Pengecut dari Cappadocia

Kenapa Cappadocia pulak?

Oh maafkan saya. Saya ni selalu terpengaruh dengan tajuk filem, cerpen. Sajalah letak tajuk-tajuk macam tu hehe. Macam Cintaku Tertinggal di Euthophia. Macam best kan tajuk macam tu.

Sebenarnya ada kerja penulisan saya yang ke laut sekarang ni. Balik-balik blog ini juga yang saya hadap. Nak tunggu idea tak muncul-muncul, jadi tulis aje apa yang ada. Kekalkan momentum katanya kan.

Cappadocia tu satu tempat di Turki. Ia ada disebut di dalam buku Ahmad Ammar (Klik Sini). Saya percaya tempatnya indah, sebab itu ia dijadikan latar dalam filem terbaru lakonan si cantik Nur Fazura, Manisnya Cinta di Cappadocia, bersama Shaheizy Sam.

Pagi tadi memang terang. Jadi seawal subuh sapiei (kata orang Melaka), saya bertekad nak pergi ke Bukit Serindit untuk bersenam. Sebab dah lama sangat tak pergi. Musim hujan kan. Nak pergi tu pun kena berkorban juga. Jika nak cepat, kena pergi sendiri senyap-senyap. Itu pun masa nak pergi Adik bangun, dan berlakulah tangisan marhein. Sorry Adik. Kali ni Mama nak pergi sendiri.

Sampai lebih kurang pukul 8 pagi, ramai juga orang. Rasa lega juga sebab saya ni penakut orangnya kalau ke mana-mana bersendirian. Sebenarnya, ada laluan pejalan kaki yang mengelilingi Bukit Serindit ni. Ia macam satu bulatan yang mengelilingi seluruh taman. Saya selalu ambil bahagian tengah sahaja sebab lebih ramai orang dan mengelilingi tasik buatan. Takut juga nak lalu di laluan pejalan kaki sebab saya bayangkan tidak begitu ramai orang melaluinya.

Tapi hari ni, saya beranikan diri untuk lalu di laluan pejalan kaki, mengelilingi taman Bukit Serindit.

pengecut dari cappadocia

Laluan ini sebenarnya galakan untuk mengira 10,000 langkah demi menjaga kesihatan. Siap ada tapak-tapak kaki lagi dicat di laluan tu. Saya terfikir juga, kenapalah selama ini saya tak terfikir pun untuk lalu di sini. Mungkin selama ini saya datang bersama keluarga. Berjalan jauh bersama kanak-kanak menuntut kesabaran juga. Jadi, ia tidak pernah terlintas pun.

pengecut dari cappadocia

Masa tu juga saya dah tak fikir nak kena ragut ke, atau perkara-perkara lain. Janji ada orang lain juga berlari, dan sentiasa alert. Saya memang takkan guna earphone sebab bahaya juga kan kalau tak dengar bunyi sekeliling. Dahulu ada personal alarm, tapi tak tahulah mana saya letak.

Rupa-rupanya, cantik sungguh pemandangan sekelilingnya. Ada sawah padi menghijau. Sempat juga ambil gambar. Biarlah masyarakat memandang serong apahal kakak ni over jalan ambik gambar, jalan ambik gambar. Nak joging ke nak jadi photographer? 😉

pengecut di cappadocia

Sebenarnya ada juga rasa nak duduk tepi tebing tu sambil merenung sawah padi. Mana tahu dapat idea penulisan. Tapi, macam menakutkan pelari lain pula. Akak ni frust ke nak terjun sawah ke. Bayangkan duduk tengah sawah dengan laptop sambil menaip hihi….

….

Rupa-rupanya, kalau sekali-sekala kita tukar sedikit jalan, beralih menggunakan laluan yang lain, lebih banyak yang kita akan dapat lihat. Adakalanya, pemandangannya lebih indah dan mendamaikan.

Saya selalu juga praktikkan bila memandu, sekali-sekala tukar laluan. Bagus juga lihat oh kampung ni dah berubah, bangunan ini dah ada di sini. Ia boleh release stress juga. Singgah beli cendol, goreng pisang hmmmm….

Jadi, siapa Pengecut dari Cappadocia? Sayalah tu. Cappadocia sebab taman ini indah juga.

Make sense tak?

Hopefully tahun depan saya tak pengecut lagi…. 😉

* Nak tahu 3 Tip wanita gembira bersenam (klik sini)

 

4 thoughts on “Pengecut dari Cappadocia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge