3 Langkah Mudah Hias Cupcakes Dengan Buttercream

cupcakes

Assalamualaikum. Cerita kali ini adalah sambungan kepada Cupcakes Recipe yang lepas, boleh baca di sini.

Sebenarnya, saya tidak pernah menyangka saya boleh, berjaya, dapat menghias cupcakes seperti di dalam majalah. Memang tidak menyangka langsung. Saya selalu merasakan proses membuatnya adalah begitu renyah, mengambil masa dan akan mengotorkan dapur. Adat ibu bekerja, saya perlu menyediakan juadah setiap hari, jadi rasa letih juga jika perlu mengemas alatan membuat cupcakes pula.

Tetapi, saya silap. Sangat silap 🙂 .

Kali ini, saya kongsikan resipi mudah dan lazat buttercream untuk dihias di atas cupcakes, dan, langkah demi langkah beserta alatan melakukannya. Dan kali ini juga, anda perlu menggunakan pengadun atau mixer. Tetapi sekejap sahaja hanya 10 minit. Jangan risau, ia tidak melibatkan tepung pun 🙂 .

Resipi Buttercream

(Resipi asal: Azlita Masam Manis)

Bahan-bahan:

80g butter

250g creamwell

1/2 cawan gula icing (ia memang khas nama gula icing, bukan gula kaster ya)

1/4 cawan golden syrup

Pewarna makanan pilihan anda

* guna measuring cup untuk gula icing dan golden syrup.

* guna kitchen scale untuk butter dan creamwell.

 

Cara-cara:

Keluarkan butter lebih awal dari peti sejuk.

Potong butter kecil.

Satukan butter dengan creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.

(Anggaran masa di dalam pengadun: 10 minit hingga kembang dan putih)

Tutup mesin.

Kemudian, masukkan gula icing dan golden syrup.

Gaul rata dengan menggunakan spatula sahaja.

Letakkan pewarna pilihan anda.

 

3 Langkah Dekorasi: 

hias cupcakes dengan buttercream

(golden syrup, creamwell, dan nozel)

1. Anda perlu menyediakan nozel  dan juga beg piping. Pilih nozel saiz yang paling besar di kedai bakery supplies (RM8 satu) dan piping bag bersaiz sederhana besar. Beli jumlah minima dahulu. 15 piping bags, RM4 biasanya.

hias cupcakes dengan buttercream

2. Masukkan nozel ke dalam piping bag dan gunting/potong bahagian hujung beg (agar nozel terkeluar). Saya memotongnya dengan pisau untuk hasil seperti gambar di atas. Kemudian masukkan beg dan nozel tadi ke dalam satu bekas atau cawan tinggi seperti gambar kanan. Gunakan spatula untuk mengalihkan adunan buttercream yang dibuat tadi ke dalam piping bag yang telah ditegakkan di dalam bekas.

hias cupcakes dengan buttercream

3. Setelah diisi, gulung bahagian ekor/belakang dan padatkan adunan tadi. Saya guna tisu sahaja sebab tidak sempat pula hendak buat adunan buttercream pagi tadi. Piping bag pun dipotong senget-senget dengan pisau almaklumlah tangan tidak berbedung 🙂 .

Nozel di atas memang akan menghasilkan corak seperti cupcake berwarna hijau di sebelah itu. Boleh hiaskan dengan manik urai (sprinkles)  juga.

Anda boleh mula paipkan buttercream di atas Cupcakes. Rasa resipi ini adalah sedap dan anda boleh memakannya begitu sahaja. Tidak terlalu manis. Ia juga tahan lama dan tidak mencair walaupun diletakkan lama di luar. Sesuai untuk candy buffet juga. 

Saya harap penerangan ini dapat membantu semua beginner di luar sana. Saya terbiasa menghasilkan langkah demi langkah sedia Candy Buffet di dalam ebook saya (klik sini), jadi semoga penerangan ini dapat menghilangkan keraguan atau persoalan di minda anda.

Tak pandai nak piping? Oklah sebenarnya saya pun ikut contoh di Youtube sahaja hehehehe. Selamat menonton. Ada beberapa video berkaitan lagi di hujungnya yang akan menjawab persoalan anda nanti. Ambil masa untuk menontonnya ya. Kota Rom tidak dibina dalam masa 1 hari, begitu juga kemahiran mendeko Cupcakes 🙂 . Ada kaitan ke hehe….

Memang mudah sangat sediakan buttercream deco untuk Cupcakes ini, asalkan anda ada semua bahan, alatan dan ingin mencuba! Trust me, ia adalah menyeronokkan. Tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan atau mungkin juga kongsi kisah Cupcakes Buttercream anda yang pertama. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge