5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Assalamualaikum. Perlukah hantar anak ke sekolah agama KAFA (Kelas Asas Fardhu Ain) di samping sekolah pagi? Pasti soalan ini yang bermain di fikiran ibu bapa yang akan menyekolahkan anak di Darjah 1 kan? Malah di Selangor, saya tahu yang sekolah agama ini ada dibuat di waktu pagi, memandangkan ada sesi persekolahan waktu petang (2 sesi). Tak penat kah anak-anak kita nanti?

Sewaktu Aiman memasuki Tahun 1, saya tidak menghantarnya ke sekolah agama. Di Melaka, sekolah agama ini diadakan mengikut tahap. Tahap 1 (Darjah 1,2,3) diadakan pada hari Isnin hingga Rabu sahaja. Masalah utama saya adalah pada hari Rabu, sesi sekolah agama bermula pada jam 4.00 hingga 6.15 petang (hari lain 2.30 hingga 6.15 petang). Saya pula bekerja dan hanya akan balik jam 5.30 petang. Siapa pula yang akan menguruskannya sebelum itu, dan menghantarnya ke sekolah? Saya memang menguruskan sepenuhnya pengangkutan anak-anak saya bersama suami, dan tidak suka pula menyusahkan ahli keluarga yang lain yang tinggal berdekatan.

Jadi, saya menghantar Aiman ke daycare centre, yang turut menerapkan asas solat dan fardhu ain. Tetapi, rupanya asas di sana tidak sama seperti sekolah, dan seperti dijanjikan. Dia agak cranky jika saya menghantarnya ke sana, kerana ramai kanak-kanak kecil yang tidak sebaya. Saya beranggapan, dia boleh menyiapkan kerja sekolah, belajar agama, mengaji, berehat sementara menunggu saya pulang. Rupanya, masalah saya selesai (menguruskan, menjaga). Tetapi, anak saya tidak gembira. Apapun, pelajaran agama Aiman di sekolah pagi memang sangat baik, termasuk subjek Bahasa Arab. Dia sering score markah 90 dan ke atas, dari situ saya melihat minatnya dalam subjek agama.

Masuk ke Tahun 2, saya buat beberapa arrangement dengan majikan dan keluarga. Saya menghantarnya ke sekolah rendah agama KAFA. Dia seronok sangat dapat pergi ke sekolah agama, dan mengucapkan terima kasih yang tidak henti-henti. Saya bekerja dengan masa yang lebih fleksibel, dan minta bantuan ahli keluarga yang terdekat. Oh, Aiman juga dimasukkan ke kelas paling belakang sebab tiada rekod markah sekolah agama Darjah 1. Saya memang letih juga terkejar-kejar menguruskannya, tetapi gembira melihat dia bahagia. Semua berjalan dengan baik, dia dapat naik ke kelas yang ke 2 dari kelas yang ke 5 tadi sewaktu Darjah 3. Dapat menjadi ketua kelas. Waktu bulan puasa juga dia gembira sebab dikelilingi oleh kawan-kawan yang berpuasa. Jarang sekali dia mengelat untuk ke sekolah agama, kecuali terlalu letih berpuasa.

Saya kongsikan 5 sebab kenapa anda perlu hantar anak ke sekolah agama KAFA.

1. Ada ustaz ustazah yang berautoriti

Ustaz dan ustazah di sekolah agama telah melalui latihan untuk mengajar anak-anak ini. Tidak sama dengan kita mengajar, atau guru daycare biasa. Mereka mengkhusus dalam bidang masing-masing, malah dipantau pula oleh guru besar, dan JAIM (di Melaka). Saya suka guru sekolah agama kerana mereka lebih lembut dan fleksibel. Aiman sentiasa rindu Ustazah Maznah di kelas paling belakang dahulu sebab beliau memang sangat baik, saya mengakuinya. Kasih sayang beliau tebal dengan anak-anak ini, meskipun di kelas yang tercorot 🙂 .

2. Syllabus agama yang lengkap

Di sekolah pagi, semua subjek seperti adab, sirah digabungkan di dalam 1 masa pembelajaran, 1 buku teks sahaja. Manakala di sekolah agama, subjek-subjek ini diajar dengan khusus mengikut jadual. Saya secara peribadi menggemari pembelajaran di sekolah agama kerana ia lebih spesifik. Saya sebenarnya tidak pernah bersekolah agama kerana rumah jauh dahulu. Jadi, sewaktu belajar subjek sirah misalnya dengan anak, rasa kagum juga dengan sejarah Islam yang diterangkan dengan begitu spesifik. Ada subjek tilawah, adab, sirah, jawi, arab, amali solat dan beberapa pengisian lagi.

3. Solat ready

Saya paling suka, anak-anak kita akan diminta bersolat Asar siap-siap di sekolah. Jadi, sewaktu mengambilnya dari sekolah, Aiman telah siap bersolat.

4. Tidak membazir masa

Kadang-kadang kita risau juga anak kita penat dan sebagainya. Sebenarnya, kanak-kanak ini mempunyai tenaga luar biasa. Kita rasa mereka penat, tetapi sebenarnya tidak. Apatah lagi jika bersama teman sebaya. Berbanding meninggalkan di rumah, dia mungkin akan bermain, menonton televisyen. Di sekolah, mereka cuma perlu duduk sahaja pun. Mungkin akan mengantuk sedikit di bulan puasa, tapi mereka akan OK. Aiman gembira boleh pergi makan ramai-ramai di kantin, dan di luar sekolah juga banyak van jajan, aiskrim. Ala, kita dahulu pun macam tu kan, jangan tipu 😉 !

5. Ulangkaji subjek sekolah pagi

Mimpi ngeri ibubapa adalah dapat notis minggu depan ada ujian, periksa dan sebagainya. Notis ini pula akan diberikan pada saat akhir, kadang-kadang anak kita pun lupa hendak mengeluarkan dari beg T_T. Perkara paling best adalah subjek agama sekolah pagi telah pun diajar di sekolah agama. Anda jimat masa yang sangat banyak untuk mengajar mereka. Selain dapat pahala belajar tentang agama, anak anda dapat kelebihannya ulangkaji di sini. Saya selalu tekankan, “OK belajar sungguh-sungguh dalam kelas, nanti nak exam taklah tension sangat”. Saya tahu anak saya macam saya, kadangkala malas juga belajar hehehe….

Sebenarnya, saya terlewat membaca 1 blog ini tentang sekolah agama, kalaulah saya terbaca lebih awal, pasti saya akan hantar Aiman sewaktu di Darjah 1 lagi. Terima kasih adik Sepet, anda membuka mata saya, boleh baca DI SINI!

Kepada semua ibu bapa yang ingin/ sedang/ masih berjuang hantar anak ke sekolah agama, teruskannya! Tidak ada ilmu yang lebih berharga selain ilmu agama yang bermanfaat, dan doa dari anak yang soleh/ solehah.

PERCAYALAH, ALLAH BOLEH BERI LEBIH DARI YANG KITA MINTA!

Sekian, 5 sebab kenapa anda perlu hantar anak ke sekolah agama KAFA.

p/s : Hai anak saya Aiman dah pun mengambil exam sekolah agama UPKK pada 2016. Nak tahu result dan cerita Aiman belajar di sekolah agama Kafa ni? KLIK SINI.

4 thoughts on “5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

  1. sebab paling utama adalah ia berkenaan Fardhu Ain..diaman ia wajib di ajar kepada anak-anak…walaupun sepatutnya menjadi tugas ibubapa tetapi kita pun ilmu tidak seberapa…lebih baik hantar anak pergi ke eklas KAFA dengan ustaz dan ustazah yang lebih arfi daripada kita untuk mengajar…
    blogger lelaki recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  2. kat selangor nih..

    kalau kelas agama – kelas darjah 1 sampai darjah 6.
    kalau kelas kebangsaan – pun sama.

    dua-dua sekolah ni akan switch student dia.

    senang cakap..kat sini..siapa tak gi sekolah agama,.memang kena ejek kat sekolah kebangsaan.

    haha..tak tahu la kenapa..
    titan recently posted…Komisen ke 28-32 dari KlikjerMy Profile

  3. Anak saya tahun ni darjah 1. Mula2 mmg dah decide tak nak hantar sekolah agama sbb takut dia penat..even hari pertama pun x pi register..bila masuk hari kedua, nak try hantar juga. So, paginya register, beli baju agama n ptgnya hantar.. So far, dia ok je..Maknya je yg risau terlebih…
    jida recently posted…Kolagen Pilihan Ramai, Shaklee Collagen PowderMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge