Lost and Found

2 hari saya tercari-cari.

Terpanggil-panggil.

Kali terakhir saya lihat Jumaat petang. Dia masuk menyelinap ke bilik tamu. Lepas tu duduk berehat di sofa depan dalam gelap. Bila waktu Maghrib, saya melintas, ada mata bercahaya di situ.

Saya sergah, “Ben buat  apa ni Ben….”. Marah-marah tapi sayang juga.

Pagi ini balik dari joging (sebenarnya lebih banyak berjalan), saya panggil lagi.

Aiman dan Adik pun panggil. “Ben.. Ben..”.

Sedih juga sebab takut dia hilang, jatuh dalam longkang ke. Dah lah Jumaat lepas saya termarah dia sebab tak nak keluar. Kalau boleh dia nak stay aje tengok tv sama-sama. Golek-golek, tepuk-tepuk dia.

Tiba-tiba Papa kata, “Mama, Ben dah balik”.

“Oh, iya ke. Mana dia?”

“Ben dah mati Ma. Bukan balik”.

Oh…

Dan saya lihat sekujur tubuh Ben di bawah kereta rumah jiran. Jiran takde rumah dah 2 hari.

Saya rasa Ben dengar kami panggil-panggil dia. Saya cakap dalam hati biasanya kucing kalau mati dia akan sorokkan diri tak nak tuan sedih. Kucing Mak semuanya macam tu. Tapi please Allah, just let me know.

And, He let me know.

“Mama, Abang rindu Ben”.

“Ok Darling”.

“Mama, Adik nak Ben”.

“Ben kat syurga sayang”.

Ben, kucing saya, saya ambil dari rumah penjaga Adik awal tahun ni. Ia ganti Ben yang dulu, yang mati juga, hadiah Aiman untuk exam Darjah 1. Kucing kampung, masih warna kuning. Ini Ben yang kedua. Ben watak kegemaran Aiman, Ben 10.

Ada sesetengah kasih sayang di dunia ini, ia dihantar kepada kita dengan gerak rasa sahaja. Kenapa kita memilihnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Ben setahun yang lepas, LOST di taman saya, saya jumpanya, FOUND, dan saya hilangnya semula.

Oh Ben, we will miss u. Be good ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge