Deko Ruang Tamu Minimalis

Assalam. Kali ini saya kongsikan “Deko Ruang Tamu” gaya minimalis untuk ibu yang sibuk, tidak kira anda bekerja di rumah atau pun di pejabat.

Saya sebenarnya seorang yang sangat ringkas dan ini boleh dilihat dari susun atur perabot di rumah saya.

Warna pilihan saya, cokelat, hitam dan putih. Saya suka sebab ia nampak natural dan mudah dibersihkan.

Saya rasa gaya minimalis sangat sesuai untuk mereka yang sangat sibuk.

deko ruang tamu minimalis

Kusyen polkadot berharga RM5 beli di Daiso (ada 2). Meja kopi besi asalnya meja taman lama ibu mertua saya, terbiar di belakang rumah, saya minta suami spray putih semula. Meja sisi bulat di hujung sana juga mak mertua punya, saya angkut bawa balik spray putih 🙂 . Minah recycle saya ni hehe. Lampu sisi beli di Romantika Homedeko. Di Romantika banyak pilihan bunga-bunga, tapi anda boleh juga cari yang plain. Semakin sedikit corak dan warna, semakin aman tenteram mata saya melihat tiap-tiap hari 🙂

Saya sangat suka polkadot. Kusyen kecil tu dah berapa kali nak ditukar temanya. Saya pernah beli warna hijau, biru, corak lain. Tapi lepas susun, malam-malam kan saya pergi tukar balik sebab tak puas hati. Saiko haha…. Saya suka warna dia, coklat polkadot.

Ingatkan nak deko ruang tamu letak frame hiasan di dinding tapi saya takut tak sesuai. Takut stress malam-malam tak boleh nak turunkan sendiri macamana hehe 😉 .

Carpet pun saya tak letak sebab susah pula nak menyapu dan mengemop nanti. Mak saya dah berapa kali sound letak carpet orang tua-tua datang nanti kaki sejuk. Iyelah Mak, Ana menurut perintah. In sha Allah 🙂 .

deko ruang tamu minimalis

Lihat gambar kerusi cokelat ini sedih juga. Sebab di bahagian bawah tu sebenarnya dah terkoyak dan berbulu teruk Ben cakar dulu. Semua rindukan Ben. Di sudut hujung sana tu saya selalu pre set up candy buffet, dan juga ambil gambar untuk blog ini. Selalu pagi-pagi atau balik kerja petang saya ambil gambar (biasanya gambar buku). Kalau kelam malap gambar tu maknanya malam-malam lah baru saya sempat snap hehe….

deko ruang tamu minimalis

Dan ini ruang makan untuk tetamu bersekali dengan ruang tamu tadi. Deko juga hampir sama.

Sejujurnya, saya memang tak banyak masa mengemas rumah. Menyapu memang setiap hari, tetapi mengemop biasanya seminggu sekali. Kecuali ada kecemasan seperti air minuman tumpah itu kes lain lah kan. Mengelap hiasan pun begitu. Sebab itu, saya sangat kurang meletak hiasan sebab hiasan yang ada pun kadangkala berdebu tunggu tuannya mengelap. Setiap hari, masa sememangnya sudah terisi dengan pelbagai kerja harian rumah.

Tema minimalis biasanya menggunakan 1 atau 2 warna sahaja, perabot asas serta mudah dibersihkan. Saya suka ruang yang lapang supaya selesa anak-anak bergerak dan juga keluarga datang berziarah.

Cara untuk kurangkan beli perabot baru adalah recycle perabot lama, atau bila nak beli, tahan diri selama 2 minggu atau lebih.

Apa-apa pun bergantung kepada citarasa masing-masing juga. Yang penting selesa didiami. Tip deko recycle ni sebenarnya banyak saya ikuti dari ebook Dekorasi Bajet. Best tau dapat belajar dari designer sebenar. Selalu skodeng rumah Rizalman aje dengan tengok Deco Bersama Eric aje dulu kat tv. Surprise! Cantik tak, cantik tak? hehe.

Ok. Ini sahaja cerita Deko Ruang Tamu Minimalis saya kali ini. Jumpa lagi.

9 thoughts on “Deko Ruang Tamu Minimalis

  1. Hi Nadia. Beli di Recycle Furniture Melaka. Kebanyakan yang dijual perabot hotel lama dari Singapore yang dibaiki semula 🙂
    Dalin recently posted…#lepas tuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge