Angan-angan Mat Jenin

Dulu, masa saya decide belajar Internet Marketing (IM), saya berangan Irfan Khairi (kami panggil IK) sebut website saya jadi contoh dalam kelas beliau. Kalau IK atau trainer sebut dalam kelas memang kembang setaman tau. Student aje faham ni ๐Ÿ™‚ .

Lepas tu saya berangan lagi tulis ebook dan jual pula ebook tu.

Bila waktu ujian, berangan lagi dapat markah tertinggi.

Berangan pula masuk InspirasiBiz website testimonial pelajar IK.

Walaupun:

1. Adik-beradik saya sampai hari ni tak faham kenapa saya pergi belajar IM. Saya pun tak beritahu apa-apa perkembangan. Abang saya ingat saya ambil diploma 3 tahun hehe.

2. Kakak kaunter KWSP tanya saya berkali-kali kenapa nak ambil diploma sedangkan dah ada degree. Lepas tu dia selalu nampak nama saya dalam agreement di KWSP. Kenapa, kenapa, kenapa? Cara nak atasi masalah ni senang aje, balik tu saya tanya ada borang complaint tak. Lepas tu saya isi di meja aduan. Berjela-jela saya tulis. Pegawai dia datang berdiri di tepi tanya ada masalah ke. Sebab kalau saya pos ke HQ masalah besar untuk mereka. 5S ke penilaian kualiti nanti masalah. Saya senyum aje. Petang tu juga jam 5.45 petang, pengeluaran KWSP pendidikan saya approved (via sms). Orang lain ambil masa seminggu ok. By the way, saya tak pos pun borang aduan tu.

3. Ada kenalan tanya, ambil diploma pendidikan awal kanak-kanak ke di OUM? Biasanya OUM glamour kursus tu. Saya memang tak layan persoalan kurang relevan, tak jawab ya, tak pun tidak. Diploma pendidikan awal kanak-kanak pun bagus. Lagi satu OUM memang hebat dengan program e-learningnya. Persepsi manusia macamana kita nak ubah kan. Bagi saya ilmu apa-apa pun, selagi tak menyusahkan orang, tak salah untuk mempelajarinya.

Part paling best, Mak.

“Mak Ana sambung belajar”.

“Ye ke. OK (senyum).”

Bila Mak kata OK, Ayah mesti tahu dan Ayah memang akan OK aje. Janji jangan menconteng arang gitu hehe ๐Ÿ™‚ .

Dan Mak satu-satunya insan yang tanya “Ujian hari tu OK tak?”.

“Markah Ana paling tinggi tau Mak. Cikgu cakap”.

“Wah, iya ke. Bagusnya….” .

Mak, please don’t leave me. Ever. Please. T_T

 

Belajar IM, saya belajar buat website. Website maknanya menulis. Saya suka gila menulis. Itu modul favourite saya.

Lepas tu, saya dapat menulis ebook. Itu bukan favourite, itu impian saya. Menulis buku. Walaupun buku digital sahaja.

…..

Ahad lepas saya dapat tahu IK refer website saya di kelas beliau. Ada follower di fb page beritahu. Katanya, saya pun tak pasti betul atau tidak.

angan-angan

Saya dapat markah tertinggi dalam ujian.

Disebut dalam InspirasiBiz.

Saya dapatย menulis buku.

…..

Dari angan-angan rupanya ia boleh menjadi kenyataan.

Terima kasih kepada semua yang membantu saya. Anda tahu siapa anda. Ada yang terpaksa bertoleransi dengan saya. Maafkan saya. Saya manusia biasa.

Angan-angan ni nampak kecil bagi orang lain, tapi sangat bermakna bagi saya.

Untuk laksanakan misi ni saya pernah nangis, terduduk, jatuh, pokai, kena perli dan macam-macam lagi. But it is worth it!

Ok, tutup buku tahun ni. Tak perlu nak bergebang sangat padahal takde apa pun.

Habis tahun depan nak angan-angan apa pula ni?

Dah ada sebenarnya, tapi ngeri nak tulis haha….

Angan-angan kena tinggi ya.

Walaupun jauh tinggi di awan. Gitu ๐Ÿ™‚

* Dah 2 bulan saya menulis tanpa henti di sini, saya akan mula slow down. Ada blog lain yang memerlukan kasih sayang juga. Begitu juga dengan projek angan-angan lain. Thepartykru sentiasa di hati kerana ia memberikan saya peluang dan sumber rezeki yang kadangkala tidak saya duga. Tapi Dalinali.com ni tempat saya menulis dari hati, cuma lepas ni saya nak tulis yang gembira sahaja. Dan bermanfaat, in sha Allah. Mesti rindu juga ni nanti T_T….

One thought on “Angan-angan Mat Jenin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge