. berlubang je. Tapi kami tak sedih. Kami menggunakan lubang itu sebagai alat utk teropong rumah warden. Supaya senang nak menyorok waktu malas pergi kuliah subuh. Tah kenapa kami buat kerja gile pindah jugak ke bilik tu hihi.. rupa-rupanya sebab disebelah bilik tu ada kawan yang baik yang bercahaya bersinar mcm matahari… 🙂

    Anyway Ana…sblm aku membebel panjang2 sgt sampai esok pun tak sudah2. Terima kasih sekali lagi atas penghormatan ini(Entry ini). Aku sayang ko & Aiman & Icha.

    Muackkksss!!!

    Thank you Allah sebab beri pinjam Ana dalam kehidupan & memori-memori indah saya.
    MK recently posted…Road Trip Krabi, Phuket – Part 3 (Thai Food)My Profile

  2. Aku taip pun nangis Atan. Sebab tak semua orang faham aku ni. Sobs.
    Yang bab bilik tu aku gelak gile ni ha. Yelah bilik tu seram kan. Aku terlupa wakakak. Orang lain rilek jer rebut2 pergi mandi, ko dgn fara rilek aje “buat apalah nak berebut-rebut”. haha adoi rindu.
    Tq atan jadi kawan aku. actually aku nak taip panjang2 krg orang menyampahi (david teo) pulak.
    Sorry kalau ada salah dan silap. Mulut aku kdg2 memang takde insurans.
    Aku rasa aku akan terus menghantui hidup kau selamanyew. Love ya.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  3. Jemah : Betullah. Actually jarang je jumpa/ contact MK ni tapi memori tu yang mahal. Kadang2 tengok budak remaja sekolah, saya cakap dalam hati, enjoy this day dik, you re going to miss it. Moralnya, enjoy every day 🙂
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  4. Emalin: Terima kasih. Saya takde apa di dunia ni nak diberi cuma tulisan saya sahaja 🙂 .
    Eh mestilah ada tu. Kadang-kadang tak perlu entri, doa tu yg paling penting kan. Thnx selalu datang sini.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  5. Ana tipuuuu…dia kata takde bagi apa2. tapi dia bagi birthday card juer!!! Weeeeee…suke! Sampai boss aku pelik apsal ramai sgt posmen datang semalam (sebab husband pun hntr posmen dtg)…haha..pastu terus boss terpaksa belanja makan bila tau smlm birthday aku.

    Disebabkan card Ana lah boss blanje makan sushi mahal. isk isk….tengkiu Dak Ana!!!!
    MK recently posted…Road Trip Krabi, Phuket – Part 3 (Thai Food)My Profile

  6. ehehe. sebenarnya kan nak bagi eyeliner marykay, lepas tu out of stock, lepas tu aku tak tau brand lain haha. Iyelah baca kau kat turki takde eyeliner sedih okeh. best nyo makan sushi, kau seperti aiman, sushi fan 🙂
    diana recently posted…You Are My Favorite HelloMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge