Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Month: December 2014

Rumah Tepi Sawah

30/12/201431/12/2014

Rumah Tepi Sawah, banyak memori dengan saya.

Rumah Atuk saya di kampung memang di tepi sawah padi.

Lagu sokongan untuk batch dulu, Rumah Tepi Sawah pun memori untuk geng UKM (geng ingat tak?). Nama lagu tu tak tahan, Rumah Tepi Sawah, haha.

Dahulu, ada juga tulis sajak tapi khas untuk bff sahaja. Siapa lagi selalu terpaksa membaca tulisan saya selain mereka. Terima kasih geng 🙂  .

Sebagai penutup 2014 ini, sajak saya yang pertama dan terakhir 2014.

Rumah Tepi Sawah

 

Budak rumah tepi sawah,

Ingat lagi dulu,

Kau belajar bawa basikal,

Jatuh berkali-kali,

Bangun semula dan kayuh lagi,

Bila dah pandai,

Senyum nampak gigi.

 

Rumah tepi sawah,

Pohon rambutan di tepi,

Tangga Melaka setia berdiri,

Atuk senyum lihat di tepi,

Basikal Atuk yang beli.

 

Budak rumah tepi sawah,

Cuba terbang lebih tinggi,

Lihat tepi siapa di sisi,

Mungkin dia terlintas di hati,

Kerana dia kirimkan doanya setiap hari.

 

Budak rumah tepi sawah,

Jangan takut jatuh basikal lagi,

Jangan berhenti jatuh dan bangun lagi.

 

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015.

Semoga hari esok, diri kita lebih baik dari hari sebelumnya, tidak kira ia tahun baru atau tidak.

 

Yang benar,

Budak rumah tepi sawah

Dalin Ali.

7 Comments

Deko Ruang Tamu Minimalis

30/12/201422/03/2015

Assalam. Kali ini saya kongsikan “Deko Ruang Tamu” gaya minimalis untuk ibu yang sibuk, tidak kira anda bekerja di rumah atau pun di pejabat.

Saya sebenarnya seorang yang sangat ringkas dan ini boleh dilihat dari susun atur perabot di rumah saya.

Warna pilihan saya, cokelat, hitam dan putih. Saya suka sebab ia nampak natural dan mudah dibersihkan.

Saya rasa gaya minimalis sangat sesuai untuk mereka yang sangat sibuk.

deko ruang tamu minimalis

Kusyen polkadot berharga RM5 beli di Daiso (ada 2). Meja kopi besi asalnya meja taman lama ibu mertua saya, terbiar di belakang rumah, saya minta suami spray putih semula. Meja sisi bulat di hujung sana juga mak mertua punya, saya angkut bawa balik spray putih 🙂 . Minah recycle saya ni hehe. Lampu sisi beli di Romantika Homedeko. Di Romantika banyak pilihan bunga-bunga, tapi anda boleh juga cari yang plain. Semakin sedikit corak dan warna, semakin aman tenteram mata saya melihat tiap-tiap hari 🙂

Saya sangat suka polkadot. Kusyen kecil tu dah berapa kali nak ditukar temanya. Saya pernah beli warna hijau, biru, corak lain. Tapi lepas susun, malam-malam kan saya pergi tukar balik sebab tak puas hati. Saiko haha…. Saya suka warna dia, coklat polkadot.

Ingatkan nak deko ruang tamu letak frame hiasan di dinding tapi saya takut tak sesuai. Takut stress malam-malam tak boleh nak turunkan sendiri macamana hehe 😉 .

Carpet pun saya tak letak sebab susah pula nak menyapu dan mengemop nanti. Mak saya dah berapa kali sound letak carpet orang tua-tua datang nanti kaki sejuk. Iyelah Mak, Ana menurut perintah. In sha Allah 🙂 .

deko ruang tamu minimalis

Lihat gambar kerusi cokelat ini sedih juga. Sebab di bahagian bawah tu sebenarnya dah terkoyak dan berbulu teruk Ben cakar dulu. Semua rindukan Ben. Di sudut hujung sana tu saya selalu pre set up candy buffet, dan juga ambil gambar untuk blog ini. Selalu pagi-pagi atau balik kerja petang saya ambil gambar (biasanya gambar buku). Kalau kelam malap gambar tu maknanya malam-malam lah baru saya sempat snap hehe….

deko ruang tamu minimalis

Dan ini ruang makan untuk tetamu bersekali dengan ruang tamu tadi. Deko juga hampir sama.

Sejujurnya, saya memang tak banyak masa mengemas rumah. Menyapu memang setiap hari, tetapi mengemop biasanya seminggu sekali. Kecuali ada kecemasan seperti air minuman tumpah itu kes lain lah kan. Mengelap hiasan pun begitu. Sebab itu, saya sangat kurang meletak hiasan sebab hiasan yang ada pun kadangkala berdebu tunggu tuannya mengelap. Setiap hari, masa sememangnya sudah terisi dengan pelbagai kerja harian rumah.

Tema minimalis biasanya menggunakan 1 atau 2 warna sahaja, perabot asas serta mudah dibersihkan. Saya suka ruang yang lapang supaya selesa anak-anak bergerak dan juga keluarga datang berziarah.

Cara untuk kurangkan beli perabot baru adalah recycle perabot lama, atau bila nak beli, tahan diri selama 2 minggu atau lebih.

Apa-apa pun bergantung kepada citarasa masing-masing juga. Yang penting selesa didiami. Tip deko recycle ni sebenarnya banyak saya ikuti dari ebook Dekorasi Bajet. Best tau dapat belajar dari designer sebenar. Selalu skodeng rumah Rizalman aje dengan tengok Deco Bersama Eric aje dulu kat tv. Surprise! Cantik tak, cantik tak? hehe.

Ok. Ini sahaja cerita Deko Ruang Tamu Minimalis saya kali ini. Jumpa lagi.

9 Comments

Jangan Bersedih

28/12/201428/12/2014

 

jangan bersedih

Saya ingatkan banjir semakin surut dan semua kawasan sudah mula pulih. Ada terbaca di BloggerLelaki keadaan di kediamannya sudah hampir pulih.

Rupa-rupanya, ia menjadi semakin teruk dan terkini di Pekan, Pahang juga. Lebuhraya terputus hubungan, air mula naik di sekitar Pekan.

Ada kawan baik di sana, sarat mengandung pula, dengan keluarga dan anak-anak, menjerut rasa juga.

“Oh Allah, when I lose my hopes and plans, help me remember that Your love for me is greater than my disappointments, and Your plans for me are better than my dreams”. 

Kepada mangsa banjir , jangan bersedih ya. PerancanganNya, rahsia Dia.

9 Comments

Pengecut dari Cappadocia

28/12/2014

Kenapa Cappadocia pulak?

Oh maafkan saya. Saya ni selalu terpengaruh dengan tajuk filem, cerpen. Sajalah letak tajuk-tajuk macam tu hehe. Macam Cintaku Tertinggal di Euthophia. Macam best kan tajuk macam tu.

Sebenarnya ada kerja penulisan saya yang ke laut sekarang ni. Balik-balik blog ini juga yang saya hadap. Nak tunggu idea tak muncul-muncul, jadi tulis aje apa yang ada. Kekalkan momentum katanya kan.

Cappadocia tu satu tempat di Turki. Ia ada disebut di dalam buku Ahmad Ammar (Klik Sini). Saya percaya tempatnya indah, sebab itu ia dijadikan latar dalam filem terbaru lakonan si cantik Nur Fazura, Manisnya Cinta di Cappadocia, bersama Shaheizy Sam.

Pagi tadi memang terang. Jadi seawal subuh sapiei (kata orang Melaka), saya bertekad nak pergi ke Bukit Serindit untuk bersenam. Sebab dah lama sangat tak pergi. Musim hujan kan. Nak pergi tu pun kena berkorban juga. Jika nak cepat, kena pergi sendiri senyap-senyap. Itu pun masa nak pergi Adik bangun, dan berlakulah tangisan marhein. Sorry Adik. Kali ni Mama nak pergi sendiri.

Sampai lebih kurang pukul 8 pagi, ramai juga orang. Rasa lega juga sebab saya ni penakut orangnya kalau ke mana-mana bersendirian. Sebenarnya, ada laluan pejalan kaki yang mengelilingi Bukit Serindit ni. Ia macam satu bulatan yang mengelilingi seluruh taman. Saya selalu ambil bahagian tengah sahaja sebab lebih ramai orang dan mengelilingi tasik buatan. Takut juga nak lalu di laluan pejalan kaki sebab saya bayangkan tidak begitu ramai orang melaluinya.

Tapi hari ni, saya beranikan diri untuk lalu di laluan pejalan kaki, mengelilingi taman Bukit Serindit.

pengecut dari cappadocia

Laluan ini sebenarnya galakan untuk mengira 10,000 langkah demi menjaga kesihatan. Siap ada tapak-tapak kaki lagi dicat di laluan tu. Saya terfikir juga, kenapalah selama ini saya tak terfikir pun untuk lalu di sini. Mungkin selama ini saya datang bersama keluarga. Berjalan jauh bersama kanak-kanak menuntut kesabaran juga. Jadi, ia tidak pernah terlintas pun.

pengecut dari cappadocia

Masa tu juga saya dah tak fikir nak kena ragut ke, atau perkara-perkara lain. Janji ada orang lain juga berlari, dan sentiasa alert. Saya memang takkan guna earphone sebab bahaya juga kan kalau tak dengar bunyi sekeliling. Dahulu ada personal alarm, tapi tak tahulah mana saya letak.

Rupa-rupanya, cantik sungguh pemandangan sekelilingnya. Ada sawah padi menghijau. Sempat juga ambil gambar. Biarlah masyarakat memandang serong apahal kakak ni over jalan ambik gambar, jalan ambik gambar. Nak joging ke nak jadi photographer? 😉

pengecut di cappadocia

Sebenarnya ada juga rasa nak duduk tepi tebing tu sambil merenung sawah padi. Mana tahu dapat idea penulisan. Tapi, macam menakutkan pelari lain pula. Akak ni frust ke nak terjun sawah ke. Bayangkan duduk tengah sawah dengan laptop sambil menaip hihi….

….

Rupa-rupanya, kalau sekali-sekala kita tukar sedikit jalan, beralih menggunakan laluan yang lain, lebih banyak yang kita akan dapat lihat. Adakalanya, pemandangannya lebih indah dan mendamaikan.

Saya selalu juga praktikkan bila memandu, sekali-sekala tukar laluan. Bagus juga lihat oh kampung ni dah berubah, bangunan ini dah ada di sini. Ia boleh release stress juga. Singgah beli cendol, goreng pisang hmmmm….

Jadi, siapa Pengecut dari Cappadocia? Sayalah tu. Cappadocia sebab taman ini indah juga.

Make sense tak?

Hopefully tahun depan saya tak pengecut lagi…. 😉

* Nak tahu 3 Tip wanita gembira bersenam (klik sini)

 

4 Comments

Lost and Found

27/12/201427/12/2014

2 hari saya tercari-cari.

Terpanggil-panggil.

Kali terakhir saya lihat Jumaat petang. Dia masuk menyelinap ke bilik tamu. Lepas tu duduk berehat di sofa depan dalam gelap. Bila waktu Maghrib, saya melintas, ada mata bercahaya di situ.

Saya sergah, “Ben buat  apa ni Ben….”. Marah-marah tapi sayang juga.

Pagi ini balik dari joging (sebenarnya lebih banyak berjalan), saya panggil lagi.

Aiman dan Adik pun panggil. “Ben.. Ben..”.

Sedih juga sebab takut dia hilang, jatuh dalam longkang ke. Dah lah Jumaat lepas saya termarah dia sebab tak nak keluar. Kalau boleh dia nak stay aje tengok tv sama-sama. Golek-golek, tepuk-tepuk dia.

Tiba-tiba Papa kata, “Mama, Ben dah balik”.

“Oh, iya ke. Mana dia?”

“Ben dah mati Ma. Bukan balik”.

Oh…

Dan saya lihat sekujur tubuh Ben di bawah kereta rumah jiran. Jiran takde rumah dah 2 hari.

Saya rasa Ben dengar kami panggil-panggil dia. Saya cakap dalam hati biasanya kucing kalau mati dia akan sorokkan diri tak nak tuan sedih. Kucing Mak semuanya macam tu. Tapi please Allah, just let me know.

And, He let me know.

“Mama, Abang rindu Ben”.

“Ok Darling”.

“Mama, Adik nak Ben”.

“Ben kat syurga sayang”.

Ben, kucing saya, saya ambil dari rumah penjaga Adik awal tahun ni. Ia ganti Ben yang dulu, yang mati juga, hadiah Aiman untuk exam Darjah 1. Kucing kampung, masih warna kuning. Ini Ben yang kedua. Ben watak kegemaran Aiman, Ben 10.

Ada sesetengah kasih sayang di dunia ini, ia dihantar kepada kita dengan gerak rasa sahaja. Kenapa kita memilihnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Ben setahun yang lepas, LOST di taman saya, saya jumpanya, FOUND, dan saya hilangnya semula.

Oh Ben, we will miss u. Be good ok.

Leave a comment

La Tahzan

26/12/201427/12/2014

Dari majalah JOM!, saya belajar frasa “La Tahzan. Innallaha ma’ana”

Maksud: 

Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.

Penggunaan:

Ketika bersedih, merasa diri keseorangan, terperangkap dalam kesusahan.

Allah sentiasa ada, bahkan sentiasa ada di sisi kita, tetap setia menemani, walaupun ada kalanya, kita terlupa akan kehadiran-Nya.

Maka, walau apa pun yang menimpa, jangan bersedih, kerana Allah kan ada?

Kepada semua yang dilanda musibah banjir, kami semua merasainya, mendoakan kalian. Meskipun beban yang dipikul tidak sama.

la tahzan

Walau apa jua rintangan dalam hidup ini, Don’t be sad @ La Tahzan.

2 Comments

Pelangi Kan Datang!

24/12/201408/04/2015

It is kind of heartbreaking jugalah, melihat banjir di Pantai Timur.

My BFF, Laila, sedang tunggu hari aje nak melahirkan di Kuantan. Dia selalu tak nyenyak tidur malam, sebab takut rumah naik air dan kampung pula di Pekan, kawasan yang memang air selalu naik. Pejabat dia pun di situ.

Dan saya di sini, sibuk nak settlekan part last beli beg sekolah anak-anak, sedangkan mereka di sana….

Laila dan semua di sana, kami semua doakan keselamatan dan kemudahan anda di sana. Always.

Saya kan ada habit membeli buku dan majalah, lepas tu lupa nak baca.

pelangi kan datang

 

Majalah JOM! ini sangat comel macam Reader’s Digest. Senang sumbat dalam handbag tau.

Ia diasaskan dari website QuranicGen.com. Ada applikasi di IOS dan Android juga. Search – Majalahjom.

Saya beli di outlet NEWS. Biasalah kalau weekend window shopping, sempat singgah kedai buku ni sahaja.

Gaya penulisan sangat santai dan menarik. Anda boleh lihat gambar covernya. Ada English article juga.

Ada artikel dikekalkan guna gaya bahasa asal penulis, memang santai tapi bermesej. Deep.

Keluaran JOM! kali ini menekankan tentang Surah Ad-Dhuha.

Dan membaca tulisan editor ini seperti tikaman terus ke jantung saya (suka tulis over camni kan hihihi) 🙂 .

“…Hari itu, saya membaca surah ad-Dhuha dan terhenti ketika sampai pada ayat ke-3 surah ini yang bermaksud:

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu)”

Surah ini seperti tulisan Khadeejah Khaulah (Editor) membawa tema KECUKUPAN. Merasa cukup dengan janji Allah bahawa there’s something better for you ahead.

Seperti Allah memberitahu “I am here, I am always here. I won’t go anywhere. Why would I?”.

Terus tenang, pelangi kan datang!

Laila & semua di pantai timur, take care.

4 Comments

Dr. Fatin Liyana & Dr. Anwar Fazal

23/12/201426/12/2014

Oh rupa-rupanya Dr. Fatin Liyana bertunang dengan Dr. Anwar Fazal.

Ada terlihat di fb Hafiz Hamidun tapi tak tahu pula dengan Fatin Liyana.

Sesiapa yang baca Diagnosis mesti kenal Dr. Anwar Fazal.

Sebuah buku yang habis dibaca kurang dari sejam. Ribut, petir pun akan terus baca. Sudah baca 2 kali.

Buku kesukaan saya, gaya bercerita yang memberi pengajaran.

Fatin Liyana memang blogger hebat, gaya bercerita yang relax, tapi mesejnya sampai.

Rasanya Dr. Anwar Fazal dah jumpa bidadari dunianya.

Boleh lihat gambar pertunangan di sini.

Buku Diagnosis buku ulasan pertama saya di blog ini, boleh baca di sini.

So happy for them 🙂 .

OK, bila Diagnosis 2 nak keluar ni?

(*buku yang ada pun tak habis baca lagi hihihi)

Gambar penulis buku Diagnosis dari majalah JOM!

gambar penulis diagnosis

Dr Azah, Dr. Aizzat dan Dr. Anwar Fazal.

 

Leave a comment

Mama Kenapa Nak Let It Go?

22/12/2014

Perkara paling susah saya nak buat adalah lihat barang anak-anak dan kata Let It Go.

Dulu masa Aiman kecil, saya simpan segala romper, tilam baby dan macam-macam lagi.

Masa berlalu, barang kami semakin banyak jadi memang tak cukup tempat.

Lagi-lagi ada uniform sekolah, beg, buku tulis, toys, baju-baju….

Jadi, saya dapat idea bila baca buku ni.

mama let it go

 Saya buat satu kapsul masa (Time Capsule).

mama let it go

Setiap tahun (dah 3 tahun), saya simpan 1 uniform, 1 buku tulis dan report sekolah dan beberapa barang penting lagi.

Saya asingkannya, masukkannya ke dalam kotak dan tutup. Tahun depan buka semula.

Selebihnya, mana yang elok saya beri pada yang memerlukan.

Kena buat program penyisihan ni bila anak-anak saya tiada di rumah.

Sebab bila ada masing-masing akan cakap “Eh ini buku abang, abang sayang”. “Ini kertas adik Mama”.

Saya nampak macam si MOMster kejam yang nak buang barang anak-anak.

Hakikatnya, … (isi tempat kosong)

 

Time capsule ini saya isi juga kertas nukilan anak-anak saya.

Abang dengan cerpen-cerpen dia Super Malik, Pengembara Masa dan lain-lain yang tak siap-siap tu. Tulisan pendeknya, Kenapa perlu hargai kucing, Keselamatan jalan raya, Bye bye MH 370 dan Ica dilarang masuk (notis tampal depan pintu bilik) 🙂 .

Adik dan lukisan dia. Dia sentiasa paling cantik dalam lukisan dia. Ok, fine Adik! 🙂 .

Baju princess dress adik yang pertama, beli di Lovely Lace. Saya decide beri pada anak buah, supaya orang lain pun boleh jadi princess juga. Ia lebih baik begitu sebab orang lain boleh gunakan.

Saya pilih yang terbaik. Selebihnya saya Let It Go.

Besi yang dimasukkan dalam tangan Aiman waktu patah dulu pun saya simpan.

Dan armguard. Dan sling anduh. (KLIK SINI UNTUK BACA)

Gambar-gambar konvo tahunan anak-anak juga.

Hakikatnya, saya terkedu sewaktu nak buang. Ambil dan letak. Pilih semula.

Setiap kali pegang, saya masih teringat kisah-kisah di sebaliknya. Uniform yang semakin membesar. Cekak rambut kain kesayangan Adik yang saya terpaksa sorokkan sebab dah lusuh sangat.

Semuanya sangat berharga.

 

Ada sesetengah perkara, memorinya kekal selama-lamanya dengan kita.

Walaupun kita nyanyuk atau lupa, ia ada di situ.

Somewhere around there.

Mama Let It Go

* kotak memori saya yang dah hampir penuh.

Mama, it is OK to Let It Go. Kids stay in your heart. Always!

 

2 Comments

Rojak dan Laut

21/12/2014

Hari Ahad balik kampung. Anak-anak teringin mandi laut. Rumah Mak memang di kampung tepi laut, cuma kena berjalan kaki juga kalau hendak sampai ke laut.

Hari ni juga selesai set up Candy Buffet terakhir tahun 2014. Letih tapi suka. Suka tapi letih. Macam tu lah 🙂 .

Balik kampung memang jadi anak Mak macam dulu-dulu. Makan tak henti-henti. Diet semua ke laut. Lepas tu hujan lebat pula, ermmm memang best tidur di katil di kampung.

Anak-anak pula seraya berzikir di tepi telinga, nak mandi laut, nak mandi laut.

Lepas Asar bergerak kita ke pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak. Ramai betul orang. Sambil lalu di lorong sempit, mata gigih lihat gerai pisang goreng tepi jalan. Tiba-tiba nampak rojak buah hmmm… tapi parking penuh pula di situ.

Lepas parking, anak-anak dah terjun, Papa jadi safeguard, saya jalan menelusuri tepi pantai, dengan seluar baggy dan t shirt BUM equipment zaman UKM dulu (memang tinggalkan di kampung). Jalan jauh-jauh pergi carik ni:

rojak buah dan air kelapa

Ya gerai yang tadi. Rojak buah dan air kelapa 😉 .

Lepas tu jalan balik tengok anak-anak gembira dengan Papa, terus cari port untuk bersantap.

Tengok kiri ada satu couple sedang selfie. Sekejap berdua, sekejap yang lelaki buat merenung laut, yang pasangan ambil gambar. Sekejap lagi tengok phone, tukar posisi. Suka hatilah kau dik. Asalkan kau jangan ajak akak selfie sudah.

Abis saya pun food selfie juga lah. Teringin jugak kan. Nak letak di fb segan. Sebab post gambar setahun sekali time raya aje. Indah betul makan rojak sorang-sorang tau. Sedap pula tu.

Tiba-tiba, “Akak, boleh tak tolong ke tepi sikit”.

Ada adik umur 12 tahun kot minta beralih sikit sebab diaorang nak main futsal. Rasanya ada hari keluarga sebab semua pakai t shirt purple. Macam takde tempat lain ye dik. Nasib kau panggil akak ni akak. Akak pun beralih beberapa meter lagi ke tepi. Couple tadi masih selfie sambil edit gambar. Yang lelaki dah buka spek, mungkin untuk effect yang lebih menarik.

….

Dulu, datang ke pantai Tanjung Bidara bersebelahan ni dengan Ayah dan Mak. Happy sangat kalau boleh piknik tu. Mak masak beria-ria dan kami berenang pun beria-beria. Biasa datang dengan sepupu-sepupu. Dulu, manalah ada percutian ke taman tema atau swimming pool hotel. Kalau mak sedara bawak baru ada. Itupun boleh dikira.

Sekarang, saya pula jadi Mama dan Papa. Bezanya piknik beli makanan di tepi laut. Dulu, berkelah dirancang berbulan-bulan lamanya. Sekarang, berkelah jadi satu acara biasa, bila-bila start kereta pun boleh pergi.

Dulu dan sekarang.

Saya rasa hidup ini seperti laut juga. Tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia tetap ada di situ. Kalau kita ke situ, dapatlah kita menikmati panoramanya. Jauh kita tinggalkan ia, kadang-kadang kita kembali juga. Ada pasang surutnya. Ada yang berkelana jauh ke hujung sana, ada impian yang karam di tengahnya.

Lautan saujana mata memandang. Laut istimewa, tidak kira di pantai mana kita berdiri, airnya masih masin juga. Bayunya tidak pernah menghampakan.

Tetapi, tujuan hidup ini masih satu, bertemu dengan pemilik cahaya di ufuk timur sana.

laut

 

Selamat tinggal laut. Jumpa lagi 🙂 .

2 Comments

Posts navigation

1 2 3 4 Next Page

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • yosef krisna on Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • yosef krisna on Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Malaysia Best Blog 2015
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes