Tip Penulisan Ibu Sibuk

Hai. Tip penulisan untuk ibu sibuk ini khas untuk semua ibu blogger seperti saya.

Kadang-kadang ada idea untuk menulis kan tapi tiada masa pula untuk menulisnya.

1. Taip idea anda di telefon

Jika ada idea, terus tulis di telefon anda. Saya simpan idea kecil di  bahagian To-Do-Tasks. Simpan juga pecahan-pecahan kecil idea berkaitan yang datang. Kadang-kadang bila hendak menaip, semua idea terbang. Sampai sudah, kita taip, padam, taip padam, tutup komputer, tidur 🙂 . Buku nota memang OK, tapi kita kan sudah di zaman millenia, guna handphone pun OK. Boleh juga simpan draf di dashboard blog.

2. Tulis perkara yang anda selesa

Jangan terlalu fikirkan pembaca blog anda, atau apa yang akan mereka fikirkan dengan membaca entri anda. Ia adalah hak mereka kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Tulis sesuatu yang dekat dengan hati anda. Biasanya jika kita menulis sesuatu, ia dapat memberi kelegaan juga. Penulisan yang ikhlas begini juga biasanya dekat di hati pembaca. Ikhlas tapi jauh gitu….

3. Taip sewaktu anak-anak tidur atau leka

Ini klise, tapi memang betul. Dahulu sewaktu menulis ebook, selain pastikan anak-anak ibu tidur, saya turut pastikan rumah dimop, dikemas rapi sebelum saya menulis. Dan ia akan berlanjutan hinga 3-4 pagi. Tapi, untuk penulisan blog, dengan rangka yang sudah ada, anda boleh menaipnya pada bila-bila masa. Saya biasa menaip sewaktu keluarga menonton tv, asalkan tiada yang membaca apa yang sedang ditulis. Jika sudah published, OK. Saja feeling-feeling penulis terkenal tidak mahu diganggu 😉 .

4. Cuba tetapkan matlamat menulis

Ini paling susah. Saya tetapkan untuk menulis setiap hari. Jadi, sebab itu anda akan baca pelbagai jenis cerita di blog ini. Ada post ditulis selepas tekanan di tempat kerja, atau selepas terima berita sedih dari Mak. Tapi, tulis sahaja. Blogger biasanya memahami betapa tingginya tebing gaung yang perlu didaki jika anda berhenti berblog. Jadi, nak jatuh gaung ke? Tulis sahaja ya 🙂 .

5. Baca blog anda kembali dengan senyuman 

Blog personal seperti ini sangat istimewa bagi saya. Saya juga membaca blog rakan-rakan saya. Kadang-kadang boleh ketawa sendirian juga kerana teringat kisah-kisah lama kami. Banyak yang telah berubah. Jika dahulu anak 1, kini sudah 3. Dahulu kurus kering sekarang urmm… Blog satu masa dahulu jadi saluran perkongsian berita sesama teman dan ahli keluarga. Seronok. Wanita ini mudah lupa. Memang bagus jika anda dapat menulis memori anda dan keluarga, kawan-kawan, dengan cara anda sendiri. Kadang-kadang cerita sedih pun jadi gembira, sebab ia telah berakhir.

Saya selalu bayangkan jika saya hilang ingatan, seperti heroin cerita Ali Setan, cuba tunjukkan blog saya, saya rasa mungkin saya akan mengingati semuanya.

Jika tidak pun, saya pasti akan kata, “Oh, dia seperti ada kehidupan yang bahagia”.

Jadi teruskan penulisan blog ya ibu-ibu. Ia bagus untuk minda kita 🙂 .

 

6 thoughts on “Tip Penulisan Ibu Sibuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge