Projek Deco Laundry Room

Assalamualaikum. Projek terbaru saya “Deco Laundry Room” atau ruangan mencuci pakaian.

Selain membaca, saya minat juga menghias rumah. Tapi tahun ni agak sibuk juga, lama tidak ada projek deco. Sekarang agar relax sikit sebab musim cuti sekolah. Jadi sempatlah berjalan cuci-cuci mata lihat barang deko. Survey juga magazine dan ebook berkaitan.

Laundry Room di rumah saya sebenarnya bahagian belakang rumah yang terbuka, tempat meletak mesin basuh, alatan mencuci serta tempat menyidai pakaian dan anak-anak bermain juga.

Apabila anak semakin membesar, ia juga jadi tempat mencuci kasut sekolah, menyental baju kotor dan tempat kucing-kucing saya berehat. Saya tak membela kucing dalam sangkar. Ada 1 yang setia nama Ben 10 yang lain mungkin 5 ekor lagi kucing taman saya yang sentiasa datang on time bila waktu makan 🙂 .

Survey-survey di kedai hiasan rumah dan internet, ada 2 yang menarik minat saya:

deco laundry room

Konsep deco laundry room di atas adalah minimalis. Saya suka idea meja sebab saya selalunya terus melipat pakaian yang diangkat dari ampaian (kalau sempat). Penyangkut boleh lipat memang sudah ada. Cuma saya tidaklah menggosok baju terus di luar rumah dan jar kaca tu, tidaklah 🙂 . Ia kemas, nampak vintage, warna pastel dan mudah dijaga. Saya suka!

deco laundry room

Rasanya sama saja taste saya dua-dua gambar pilihan ni hehe. Suka warna lembut, ada meja dan minimalis.

Deco Laundry Room penting juga bagi saya sebab mungkin saya bekerja. Bila lakukan aktiviti mencuci, kami sekeluarga biasanya akan bercerita, makan junk food (cupcake, keropok), anak main basketball, adik akan buat persembahan Frozen. Ia macam quality time juga walaupun mungkin tak lama sangat  masa untuk loading baju dan terus melipat baju di situ (masukkan dalam bakul masing-masing).

deco laundry room

Ini gambar 2 tahun lepas. Kerusi kayu ni sudah lama mendengar cerita kami sekeluarga. Asalnya warna cokelat, suami saya mengecatnya ke warna putih dan hijau. Adik akan masak jadi boleh order makanan juga bila membasuh baju 😉 . Kalau ikut designer Alam Anuar dalam ebooknya, bila ada kanak-kanak, kita kena fikirkan juga idea untuk mereka bermain. Biar ibu bapa dan anak sama-sama enjoy 🙂 .

deco laundry room

Kononnya dahulu nak buat deco ala secret garden di laundry area. Tapi memang tak boleh letak pokok berbunga sebab akan mati kejung kami tak sempat siram hehe. Jadi penanda ini masih di pintu ke ruangan laundry, saya beli di Romantika Home Deko harga RM15 sahaja.

deco laundry area

Piring vintage pink sudah pecah sebab diterbangkan angin. Pokok hijau juga dah tiada sebab terjatuh si Ben asyik langgar. Memang tak boleh letak barang di atas para sangat sebab ada makhluk bulu suka melompat kat atas tu bila bergaduh dengan kucing lain hehe….

Untuk DECO LAUNDRY ROOM ni, apa yang perlu saya buat adalah senaraikan dahulu:

1. Tujuan ruangan itu – mencuci pakaian, family area, cat area.

2. Barang yang akan diletakkan – detergen, sabun, pelembut, berus, kapur kasut, makanan kucing (kibbles), alatan membersih (mop, penyapu etc), majalah lama.

3. Tema deko pilihan – Minimalis, simple vintage.

Rasanya alatan yang paling perlu setakat ini ialah almari/rak bertingkat dan container bertutup simpan barang supaya kucing tak korek plastik kibbles dan kotorkan majalah. Saya rasa dah jumpa yang berkenan juga. Tapi survey lagi,yang penting ia untuk long term dan berguna untuk semua. Listkan dulu, create dream board, dan cuba recycle apa ada (elakkan membeli). Banyak lagi tip berguna yang saya dapat dari ebook Dekorasi Bajet ni. Siap ada free checklist lagi. Suka 🙂 .

Nanti saya share lagi ya Projek Deco Laundry Room saya. Bye!

2 thoughts on “Projek Deco Laundry Room

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge