Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Month: January 2015

Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema

31/01/201509/06/2017

Macam serius je tajuk kan, Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema πŸ™‚ . Saya bekerja menulis sesuatu yang formal setiap hari, jadi di blog saya mengelak juga tulis sebegitu. Orang juga suka ingat saya seorang yang serius, sebenarnya saya sangat mudah ketawa. Mak suka cakap dulu, “Ketawa, ketawa, kejap lagi nangis!”. Oh Mak, tak supportive langsung hehe πŸ™‚ .

tip jaga kucing selsema dan sakit mata

Susah sangat nak ambil gambar Elsa ni. Aktif sangat. Rantai tu Adik yang pilih sebab takut orang curi kununnye

Lama tak cerita tentang Elsa kan. Ingat saya cerita tentang dia di sini. Kira dah dekat 3 minggu juga kami bela dia. Minggu pertama dia ok, semakin sihat. Bila dah sihat, kami semua ni degil, pergi mandikan dia. Padahal doktor dah pesan, JANGAN! Sebenarnya, bila pelihara dia dalam rumah, saya pula macam kena asthma, nak bernafas macam sempit. Perkara ni dah berlaku dari zaman Ben lagi. Sebab itu, kucing semua dipelihara di luar sahaja. Ingatkan bila mandikan, dia bersih, jadi saya pun tak alergik lagi.

Bila dah mandikan, memang bersih. Kembang-kembang bulu dia. Tapi, dia kena selsema semula. Beberapa hari lepas, mula selsema @ berhingus kuning. Kesian pulak. Nak bawa ke klinik takde masa. Jadi, Jumaat saya ke branch office, bawa dia ke klinik. Tinggalkan terus di sana dari pagi, petang baru jumpa doktor. Oh, mata dia pun macam merah-merah sakit mata teruk. Kesian betul tengok. Padan muka kau degil sangat nak mandikan haha….

Jadi, bila jumpa doktor kucing, penerangan dan ubat pun diberikan.

tip jaga kucing sakit mata dan selsemaIni ubat flu @ selsema uols

Ubat diberi dalam picagari macam ni, jadi kita terus inject sahaja. Pegang belakang tengkuk kucing, dan acukan ke mulut. Bila dia bukak mulut, terus tekan sedikit demi sedikit. Saya dulu berangan jadi doktor vet, apalagi, inilah masanya πŸ˜‰ .

tip jaga kucing selsema dan sakit mata

Dalam botol putih tu antibiotik, Terramycin adalah eye ointment sakit mata

Masa doktor cakap, antibiotik letak dalam peti sejuk ya. Saya fikir wah ini macam antibiotik anak hehe. Lepas tu bila balik simpan dalam peti sejuk rasa pelik pun ada. Oh kena campur dengan peti sejuk sendiri ke. Terus terfikir, “kau Elsa, kalau tak sayang Mama, memang tak patut. Ubat kau, letak dalam peti sejuk lagi”.Β Jangan risau ya, saya ni clean freak juga, masuk keluar ubat dalam peti, siap cuci tangan dan botol tu sekali dengan handwash cream hehe. Lepas tu bungkus dengan dengan plastik lagi. Dah habis pun, lega πŸ™‚ .

Antibiotik tu bagi guna picagari juga. Eye ointment tu jenis yang salap mata kita masukkan dalam kelopak mata tu. Yang bila masukkan, mata jadi kabur, kita jadi kecewa tu. Ngeri betul kan sakit mata teruk macam tu. Nak sujud pun sakit kepala. Cara masukkan dekat kucingΒ sama aje, sapukan aje kat mata dia tanpa belas kasihan. Nak sakit ke, nak sihat πŸ˜‰ . Salap mata ni anda boleh beli di farmasi juga. Pandai-pandai cari ya.

Kalau kucing tak sihat begini, doktor sarankan:

1. Jangan pelihara di luar rumah, kalau boleh di dalam bilik/rumah.

2. Kat luar pun cuaca panas/ tak menentu, jadi sakit mata dan selsema sukar nak elok.

3. Jangan biarkan dia bergaul dengan kucing lain terutama stray cats.

4. Jangan mandikan anak kucing sehingga divaksinkan. Lepas vaksin pun, tunggu seminggu lagi.

So far dah sehari guna ubat-ubat ni, Elsa dah OK. Kalau sebelum ni saya pelihara di garaj, dah bawa masuk ke dalam rumah. Walaupun ada gangguan makhluk hitam gigit kaki waktu tengah mengemop, dan renungan makhluk hitam di tepi waktu tengah solat, saya pasrah. Elsa ni aktif juga, berat dia dah 1kg, dulu 750g aje (2 minggu lepas). Dia juga pandai berdiri-berdiri tu bila main, kadang-kadang fikir ada sedara-mara dog ke kau ni haha.

Sekarang saya bagi makan Friskies ni dan Whiskas wet food aje. Umur 1 bulan berat 1 kg, oklah kan. Ada juga tengok Royal Canin tu tapi nanti dululah. Harga satu beg tu boleh beli 2 helai shawl Terbaik Dari Kebun uols. Tapi teringin juga nak kucing cantik, gemuk, debab jadi nanti akan dimesyuaratkan dulu πŸ™‚ .

tip jaga kucing sakit mata dan selsema

OK, kepala saya pun dah berat ni. Kesimpulannya, kalau kucing macam sakit teruk, cepat bawa ke klinik. Treatment macam ni RM62 so saya rasa berbaloi juga sebab dia dah nak sembuh dah. By the way, kucing lama saya Ben, rupa dia macam dalam gambar beg Friskies tu. Iyelah, mukanya memang sedikit kedesaan bukan pan asian cam tu, tapi macam tu lah warna dan rupa dia T_T.

Vaksin pertama Elsa dijangka 2 minggu lagi. Kena sihat betul baru boleh divaksinkan. Macam baby juga πŸ™‚ .

Nanti lain kali saya share lagi Tip Jaga Kucing untuk newbie macam saya ya. Bye.

Nak tahu harga vaksinkan kucing KALI PERTAMA di klinik haiwan? Baca entri saya DI SINI.

–>Tak sempat pergi klinik tapi kucing dah sakit mata? Baca TIPS saya DI SINI.

p/s: Hai, baru belajar jaga kucing macam saya dan suka tengok keletah dia? Baca “8 Keistimewaan Memelihara Kucing” KLIK SINI.Β 

26 Comments

Minah Speku(lasi)

30/01/2015

Rasanya semalam semua dah tahu tentang ending MH370 tu kan.

Saya dengar desas-desus di WhatsApp dari pagi tentang pengumuman, tapi saya pilih untuk tak mengambil tahu.

Saya ada satu tabiat denial, bila berlaku sesuatu yang saya tak suka, saya akan buat tak tau sahaja. Mengambil masa untuk mengabsorb sesuatu kejadian. Ini tebiat orang degil. Kadang-kadang bagus juga. Saya happy aje padahal orang lain tengah sedih πŸ˜‰ .

Masa kes MH370 saya ingat ia Jumaat juga, saya kena travel seperti hari ni, balik terus terpaku depan tv tunggu kot-kot ada tersesat ke, terjumpa ke. Ada beberapa tragedi sepanjang hidup yang saya ingat. Antaranya, Kondo Highland Towers runtuh, lepas tu tanah runtuh yang tenggelamkan banglo tu. Isteri, anak, cucu dia meninggal. Jeneral or kapten tu hidup di sebalik runtuhan. Saya simpan keratan akhbar banglo runtuh tu bertahun-tahun sampai berlipas, sebab terfikir, bagaimana dia meneruskan hidup, tanpa isteri dan orang yang dia kasihi.

Kita semua dengar macam-macam spekulasi. Yang kawan punya ayah punya member dia pilot MAS, cakap sekian. Baca 38 teori kehilangan di facebook. Yang adik kerja di MAS cakap begitu. Yang kawan ke Perth bertemu pasukan penyelamat beritahu begini. Semuanya spekulasi, walaupun nampak benar. Dalam undang-undang dipanggil hearsay evidence, atau keterangan dengar cakap. Keterangan sebegini memang takkan diterima di mahkamah.

Saya cakap dengan Aiman, ingat semua ni. MH370, MH 17 ditembak, banjir di pantai timur. Aiman akan ingat ni sampai bila-bila. Dulu dia buat poster MH 370, please come back home, tampal di pintu bilik. Ia tertampal di situ lama juga, sampai saya tanggalkan.

Tak dapat dibayangkan perasaan mereka yang kehilangan.

Tapi, ia melegakan, real soothing untuk mengetahui, hari pertemuan anda dengan mereka yang anda kasihi semakin dekat. Setiap hari, ia berkurang sehari lagi.

Setiap hari juga, anda tahu, satu hari nanti semua rahsia akan diketahui juga. Insha Allah.

Ia sangat melegakan mengetahui DIA sentiasa ada di sana untuk kita. Masih mendengar meskipun sudah mengetahui segala-galanya.

Jadi, saya akan berhenti berspekulasi. Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Satu hari nanti, kita pasti akan mengetahui rahsia ini juga, jika diizinkanNya.

Jumpa lagi. Selamat bercuti. Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini. Saya menghargainya πŸ™‚ .

11 Comments

PIBG sekolah terkini

29/01/2015

Tak sah kan sehari tak menulis kat sini haha.

Hari ni busy juga. Dari pagi, tengahari balik lepaskan Elsa, hilang pulak. Cari. Rupanya menyorok dalam longkang. Oh Elsa. Poning Mama.

Pernah pergi mesyuarat PIBG? Saya tak pernah. Sebab Ayah saya tak pernah pergi. Motip sangat nak ikut Ayah kan. Ayah saya cikgu, tapi dia tak pernah pergi apa-apa event di sekolah anak-anak. Mesyuarat ke, penyampaian hadiah ke, persembahan ke. Saya bajet dia boring sangat pergi mesyuarat kat sekolah haha (menyedapkan hati T_T).

Tahun ni tahun keempat saya jadi penunggu kat pagar sekolah ambik anak balik. Saya suka tengok macam-macam reaksi budak-budak ni. Ada yang selamba langgar lopak air hujan dengan kasut, walaupun banyak lagi ruang nak jalan. Ada yang tudung dah senget. Semua berlari pergi pagar macamkan pagar tu nak melarikan diri ke tempat lain. Ya, saya pun sama macam tu dulu πŸ™‚ .

Ada juga saya skodeng budak nama Aina, cantik sebaya anak saya. Tapi dia girlfriend Dak Daniyal Aiman cakap. Wah kecik-kecik dah ada gelfren ye korangz. Tulah dah jadi mak-mak pulak kan fikirkan calon menantu haha. Aina ni tinggi, muka bulat, sopan-santun panggil Auntie πŸ˜‰ . Ala budak perempuan nanti dah besar terbantutlah ketinggian dia kan. Apedehal tinggi sangat sekarang hehe.

Dalam minggu ni, dua kali saya tengok budak bergaduh depan pagar. Yang sorang pergi sepit kaki kawan, sampai nak masuk dalam longkang budak tu. Yang tadi pula betul-betul nak bertumbuk dah. Saya perati je dari jauh. Bila dah over, saya sebagai bekas pengawas sekolah tersohor, terus cakap “Ni apa gaduh-gaduh ni?”. Degil pulak tu. Bila saya datang, buat muka no mercy saya tu, tau takut.. Menakutkan betul budak-budak zaman sekarang ni.

Kadang-kadang, ada orang pilih untuk buat tak tahu je kan bila mengahadapi benda macam ni. Macam malas nak masuk campur. Tapi, saya tak boleh. Saya ada tendency untuk menegur, memberitahu. Macam kalau jumpa orang tak kenal tengok tudung belakang dia terlipat-lipat ternaik, saya akan menahan diri dari tak beritahu, tapi tak boleh. Saya akan cakap, “Kak, sorry ya, tudung belakang tu ternaik”. Sebab, saya pernah lalui situasi orang tak beritahu, lepas tu balik rumah Oh My kenapa takde orang bagitahu tadi? Malu T_T.

Kadang-kadang konsep orang kampung macam anak dara satu kampung jagakan tu betul. Percintaan cara hon motor atau bunyikan loceng basikal aje okeh. Mengintai di tepi tingkap saje. Jangan nak buat perangai, banyak mata-mata memerhati. Macam dulu, Mak mesti tahu Abang Zam berkubang kat sawah, atau lastik anak orang, padahal dia tak nampak pun. Melalui mesyuarat van sayur dan meeting di pangkin waktu petang, nasib Abang Zam sentiasa di hujung tanduk. Mesti kena sedas dua lepas tu haha.

Saya cuba join PIBG sekolah tapi tak sempat atau lebih tepat saya malas macam Ayah πŸ˜‰ . Saya rasa persatuan lain yang boleh gantikan adalah persatuan ibu bapa prihatin yang sentiasa perhatikan anak orang lain, bukan anak sendiri sahaja. Kenal-kenal calon besan ibu bapa/penjaga lain.Β Menjadi kepoh itu perlu juga dalam kehidupan ini. Tapi ikut kesesuaian πŸ˜‰ .

Jumpa lagi.

8 Comments

Kan ku curi hatimu, menyamun senyummu

27/01/201528/01/2015

Tajuk selalulah bajet puitis gini kan.. padahal isi ke laut haha πŸ˜‰ .

Ini lirik lagu Pencuri, Mark Adam.

Baru-baru ni saya ada terbaca di blog Noe, dia kata, resipi kebahagiaan setiap orang tu berbeza. Bacalah buku 313 Cara Memikat ke, 418 Resipi Rumah Tangga Bahagia ke, ia macam tak begitu relevan sebab kebahagiaan ini sesuatu yang kita adaptasi dari semasa ke semasa. Saya setuju juga. Maksudnya, bahagia kita, kita yang cari, dan rasai.

Saya kenal suami saya sejak tahun dua di universiti, dah 17 tahun. Banyak peristiwa pahit manis antaranya masa mula-mula kahwin dulu takde duit, kami pergi makan roti canai, air sirap aje jimat tak sampai lima ringgit. Susah ke, senang ke, gaduh ke, baik ke, hanya 2 orang je tahu. Sampai ada Aiman, BFF saya kahwin di Pekan dan Benut, saya tak pergi sebab takde duit. Ini kali pertama bocor rahsia dulu cover line. Laila dan Normah, sekarang korang dah tahu haha πŸ™‚ .

Bagi saya, bahagia itu apabila dia buat anda tersenyum atau ketawa, adakalanya, di hari yang anda rasa anda tidak akan mampu untuk senyum atau ketawa pun. Saya tak pasti kalau ada orang yang kahwin untuk sentiasa rasa tension, macam “OK sila buat saya tension hari ni”. Ada ke?

Sentiasa ingat moment kali pertama anda senyum dan ketawa dengan rasa itu, kekalkannya. Kalau hilang, cari (bajet Dr. Cinta wakaka).

Ya tak semua akan kekal di dunia ni, itu dah pasti, tapi kita kena mencuba. Sebaiknya.

Sekarang saya suka tengok cerita Asam Pedas Untuk Dia. Yang ini senonoh sikit berbanding Istikharah Cinta. Selalu rasa bersalah tengok cerita tv ni sebab terfikir diaorang ni tak kahwin lagi kan. Penat buat penerangan kepada anak-anak haha. Tak tengok tv masa lipat baju boring pulak, saya tengok baju, baju tengok saya.Β Asam Pedas Untuk Dia comel sebab heroin dia pakai tudung bawal (motip?), trailer dia comel dan lagu pun sedap (ini kriteria penting Zaiton Sameon). Penting juga tengok cerita comel begini. Teringat zaman dolu-dolu….

Jadi, lain orang lain caranya. Bahagia kita, kita yang rasa.

Kekalkan rasa cinta itu. Yang dulu tu.

Jumpa lagi πŸ™‚ .

 

8 Comments

I’m a big big girl…

26/01/201527/01/2015

Hai. Kadang-kadang saya rasa bersalah juga dekat anak ketiga saya, Adik. FYI, saya ada 3 orang anak, tapi yang kedua dah tiada. Jadi, saya selalu sebut dengan anak-anak saya, kita ada Aiman, Angah dan Adik. Saya beritahu Angah sedang tunggu kita kat sana, so kita kenalah jadi baik-baik sikit kan πŸ™‚ .

Joyah ke Bedah

Anak kedua dan seterusnya ni, parents lebih relax sikit. Kalau anak pertama, anak demam sikit aje dah kelam-kabut pergi klinik bagai. Padahal budak tu nak tumbuh gigi aje. Itu belum lagi nak kena inject ke apa. Bab gambar especially. Anak pertama banyak album gambar masa baby. Scrap book pun saya buat. Adik selalu tanya kenapa takde album gambar dia? Kat phone dan laptop aje banyak.

Saya anak keempat pun macam tu. Kurang gambar. Lagipun kecik-kecik dulu hitam haha. Kakak dan Along banyak gambar retro cantik. Even Abang Zam pun. Lepas tu diaorang cerita Ayah selalu bawak pergi tengok wayang semua. Saya dan Dak Wan? Nan hado. Bukanlah maksud Ayah tak sayang (self defense haha), tapi umur pun dah meningkat, dan parents pun jadi lebih busy. Gitu.

Baru-baru ni Adik kata nak tindik telinga. Saya macam Oh My dah besar anak saya nak tindik telinga. Ini sebab tengok kawan di tadika tindik macam cantik. Dia memang suka cantik-cantik berbeza dengan saya dulu. Dia kalau pergi sekolah siap pakai bedak Carrie Junior macam tepung gomak pastu pakai LipIce. Biar bedak tahan sampai tengah hari agaknya. Sandal pun nak yang tinggi aje. Padahal saya suka pakai jelly bunny je kalau boleh pergi kerja, tapi tak boleh.

Percubaan pertama nak tindik ni pergi Dataran Pahlawan Megamall. Tapi bila amoi tu dah ready dia menikus kat kaki saya. Sape lagi pewaris drama queen kan. Saya suka je sebab risau sebenarnya. Kali kedua kebetulan terlalu kedai emas kat area rumah, dia meniskus (macam belajar sains pulak haha) lagi. Dia nak tapi takut. Saya dengan senang hati kata Ok takpe. Tak buat lagi bagus haha.

Jumaat lepas dia dah mula tanya sakit ke tak tindik sebanyak 318 kali hingga Sabtu. Saya cakap ok je macam semut gigit. Saya dulu Mak memang terus bawa tindik walaupun saya tak mintak. Tindik ni semua tak penting yang penting saya dapat naik basikal haha. Saya cakap OK nanti kita beli lollypop, masa tembak makan nanti Adik tak sakit. Dia minta saya duduk dengan dia, pegang tangan semua nanti. OK.

Sampai kedai emas, Cina kedai suruh pilih anting-anting, RM10 je untuk semua (tindik dan anting-anting). Dia friendly bual-bual ngan Adik. Sapu ubat kebas tu. Suruh tengok Papa. Adik hulur tangan kat saya kat belakang. Saya pegang. Saya suruh makan lollypop, tappp, settle. Sebelah lagi. Tak sakit pun. Rupanya alat tu terus pakaikan anting-anting ye, saya pun dah lupa haha. Kena pakai dalam 2 minggu baru bukak.

adik

Oh anak saya dah besar.

Sebagai ibu bapa kita kena lalui moment ni. Dia akan semakin besar.

Adik ni ada juga perangai-perangai saya. Hidung pun sama besar haha. Tiada mancung seludang itu uols. Cuma dia mewarna lukisan cantik. Itu more like Papa lah. Saya dulu selalu kena marah dengan Miss Tan pasal kaler kulit orang warna kuning dengan water colour. “Kenapa orang u ni, sakit kuning? U tengok kulit u, kuning ke?”. Makan dalam jugak statement dia ni. Biasalah kelas lukisan Form 3 hari Isnin, malam sebelum tu baru saya buat sambil menguap-nguap. Lepas tu kena buat balik, hmmmpffftt. Abang Zam saya artistik orangnya, lukisan dia selalu cikgu tampal di Art Zone sekolah. Nasiblah, dia bukan adik-beradik Emma Maembong, tapi saya hahaha πŸ˜‰ .

Saya ingat Ayah nangis lepas kakak dan saya nikah. Sebelum tu saya pernah tengok Ayah nangis sekali aje masa Mak Uda saya meninggal. Saya sedih masa tu tapi saya tak faham.

Sekarang saya faham.

Anak kita semakin besar. Kita semakin tua.

Mama doakan segala kebaikan untuk Adik. Nanti Mama pergi cuci semua gambar dalam memory card. Termasuk yang ni. Kalau Mama tak lupa hehe.

“I’m a big big girl

In a big big world

It’s not a big big thing

If you leave me

But I do do feel

That I do do will

Miss you much”.

-Big big girl by Emilia-

Jumpa lagi.

14 Comments

Bila terasa rindu @ homesick….

25/01/201525/01/2015

bila terasa rindu @ homesick

Cuba teka mana saya? Dari zaman dulu dah ada groufie, lepas tu pandang tempat lain @ gaya bebas kononnya haha.

Baru-baru ni terbaca artikel tentang homesick atau rindu rumah bagi budak hostel. Saya dulu masa Form 4 masuk MRSM. Tapi 6 bulan pertama tu saya homesick teruk. Memang pening mak ayah saya sebab saya selalu call lepas tu cakap nak balik. Lepas tu, bila cuti saya buat-buat meracau tengah malam cakap “tak nak balik, tak nak balik” dengan harapan ayah saya kata tak payah balik. Oh, drama queen betul kau ni haha. Tapi, saya silap. Ayah saya cikgu disiplin so dia buat don’t know jer. Pilu T_T.

Homesick ni biasa berlaku bila yang masuk asrama tu manja sikit. Saya ni taklah manja sangat, ayah saya garang aje. Bila saya masuk asrama, kakak saya masuk UKM, jadi Abang Zam tinggal sorang-sorang. Tak lama tu dia pun masuk asrama juga di sekolah lama saya. Bila saya tanya kenapa nak masuk sebab bukan best pun duduk asrama? Dia cakap, “Habis kau dah masuk asrama, sape nak gaduh dengan aku kat rumah ni?”. Oh, sayang jugak abang saya kat saya ni. Rindu kat saya tapi tak nak cakap direct haha.

Lagi satu saya terpisah dengan BFF kroni saya dari Form 1 sampai Form 3. Itu yang paling tekanan perasaan. Lepas tu masuk asrama semua orang macam gigih pergi prep @ preparation class tu. Balik sekolah, terkejar-kejar makan, solat, pergi prep, riadah, makan malam, solat, prep, supper, tido. Saya letih ikut jadual macam tu. Saya seorang yang spontaneous πŸ™‚ . Sebenarnya, saya letih sebab takde geng, itu aje. Remaja kan, kalau takde kawan, macam nak mati aje rasanya. Saya rasa semua orang kat dorm dan sekolah saya tu membosankan. Asyik belajar aje. Tak fun langsung.

Tapi, itu semua berakhir lepas saya masuk semester kedua. Bila masuk semester kedua, saya mula kenal classmates dan dormmates. Rupanya semua kepala OK aje, cuma ramai yang homesick dulu. Saya mula join semua aktiviti sekolah, macam drama, taekwondo tournament (i ada belt kuning uols). Saya ada kawan sekepala huru-hara pergi mana-mana. Ada geng tidur kat kelas, kat surau. Saya mula ketawa secara berjemaah di kelas dan dorm. Saya hilang rindu pada kawan-kawan lama. Masa ni, jarang dah call rumah. Balik kampung pun sebulan sekali aje. Bila join program-program tu, saya kenal karakter masing-masing, rupanya best jugak dorang ni.

Sebenarnya, yang boleh ubati homesick ni adalah adanya kawan-kawan dan senior yang sekepala dan memahami. Boleh minta anak-anak yang homesick berkawan dengan orang lain, jangan nak sorang-sorang melayan sendu kat public phoneΒ telefon family.Β Masuk aktiviti atau kelab yang digemari. Pergi outing dengan kawan-kawan. Ibu bapa boleh bagi galakan juga, macam datang melawat ke. Tapi, ayah saya kan sekali aje dia melawat saya kat asrama. Hari solat hajat untuk SPM pun tak dapat datang. Saya sedih juga tapi cool aje sebab ada geng. Doa tu yang penting kan. Nasib SPM kau OK walau banyak main haha.

Duduk asrama ni kan best sangat. Walaupun homesick, kita belajar berdikari dan juga memahami sisterhood/togetherness. Paling best waktu black out. Pasang lilin lepas tu segala cerita hantu legend keluar. Lepas tu di asrama memang terpuji juga surrounding dia. Solat jemaah 5 waktu, makan pun 5 waktu juga, sebab tu pipi saya pau sangat masa tu (apa beza sekarang?). Kuliah Jumaat, Subuh dan Isya’, solat tarawikh, solat jemaah, tahajud, qiamullail, baca yassin semua cukup. Saya ingat sebelum Subuh ustaz mesti lagukan bacaan ni panggil kami ke surau:

“Tuhanku aku tak layak masuk syurgamu..

Namun tak upaya menghadapi api nerakamu..

Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku..

Sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu..”.

Kadang-kadang ustaz baca hingga tersedu-sedan. Masa tu lari-lari dengan member dengan telekung pergi surau di subuh yang hening rasa syahdu juga. Saya masih ingat bacaan tu dalam bahasa Arab juga. Ia masih menggetarkan jiwa, walaupun selepas 20 tahun berlalu.

Saya rasa lega juga saya dapat survive tinggal di asrama. Walaupun homesick teruk mula-mula, akhirnya saya belajar berdikari dan menguruskan diri sendiri. Saya faham bahawa kasih-sayang ibu bapa dan keluarga itu boleh dirasai walaupun berjauhan. Saya belajar balik rumah sendiri dengan travel berjam-jam. Dekat aje kalau naik kereta dari Muar ke Melaka, tapi sebab saya naik 3 bas, ia jadi 5-6 jam juga untuk sampai sebab tunggu turn bas jalan dan turunkan orang. Tapi, saya boleh merewang ke Ocean Superstore sebelah bus stand lama Melaka. Kira hip sangatlah Ocean tu dulu haha.

Walaupun hati saya berat juga nak lepaskan anak saya masuk asrama nanti, saya tahu, ia akan membentuk anak-anak saya menjadi orang yang lebih berdikari. The best part, saya dapat BFF Mak Kintan @ MK dari sana. Saya perasan, setiap kali saya belajar, Allah hantarkan kawan-kawan yang baik untuk temani saya. Alhamdulillah. Kadang-kadang kita tak perasan betapa banyak Dia kasihi kita. Kita tutup mata dan hati kita.

Saya cuba cari video youtube lagu Casey ni, tapi jumpa audionya sahaja. Saya kan suka lagu, jadi enjoylah lagu Seribu Impian dari Casey ni. Lagu ni popular zaman saya sekolah dulu.

Homesick tu OK. Sekejap aje biasanya. Masa akan menyembuhkan chehwah. Jumpa lagi.

8 Comments

Malaysia Best Blog 2015

23/01/201524/01/2015

Hai. Dah lama plan untuk menulis tentang Malaysia Best Blog 2015 ni. Cuma takde masa, sibuk dan malas pun ye haha. Effort uols nak senaraikan blog yang kita suka, lepas tu letak link URL lagi. Menulis biar ikhlas, jadi tunggu weekend baru mengadap entri ni dengan aman tenteram πŸ™‚ .

Ok, secara jujurlah, apa yang membuatkan sebuah blog itu jadi pojaan hati anda? Yang buatkan anda datang berkali-kali ke situ? Setiap orang mungkin berbeza-beza piawaiannya kan.

Kalau saya, ada beberapa kriteria penting. Antaranya:

1. PersonalitiΒ 

Personaliti ni maksudnya tak perlulah ada jawatan atau title yang hebat sangat pun. Macam lagu Shania Twain:

“So, you are Brad Pitt?

That don’t impressed me much”

Yo-yo o je tak heran kalau Brad Pitt lalu haha. Bukan, maksud saya blogger itu adaΒ pleasing personality. Mungkin dari cara dia menulis, cara dia berinteraksi dengan pelawat. Kalau muka comel tu kira bonuslah. Kadang-kadang dengan tulisan sahaja kita dapat kenal orangnya kan. Perkara-perkara sebegitu. Anda aje yang tahu menilainya πŸ™‚ .

2. Kejujuran

Ok macam saya, saya perlu melawat blog kegemaran saya apabila kepala dah tepu sangat. Saya perlu blog yang jujur mungkin kerana ia dekat dengan situasi saya. Blog mak-mak misalnya. Saya rasa lega apabila ada orang lain melalui apa yang saya lalui. Rasa serba-salah, rasa tidak sempurna. Kejujuran tu tak dapat ditipu. Bila seseorang menulis dengan jujur, kita tahu dia seorang manusia biasa, sama seperti kita.

3. Kelakar

Saya tak pasti orang lain, tapi saya suka blog yang kelakar juga. Rasa lega dan release stress. Selalunya lepas baca blog-blog sebegini, rasa lebih fresh, masalah pun boleh lupa. Kelakar tak semestinya dia tak serius, kadang-kadang entrinya mempunyai mesej tersirat juga. Benda ni juga tak boleh dibuat-buat. Ia datang secara natural. Bagi saya orang yang buat kita ketawa dengan hanya membaca itu special, tak semua orang ada kelebihan tu.

4. Info

Saya memang respect pada blog especially kesihatan yang menulis tentang fakta, sebab ia bukannya mudah tau. Orang zaman sekarang akan google apa sahaja info. Saya yang lembap berita semasa ni misalnya pernah google “apa kejadahnya gwiyomi ni” πŸ™‚Β . Blog yang mempunyai banyak info dan juga ada pengalaman sebenar penulis memang saya suka sebab ia lebih real.

Jadi, blog apa yang jadi Best Malaysia Blog 2015 pilihan saya yang saya suka sangat ni?

Anda boleh klik pada tajuk blog untuk pautan ke blog tu ya.

1. Dr. Fatin Liyana Asri

Saya follow blog si comel ni dari zaman dia belajar di Universiti Padjajaran, Bandung lagi. Saya suka gaya penulisannya yang bersahaja dan kelakar. Kadang-kadang termiss juga, tapi saya akan qada’ baca tentang percutiannya, hidup dia sebagai doktor pelatih, dan lihat gambar-gambarnya yang memang cantik. Dia muslimah stylo dan pandai membawa diri. Banyak juga blog remaja lain tapi hanya dia sahaja yang saya terus follow. Fatin kini dah bertunang dengan Dr. Anwar Fazal (penulis buku Diagnosis). Saya harap saya dapat baca blog Fatin hingga ke anak cucunya hehe.

2. SegalaCeritera.com

Saya memang suka baca cerita-cerita jadi blog ini selalu jadi pilihan. Cerita kelakar, tidak streotaip, ada elemen kejutan. Penulisnya juga bagi saya kelakar dan selamba aje. Dia punya turn around cerita tu tak dijangka haha. Saya kan selalu jadi pengarah tambahan drama tv, boleh teka lepas ni jadi apa dan apa. Tapi seriously, blog ni kita tak boleh jangka kesudahan cerita dia. Tapi awas, ceritanya memberi pengajaran. Kadang-kadang makan dalam juga. Insaf ahkak dik. Adik Aretikz, teruskan menulis ya. Ahkak follow πŸ™‚ .

3. Diana Ishak

Yang ni pun dah lama saya follow. Dia ni selamba dan jujur. Sebab tu saya memang akan listkan dalam Malaysia Best Blog 2015 saya. Tak tahulah macamana nak terangkan anda kena baca blognya dan fahami sendiri. Ada orang tak boleh terima juga mungkin nampak beliau selamba sangat. Diana ni seorang usahawan online dan offline juga. Seorang yang gigih berusaha dan kelakar. Tapi, dia ada kecenderungan menulis panjang lebar, saya selalu takde masa nak baca sekarang. Matilah kena petir dengan Diana Ishak haha. Saya sangat sukakan orang yang jujur seperti dia. Orang menyampah ke puji ke dia buat don’t know jer. Cara dia mengulas sesuatu topik tu matang. Bukan terus jump to conclusion. I loike.

4. PermataCintaku.com

Baca blog Jemah ni bahaya tau sebab rasa rindu nak mengandung lagi haha. Beliau sangat telus dan jujur berkongsi maklumat, rasa macam relax aje baca blog dia. Semua info memang fakta disulami dengan pengalaman beliau sendiri. Macam saya cakap bukan mudah menulis sesuatu yang fakta macam kesihatan dan saya hormati Jemah atas kesungguhannya. Macam saya ni lebih kepada merapu tak reti tulis fakta hehe. Saya doakan Jemah terus istiqamah berkongsi maklumat dengan semua dan mendapat balasan kebaikan yang tidak terkira.

5. Perempuan Jomblo

Blog ni bagi saya sangat jujur. Kita dapat merasa kejujuran dia menulis dengan hanya membaca. Noe kini dah menjadi penulis buku Desaturasi Merah Jambu yang merupakan kompilasi artikel di blognya. Hebat kan dengan blog sahaja boleh jadi buku sebab dia ada loyal follower @ tribe. Saya memang setia menunggu dia menulis lagi sebab apa yang ditulis biasanya benar dan tulus ikhlas. Kisah dia dan anak-anak, bagaimana dia melalui kehidupannya, kisah keluarga, kerinduan dia pada arwah ayahnya. Dalam kehidupan hari ni, kejujuran tu sangat mahal dan didambakan oleh semua orang. Saya ni kadang-kadang puitis juga orangnya (walaupun nampak sewel haha) jadi baca blog sebegini mengisi kekosongan kepuitisan yang hilang itu ( apo kobondo ayat kau ni πŸ˜‰ ).

6. Emalin Mohd

Emalin ni comel tau dia suka berkongsi tip-tip kesihatan dan juga penjagaan keluarga. Saya suka baca benda yang simple-simple juga sebab kejar masa macam panduan sediakan sarapan ke sebab sebenarnya itulah pening mak-mak nak fikir hari-hari bab makan-minum. Jadi secretary keluarga gini, mak-mak memang kena galas tanggungjawab ambil tahu semua bab penjagaan kesihatan, makanan dan keluarga secara global. Bukan sebab terpaksa, tapi sebab naluri seorang ibu tu yang sentiasa risau 24 jam sehari. Terima kasih Emalin kerana rajin berkongsi πŸ™‚ .

7. Mak Kintan

Mak Kintan atau MK ini adalah BFF kecintaan saya. Saya suka blog dia sebab saya mesti terkekeh-kekeh ketawa bab kelakar haha. MK sentiasa jadi penyeri hidup saya walaupun saya jumpa dia sebenarnya 3 tahun lepas kot, WhatsApp pun sebulan sekali. Tapi, baca update di blog rasa macam dekat aje. Dia seorang yang happy go lucky dan sangattttt jujur menulis. Takde nak cover-cover, pepoyos ke tak. Suka bersenam, maraton, masak, bercuti dan sangat sayangkan BFF dia yang lain juga. Kami banyak juga persamaan, sebab tu saya akan terus menghantui hidup dia selamanya haha.

8. Vivy Yusof

Ok ini special sebab dia biasanya menulis dalam English. Walaupun begitu, penulisan dia memang best dan natural. Sebagai selebriti, dia seorang fashionista, isteri, ibu, anak dan BFF kepada geng-geng dia. Pompuan ni biasalah suka tengok cantik-cantik khen. Dia comel pulak tu, petite je. Lama juga saya follow blog dia dari zaman dia freehair hingga dia bertudung. Dah bertudung manis sangat. Dia pemilik FashionValet, antara gedung online yang ngetop di Malaysia. Walaupun glamour, tapi dia menulis ok natural sahaja. Kadang-kadang dia rindu nenek dia, bila dia menulis tentang keluarga, ia LIVE. Saya suka!

9. Hero Borneo

Pemilik blog ini dipanggil HB seorang yang pandai menulis. Tulisannya pendek dan ringkas, aman membacanya. Baru-baru ini, beliau menulis tentang Tragedi Rusuhan Natrah, ia dikupas dengan baik bagi saya. Saya sukakan subjek Sejarah, jadi saya menghargai sesiapa yang menulis mengenainya. HB juga banyak menulis tip dan motivasi di blognya. Sebenarnya dengan blog HB inilah, saya dapat berkenalan dengan ramai blogger hebat. Terima kasih HB kerana melawat blog saya dahulu. Semoga HB terus maju jaya, murah rezeki hendaknya.

10. Oh! Duit

Blog ni istimewa kerana ia secara asasnya membincangkan tentang asas perniagaan online dan juga offline. Penulisnya Khirol Hazwan mempunyai kepakaran dalam perniagaan Ebay dan juga rajin memberi tip perniagaan kepada para pelawat blog sejak 2009 lagi. Tidak semua orang rajin berkongsi tip perniagaan, apatah lagi memberi motivasi. Nama blog pun istimewa kan Oh! Duit macam Oh Do It! Betul dalam perniagaan, ia cuma persoalan, anda nak buat atau tidak untuk dapat duit? πŸ™‚ . Tapi, biarlah dengan cara yang betul dan ada ilmu kan. Tak boleh main hentam ajer. Terima kasih saudara Khirol untuk blog yang berinformasi seperti ini.

Sebenarnya, saya mencabar diri saya menulis entri ini untuk memasuki contest SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran Oh! Duit. Hadiah pertamanya lumayan tau iaitu sebanyak RM1,500-00. Ini kali pertama, saya bangga saya cuba menyertainya. Saya bersaing dengan nama-nama besar dan mendoakan persaingan sengit dan sihat dalam contest ini untuk semua peserta. Anda juga boleh mencuba. Kalah menang adat pertandingan. Dapat no. 11 pun okey πŸ˜‰ . Berangan free jer tak apa hehe.

Kadang-kadang, kita tak perlu fikir banyak pun. Just DO IT!

Ini list Malaysia Best Blog 2015Β di hati saya. Keep on blogging uols. Jumpa lagi πŸ™‚ .

25 Comments

Kini kau lupakan…

22/01/201509/03/2015

Baru-baru ni Sinar FM buat rebranding image. Saya suka juga sebab sekarang ada lagu lama dan baru. Dan mereka ada buat tagline #Harapan ke hapa trending di Twitter. Saya takde Twitter so memang tak tahu apa-apa.

#Harapan ni macam kita berikan satu harapan kepada orang lain, tak kiralah orang yang dikenali atau tidak. Senyum ke, penuhi permintaan dia ke gitulah. Apa-apa sahaja yang menggembirakan insan atau makhluk lain.

atuk

Orang yang mengajar saya tentang harapan dan jangan putus asa adalah Atuk. Dulu masa Darjah 1, periksa pertengahan tahun, saya dapat nombor 11. Gembira sangat, balik beritahu Ayah, lepas tu kena marah. “Apa yang bagusnya nombor 11 ni?”. Saya yang forever cengeng sedih sangat. Ayah memang garang sangat dulu. Tapi, Atuk datang cakap nanti usaha lagi, cuba dapat nombor 1. Nanti Atuk belikan video recorder yang kami adik-beradik nak sangat tu.

Atuk saya ni kerja bawa teksi di Singapore. Dulu, bawa ambulans so dia ada pencen di sana. Hidup kami taklah senang sebab ayah sedang sambung belajar, adik-beradik ramai, mak tak bekerja. Bila Atuk balik happy sangat, nanti dia bawa balik baju bundle Singapore cantik-cantik tau. Bila dia balik, kami mengadu nasib, nak beli itu ini. Kami memang tak kesah baju bundle ke apa, kakak saya bangga aje keliling kampung naik basikal Chopper pakai skirt cantik-cantik anak Cina Singapore punya πŸ™‚ .

Nak dipendekkan cerita, akhir tahun tu saya dapat nombor 1 dalam exam. Saya ingat lagi saya melompat-lompat beritahu Atuk saya dapat nombor 1. Atuk terus ajak kami 4 beradik ke pekan, pergi kedai Singer, beli video recorder. Happy sangat. Kakak saya buat video recorder tu macam harta sendiri, siap ada khidmat sewakan video kat jiran lagi. Dia pergi sewa macam-macam video antaranya Freddie Krueger of Elm Street (hantu ngeri) kat pekan. Siap ada buku catatan, siapa sewa lambat pulang, kena denda. Bonzer dengan despatch boy dia Abang Zam. Business minded betul haha. Kira meriahlah rumah Atuk masa tu ramai budak datang tengok video.

Masa tu video recorder tu harga RM1000 ++ di Singer. Bila dah tua bangka ni (baru kau nak sedar diri?), baru saya tahu betapa besarnya nilai RM1000 tu 20 tahun yang lepas. Atuk saya meninggal 2 minggu lepas saya lahirkan Aiman, dengan takde sekeping tanah pun, rumah atau saving di dalam bank. Dia masih warga Singapura, dan memang dia takde apa-apa harta di Malaysia ni, kecuali kasih-sayang anak cucu dia sahaja.

Atuk saya mengajar saya sehingga saya faham supaya jangan berputus-asa. Usaha lagi walaupun kita tak tahu boleh berjaya atau tak. Kadang-kadang kita rasa letih juga, rehat tapi jangan berhenti.

Tadi, hantar Aiman ke sekolah agama, dia gembira lambai saya, “Bye Mama………”, sampai bayang dia hilang dari cermin sisi kereta.

Lepas tu, dalam kereta Abby Fana di Suria FM perdengarkan lagu ni. Teringat juga kat Ibu, Ayah dan Atuk, Nenek yang dah pergi. Lama juga saya tak kirimkan doa untuk mereka di sana…

p/s: jangan tonton video, hayati lirik lagunya

Atuk, semoga tenang di sana. Terima kasih untuk harapan dan kasih-sayang yang diberikan.

Sentiasa beritahu orang yang anda kasihi, anda kasihi mereka. Kita tak tahu berapa banyak masa yang kita ada.

#Harapan

8 Comments

Hari yang gelap, kini sudah terang

20/01/201520/01/2015

“Hari yang gelap, kini sudah terang

Aku adikmu, dan engkau abang….”

Yang engkau ni dah kenapa? Gembira sangat nak menyanyi-nyanyi πŸ™‚ .

Gembira anak dah sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah sahaja yang membalasnya.

Actually, semalam badan dia mula panas balik sejak senja. Tapi, sebab dah buah test darah petang, denggi negatif, Papa dia cool. Saya? Mana boleh cool. Tengok anak menggigil-gigil atas katil, badan panas sangat dan tak selesa. Doktor cakap sebab dia dah besar, 10 tahun, bila makan ubat yang minum tu dosnya tak kuat. Patutnya makan pil, tapi Aiman ni tak reti pulak. So, itu sebabnya demam dia berbalik-balik. Tuamkan kepala dia dengan towel lembab, baring sebelah dia. Menitik juga air mata saya. Macam mana nak bantu dia. Tak tau nak buat apa lagi. Kuatkan aircond, badan dia masih panas sangat lagi. Rasa hopeless sangat.

Sampai saya berdoa ya Allah, jika saya tak boleh menulis lagipun tak apa, tapi sembuhkanlah anak saya. Ambillah apa-apa jua benda yang memberi kegembiraan kepada saya, asalkan anak saya sihat.

Sebagai penyanyi syahdu-syahdan no 1 @ Zaiton Sameon, dah tentulah saya teringat lagu Hattan masa tu:

Ibu, mengertilah

Aku sengsara

Lemas berendam air mata

Rendang kasihmu

Dalam gelora

Jadi peneman selamanya….

Jika kita pernah terasa hati dengan ibu kita, ingatlah, ibu kita sangat menyayangi kita hingga tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Tapi, ingat juga, Allah lebih menyayangi kita lebih dari ibu kita. Jadi, bayangkanlah kasih sayang Allah tu πŸ™‚ .

Syukur pagi ni, Aiman ok. Rasanya dia bertindakbalas dengan antibiotik baru juga semalam tu. Malam ni tak pasti. Dah 3 hari cuti sekolah pagi, petang ni saya akan mula hantar ke sekolah agama. Saya cuti hari ni, jadi Lisa Surihanirumah, saya sukaaaaa sangat, cuaca panas, jadi saya mencuci semua comforter, cadar bagai. Sebab tu, guna tajuk entri lirik lagu, hari yang gelap, kini sudah terang tu tadi hehe…. (selalu nak justify tajuk kau yang huru-hara tu haha).

Oh, terima kasih kepada Adik Aretikz dari SegalaCeritera.com yang senaraikan blog ini dalam entri beliau Malaysia Best Blog 2015. Terharu ahkak. Tak layak pun sebenarnya. Domou arigatou gozaimasu. Sebenarnya, awak yang sangat talented dan blog awak yang layak untuk Malaysia Best Blog 2015. Best of luck ya. Teruskan menulis kalau itu yang memberi kebahagiaan kepada awak. Ahkak nak pergi nangis belakang pintu jap sebab terharu πŸ™‚ .

Jumpa lagi.

7 Comments

Benda paling sukar untuk ibu

19/01/2015

Hai.

Saya ada masa 1/2 jam sahaja untuk taip di lunch time ni. Biasanya lunch time saya uruskan anak balik sekolah. Tapi Aiman demam panas dari hari Sabtu. Ia memang mengejutkan kalau dia bangun pagi, lepas tu tidur semula. Biasanya, bateri dia memang tahan lama. Bangun pagi, tahan sampai 10 malam. Adik pulak bergantung, kalau cukup korum, tahan juga sampai pukul 8 malam.

Bila demam, anak-anak akan makan ubat dan tidur. Hari Sabtu bawa juga pergi kenduri di kampung. Hari Ahad lepas makan ubat, dia duaorang tidur dari tengahari sampai petang. Saya buka laptop ingat dapat blogging dengan jayanya, tapi tak, takde idea pulak. Buka dan tutup laptop. Saya rindu pulak orang lari-lari sebelah saya. Adik yang akan tiba-tiba cakap “Cakkk!”. Saya rindu abang dengan senapang dia main tembak-tembak kat sofa sebelah saya. Saya rindu saya stress haha.

Saya rindu orang ketawa mengekek sebelah saya. Nanti saya marah konon nak konsentrasi, dia dua orang masuk bilik. Lepas tu ketawa dalam bilik pulak. Rumah bersih takde mainan sepah sikit pun. Saya sapu 4 kali lepas tu mop. Ok nak buat apa lagi ni?

Bila malam, badan Aiman memang panas. Dia ni memang susah demam, tahun lepas kedatangan penuh ke sekolah. Tengok dia menggigil kadang-kadang menitik air mata dia. Sakit kepala tak boleh tidur. Dah lama juga sejak Adik baby, saya jaga anak sakit waktu malam. Kalau masa Aiman baby dia selalu sakit. Orang kata yang selalu sakit masa kecil, dah besar mudah jaga. Mungkin juga. Rasa nak tukar kepala saya letak kat badan dia. Kalau bolehlah.

Isnin, the hardest part, saya kena pergi kerja. Walaupun office saya flexible, tapi saya ada tanggungjawab juga. Selasa pun sama. Hardest part being a mother, tinggalkan anak sakit. Saya memang ambil half day leave, office saya alhamdulillah family friendly. Jika ada ahli keluarga yang sakit, selesaikan kerja, dan balik. Itu sahaja.

Malam tadi Aiman masih demam panas, walaupun siang dia cargas aje. Dan saya mula risau denggi semua ni. Dia main dengan Dak El macam Dak El tu sebaya dia. Lari, kejar, baling bola. Macamkan Dak El tu boleh buat sepakan. Yang Dak El pulak mengekor Aiman. Happy sangat dua-dua ni. Yang Adik buat tali ikat dekat kotak ubat mata, Dak El kejar. Dia ni memang sentiasa fikirkan pasal permainan aje haha. Takut sangat Dak El tu kebosanan.

Kadang-kadang, kita tak sedar, keriuhan, kecargasan, kesibukan, keinterruptan (pencemaran bahasa haha) orang sekeliling kita, itulah kebahagiaan kita, yang sebenar-benarnya.

Semoga anak-anak saya sihat. Amin

9 Comments

Posts navigation

1 2 3 Next Page

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • yosef krisna on Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • yosef krisna on Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Malaysia Best Blog 2015
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with β™₯ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes