Rahsia Detoks RM2

Rahsia Detoks RM2

 

Hai. Air rendaman hirisan lemon dapat mendetoks toksin dan racun dari dalam badan. Kita selalu ada pelbagai alasan kan untuk tidak minum air masak. Antaranya:

– takut selalu ke tandas, kerja banyak T_T

– selalu kerja di luar jadi bahaya juga jika selalu ke tandas awam

– air masak tidak sedap, lagi sedap minum Indocafe (sebab boikot Nescafe)

– kita malas! 😉

OK. Tip kali ini mudah sahaja. Beli lemon, 3 biji cuma berharga RM5, dapatkan balang yang cantik sedikit atau tupperware pun boleh, hiris sebiji lemon tadi, masukkan ke dalam balang berisi air. Jika ingin lebih sedap, letakkan juga sedikit madu.

Balang di atas dinamakan mason jar, cantik kan! Boleh letak straw pula tu.

Sejukkan di dalam peti sejuk.

Minum sejurus selepas bangun pagi. Atau pada bila-bila masa yang sesuai. Bawa ke pejabat pun boleh!

Kelebihannya:

– membantu membersihkan/detoks sistem dalaman.

– membuatkan kulit kelihatan sihat, lembap dan bebas cela.

Jangan taksub sahaja membeli krim mahal-mahal ya. Ataupun supplemen minuman yang mahal-mahal, sedangkan cara yang murah dan berkhasiat ada di depan mata kita.

Kos untuk satu botol air detoks begini hanya berharga kurang dari RM2 sahaja.

Boleh juga tukar buah-buahan lain asalkan ia semulajadi, bukan di dalam tin (processed fruit). Ada yang mencampurkan dengan strawberry, anggur. Ia boleh disimpan sejuk, atau terus sahaja diminum. Lebih sedap rasa air masak yang asalnya membosankan. Boleh juga mencampurkan dengan teh atau teh hijau yang sangat baik untuk meningkatkan metabolisma.

Sekian Tip Rahsia Detoks RM2 yang murah, mudah dan sedap ini 😉

 

3 thoughts on “Rahsia Detoks RM2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge